Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, February 29, 2012

Resipi Mudah: Gulai Sardin

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Memasak tidak semestinya memerlukan barangan yang banyak... dan kadang-kadang tak perlukan bahan-bahan basah seperti ayam, daging dan lain-lain. Sekali sekala apa salahnya kita pelbagaikan cara memasak sardin dalam tin. Jom masak! (^_^)

Bahan-bahan yang diperlukan:
1 tin sardin saiz sederhana
100 ml santan pekat
150 ml air
2 biji kentang - dipotong 4 ke, 8 ke (ikut suka)
kacang panjang (ikut la banyak mana nak letak)
1 sudu besar cili padi kisar


Cara-cara membuatnya:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali (kecuali kacang panjang), dengan api perlahan dan kacau. 
2. Apabila mendidih, masukkan kacang panjang.
3. Sedia dihidang. 

Selamat mencuba!!




 

Thursday, February 23, 2012

Adik Faris Dalam Kenangan


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

LATEST:


Gambar diambil dari FB Shamrulismawi (ayah adik Faris)
Innalillahiwainnailaihirojiun... DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali... Adik Faris telah kembali ke rahmatullah... Allah lebih menyayanginya... Sesungguhnya tempat buat adik Faris adalah yang terbaik di sana... Itu yang terbaik untuk adik Faris... Kita semua telah berusaha, lebih-lebih lagi ibu bapa dan ahli keluarganya... 

Wednesday, February 22, 2012

Keadaan adik Faris Selepas Kimoterapi Ke-4


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

LATEST!!! :-(

Apa khabar agaknya rakan-rakan bloggers...?! Doa saya agar anda semua sentiasa sihat di bawah lindunganNya... InsyaAllah...

Adik Faris telah menjalani kimoterapi keempat semalam. Keadaanya dimaklumkan kritikal... Sedih sangat tengok gambar ni... Harap adik Faris kuat menghadapi situasi sekarang ni... Mohon kepada semua untuk terus memberi sumbangan atau setidak-tidaknya mendoakan kesihatan adik Faris agar segera pulih. 

Monday, February 20, 2012

Perkembangan Terbaru Adik Faris... Sedih... :-(

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,


Anda dah baca status update di atas? Sedihkan?! Tapi alhamdulillah ada perkembangan positif. Bila buka mata pagi ni, terus teringat... apa agaknya perkembangan terbaru adik Faris... Serious sejak terbaca tentangnya di dalam FB, saya sangat bersimpati dan sentiasa mengikuti perkembangannya. Sila baca entri saya sebelum ini tentang adik Faris.

Just imagine... if we are in their shoes... Atas dasar itu saya menulis tentang adik Faris di dalam blog ini... Atas dasar itu juga saya hebahkan kepada rakan-rakan blogger. Tidak salah jika kita berkongsi masalah menerusi medium ini. Jika ada yang sudi membantu silakan... Jika anda tidak mampu tak salah dengan hanya berdoa agar Adik Faris segera sembuh.

Sunday, February 19, 2012

Bantu Faris Nur Daniel...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,


Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak kecil ini menanggung derita... Serious, saya menangis bila melihat gambar adik Faris Nur Daniel yang berusia 6 tahun ini... Saya tak kenal pun adik Faris ni... tapi atas rasa belas sebagai seorang insan, saya panjangkan mesej ini. 

Adik Faris mengidap penyakit "Hemophagocytic lymphohistiocytosis" (HLH). Dia kini berada dalam keadaan kritikal, di Subang Jaya Medical Center (SJMC). (Saya ternampak gambar adik Faris di'post' oleh rakan FB saya, yang meminta simpati dan bantuan dari orang ramai.) 

Mengikut status FB ayah kanak-kanak ini, (Shamrulismawi Abah BlackPearl) anaknya tidak boleh bernafas sendiri dan menggunakan 100% bantuan oksigen. Hatinya membengkak dan paru-parunya kurang memberikan tindakbalas. Kaki dan mukanya agak kembang dan rambutnya mula gugur. (Ya Allah...  :-(  )  

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #2

Senyap-senyap pakaikan klip rambut dia... 
Punya la susah nak pakaikan dia klip/ikat rambut tu... 

Mungkin dah Serasi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alisya ni memang susah nak
pandang kamera...
Dah lama juga saya tak bercerita tentang Adam Faris di Taskanya... Dah hampir 2 bulan dia sekolah... Belajar ABC, 123, lagu kanak-kanak, membaca doa, membuat aktiviti-aktiviti seperti memberus gigi, bermain dan sebagainya... 

Untuk 3 hari yang lepas... Faris dah tak nangis lagi bila abahnya hantar ke sekolah... dia nampak dah serasi atau dalam erti kata lain, dah dapat menerima hakikat bahawa dia kena pergi sekolah! :p 

Banyak juga lagu kanak-kanak yang dia ajar adiknya... Salah satu lagunya cam gini:
"Tanya cama kopok, apa cebab goyang,
Nanti jawab kopok, angin yang gonchang..."
(heheh... Faris masih lagi pelat... dah berapa kali saya cakap POKOK.. dia tetap sebut KOPOK... Alisya pun layan jek abang dia nyanyi versi pelat...)

2 hari lepas dia hafal 2 baris tu je... hari ni dia dah hafal lagu tu (walaupun masih sebut dengan pelat) siap dengan gaya-gaya sekali...Kelakar pulak tengok dia... (sebab Faris montel sikit...)

Tadi, lepas abah ambil dia dari sekolah, abah cakap Faris nangis... 
Saya tanya kenapa? 
Dia mengamuk, main musical chair, dia kalah dia meraung-raung kata nak MENANG... :p 

Saya gelak je la... terus teringat semalam lumba naik tangga siapa menang... Dah tentu la mamanya ni menang... dia meraung sakan... sampai menitik-nitik air mata... Akhirnya saya kena lumba lagi sekali... then kasi dia menang... baru la dia ok... Bila dah menang tu macam biasa la... belagak kata "mama ngan Alisya kalah...!!" (dia ulang-ulang banyak kali yang dia menang, sampai rasa sakit hati pulak... :P)

Sunday, February 05, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Pustaka Iman
Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam yang berada di muka bumi Allah ini... Sempat juga saya menonton perarakan Maulidur Rasul seawal pagi... Sempat juga mendengar ceramah ringkas oleh Ustaz Badlishah Alauddin (lintas langsung dari Putrajaya melalui TV1... memang seronok dengar Us. Badlishah berceramah...) Tema Maulidur Rasul tahun 2012/1433H ini adalah, "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Moga kita sentiasa menanamkan perasaan Cinta kepada Rasulullah S.W.T dan mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah S.W.T...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...