Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, March 25, 2012

Tiga Punca Remaja Lari Rumah

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi rakan bloggers! Saya ada menonton rancangan Al-Kulliyyah di TV3 pada 23 Mac 2012, baru-baru ni... Isu yang dibawakan adalah isu "Anak Siapa?". Panel yang dijemput bagi mengupas isu ini adalah Pakar Motivasi dan Kaunselor, Tuan Haji Hushim Salleh

Perbincangan ini saya rasakan sangat menarik sebab saya juga bergelar ibu. Sedikit sebanyak saya perlu tahu apa yang remaja inginkan... Memandangkan anak saya juga akan meningkat remaja tidak lama lagi.. Well orang kata persediaan dan pendidikan awal dari segi agama dan akhlak itu perlu agar anak mudah dibentuk... InsyaAllah...

Saya rasa kupasan Al-Kulliyyah ini ada kaitan dengan post @ entry saya sebelum ini... Klik sini untuk membaca. Saya nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers sekalian (terutamanya yang telah bergelar ibu bapa) tentang tiga punca remaja lari dari rumah: 

Sentuhan penting bagi anak-anak
(Gambar dari Google)
1. Kurangnya sentuhan - Setiap ibu bapa, beranggapan anak yang telah menginjak dewasa, tidak perlu dipeluk atau dicium (ciuman di dahi dan pipi), kerana takut anak-anak merasa malu apabila mereka diperlakukan sedemikian. Lebih-lebih lagi dihadapan rakan-rakan sebayanya. So, di sinilah kesilapan kita (sebagai ibu bapa) yang pertama. Sepatutnya, sepanjang proses mereka membesar, kita perlu memeluk dan mencium mereka. Sentuhan akan merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Secara psikologinya, anak-anak yang kurang disentuh akan merasakan mereka tidak disayangi.


Komunikasi - boleh merapatkan jurang
(Gambar dari Google)
2. Kurangnya komunikasi - Ibu bapa yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak akan menyebabkan mereka memendam rasa. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mencari orang ketiga (boyfriend @ girlfriend @ rakan-rakan sebaya) untuk meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam diri mereka. Remaja mudah tertekan dan ibu bapa perlulah sentiasa mengenalpasti tekanan tersebut dengan sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Ibu bapa digalakkan untuk menyentuh emosi anak-anak agar mereka sentiasa rasa dihargai. Ibu bapa yang rajin berkomunikasi dengan anak-anak adalah ibu bapa yang merendahkan egonya demi anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan sentiasa menghormati ibu bapa.

3. Kurangnya perhatian - Ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak remaja mereka. Ambil tahu setiap aktiviti dan tindak tanduk mereka. Jika ada yang tidak kena, ibu bapa perlu menegur dengan cara yang berhemah. Jangan sampai anak-anak hilang rasa hormat kepada anda (sebagai ibu bapa). Tunjukkan rasa kasih sayang anda kepada mereka agar mereka merasakan andalah "pakar rujuk" kepada setiap masalah yang mereka hadapi. Jangan sampai mereka mengabaikan dan membelakangkan anda dalam setiap perkara yang mereka lakukan. 

Mungkin ramai dikalangan kita beranggapan ketiga-tiga perkara ini agak remeh. Tetapi inilah perkara yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan pemikiran remaja masa kini. Peranan ibu bapa sememangnya besar dalam membentuk anak-anak. Dan ketahuilah kita perlu mulakan sejak dari dalam kandungan lagi sehinggalah mereka dewasa... 

Ayuh parents jangan mengalah... kita masih berkesempatan untuk memperbetulkan segalanya bagi merapatkan jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Till next post, bloggers jaga diri ya!! Muah :3


32 comments:

  1. anak buat masalah bukan kesilapan dari ibubapa semata-mata..tapi, dari hati dan pemikiran si anak itu sendiri..setuju x dengan pendapat saya? ehehe..

    http://piebenhaezer.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. saya dah dua kali berkursus dgn tuan haji :P

    ReplyDelete
  3. Ben Izer: betul... persekitaran dan teknologi pun boleh menyumbang kepada tingkah laku negatif remaja...

    Alyrds: ala bestnya... saya teringin nak join seminar keibubapaan tuan haji... tapi belum ada peluang...

    ReplyDelete
  4. pengaruh kawan juga turut menyumbang..

    ReplyDelete
  5. barat: betul... pengaruh kawan la yg paling bahaya.. kalau salah pilih kawan mmg tersesat jalan...

    ReplyDelete
  6. janganlah pula nak lari hehehe...anak tak boleh dikekang sangat, dia bisa lari,good entri friend

    ReplyDelete
  7. loveheaven07: betul... remaja ni jiwanya keras sikit... kawal dengan kasih sayang... :D

    ReplyDelete
  8. sy sebagai anak mmg ada rasa mcm no.1 tu..coz sy tgk adik2 sy membesar mmg dari kcik dperlakukan sebegitu.dipeluk cium.tp bila sy dah dewasa rasa pelik plak bila dipeluk cium.dulu xpnah pun.apa pun terima jelah.

    ReplyDelete
  9. noor: ye la noor.. saya tgk anak buah saya pun cam tu... masa kecik2 mmg mak ayah peluk cium.. bila mereka dah masuk sekolah menengah.. tak de dah... saya harap saya boleh sentiasa peluk anak2 saya sehingga mereka dewasa... Amin... InsyaAllah

    ReplyDelete
  10. kurang komunikasi. sgt setuju dgn point ni. bile parents xnak dgr ape yg kite nak ckp, mesti rs sgt2 down. byk kongsi dgn org luar, drpd parents sndiri.

    ReplyDelete
  11. anNaqia: betul... parents zaman sekarang sibuk... sampai kurang berkomunikasi dengan anak2...

    ReplyDelete
  12. menjadi ibu bapa di zaman moden ini banyak cabarannya. sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa belajar dan memahami tentang anak2.

    ReplyDelete
  13. ell: mmg sangat mencabar dan menakutkan... huhu

    ReplyDelete
  14. kasih syg n kprihatinan ibu bapa pling pnting^^

    ReplyDelete
  15. Pecinta PINK: betul... sangat setuju...

    ReplyDelete
  16. carilah jalan penyelesaian y baik.. jgn menyusahkn org lain.. ^_^

    ReplyDelete
  17. Betul sekali. Orang tua harus bisa juga berperan sebagai 'teman' bagi anaknya, supaya anak bisa terbuka dan berdiskusi dengan orang tuanya...

    ReplyDelete
  18. Anak2 dah kurang masa bersama ibu bapa. Dari pagi hingga senja asik ke sekolah.

    ReplyDelete
  19. anak2 muda skrg lebih berani .


    jom layan audio kt tesco.http://gilamodified.blogspot.com/2012/04/audio-blast-tesco-stargate-alor-setar.htm

    ReplyDelete
  20. manusia xde yang sempurna kan..tak lari drpd buat kesilapan..apa yang penting mentaliti mereka..nak pilih jalan yang elok atau sebaliknya :D

    ReplyDelete
  21. betul... sangat2 setuju... sekarang ni parents ngan anak2 sama2 sibuk... parent yang bz ngan kerja akan hantar anak2 ke pelbagai kelas (tuition, belajar muzik, macam2 lagi la) so dua2 pun ada tekanan masing2... hm...

    ReplyDelete
  22. stuju dgn point kedua . kadang-kadang bila luahkan semua dekat parents nanti ada yang kena marah sebab rasa mcm tu . n banyak lagi lah .. ank2 mcm saya ni jadi takut dah nak luahkan n pendam je tak pun cerite dekat kawan yg lebih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try berkomunikasi dengan ibu especially... mungkin ibu lebih memahami naluri seorang anak... kan?!

      Delete
  23. ahaha .. saya tengok ni sebab ada yang keluar d ujian .. but , its worth .. :) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sekurang2nya saya telah membantu ;)
      moga mendapat keputusan yang memberangsangkan :D Amin...

      Delete
  24. saya setuju dgn entry akak. Ni saya berckap dari sudut remaja sdang membesar. Apa yang akak tulis tu, itulah yang saya rasa skarang. Nak rsa dihargai. Nak komunikasi. Ibu bapa sbagai perunding. Kdg2 saya sampai tak tau nak cerita masalah dgn sape lagi dah.saya takut kalau saya cerita.lagi ibu bapa tempelak. Remaja ni cuma nak rsa dihargai.. Bukan disalahkan sepanjang masa. Kan smua masyarakat pernah melalui zaman remaja. Knapa masih tak faham....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ibu bapa pun ada masalah mereka yang anak2 tak tahu... masalah mereka dalam nak membesarkan anak2... mencari rezeki dan lain2... apa2 pun, bersyukurlah jika kita masih lagi ada ibu bapa... jagalah mereka dengan baik... dan kumpullah saham untuk bekalan di akhirat...

      Delete
  25. Betul semuanya bermula dr rumah..peranan kita sebagai ibu bapa ni sgt besar.nk jaga baby tu lg mudah dr anak remaja apatah lg dengan zaman yg penuh mencabar sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PK... zaman sekarang memang sangat-sangat mencabar...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...