Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Saya sebenarnya dah lama juga tak menjenguk akaun Nuffnang saya... Lama, memang lama... Menulis blog juga cuma di atas kertas (buku nota)... Mood menulis pun tah ke mana perginya... Entri yang duduk dalam draft jangan cakap la... Memang berderet! Tah bila nak keluar tak tahu la. Lately ni saya cuma gemar membaca blog orang lain.
Saya percaya, malah sangat percaya bahawa penulisan juga perlukan komitmen, dari segi masa, pembacaan, pemerhatian, pengalaman dan lain-lain. Tanpa semua tu... memang takkan ada penulisan yang baik untuk dimanfaatkan oleh pembaca. Kalau tak de yang boleh dimanfaatkan oleh pembaca, mungkin penulisan tu penulisan yang sia-sia. Rugilah kan?!
Apapun, berbalik kepada Nuffnang saya, nampaknya masih ada rezeki untuk saya. Baru sekejap tadi saya buka... sekali kira ada 12 on going CPUV. Alhamdulillah... (^_^)
Nampak gayanya saya kena la lepaskan beberapa entri dari draft, supaya berguna juga CPUV yang saya dapat tu... Orang kata rezeki dah ada depan mata, takkan nak tengok je kan... Kena usaha juga untuk dapatkan hasil... Biarlah walau sikit. Patut bersyukur, sebab saya tahu ramai juga yang belum pernah merasa CPUV walau dah bertahun-tahun letak iklan Nuffnang di blog masing-masing. Moga Allah turut memberikan rezeki berblog buat awak, awak, dan juga awak, kalaupun bukan dengan Nuffnang, mungkin juga dengan pengiklan lain... Amin, Insya Allah...
Rezeki kita semuanya berbeza. Rezeki bukan dalam bentuk wang je. Anak bijak juga rezeki, rumah selesa juga rezeki, pekerjaan baik juga rezeki, jiran-jiran yang baik juga rezeki, kawan-kawan yang baik juga rezeki, eh jangan tak tahu sihat tubuh badan pun rezeki tau! Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada/dapat.
TAHNIAH KAK!!
ReplyDeletetahniah ... ramai blogger dapat .
ReplyDeleteade sebab nuffnang terbagi banyak CPUV. sy pun kena. semua nie mgkin akn ditarik balik.
ReplyDeletejum tgk sebabnya:
http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/10/penjelasan-nuffnang-ada-masalah-cpuv.html
tahniah kak
ReplyDeletealhamdulillah dengan rezeki yang diterima :)
Ramai blogger yang dapat berderet-deret cpuv ni tapi dia punya earning tersangatlah ciput.. Malahan ada yang dapat cuma 1 sen sahaja.. Apapun, semuanya bergantung pada rezeki masing-masing.. 1 sen pun duit jugak, kan..
ReplyDelete.
Tahniah.. Moga earning semakin meningkat..
alhamdulillah kan kak NK
ReplyDeletesetuju sangat kata akak tu, rezeki yang ALLAH nak bagi dalam pelbagai cara =)
Tahniah!
ReplyDeletesaya punya status glitterati dah bertukar kepada non glitterati.. haha!
ReplyDeletetahniah ye sis..masyuk tu..
ReplyDelete12? byk tu....alhamdulillah
ReplyDeletebanyaknya rezeki .. rezeki dlm pelbagai bentukkan ... chaiyok² bertambah semangat nak menulis...
ReplyDeleteSana sini nampaknya rakan-rakan blogger cerita pasal CPUV ni...
ReplyDeleteSalam. Hee rezeki jangan ditolak.
ReplyDeleteBertingkek² tu. Tahniah.
ReplyDeleteTahniah Nora... rata2 ramai yang bercerita tentang nuffnang dan CPUV ni..
ReplyDeleteadoi... membara mau cek nuff jugak.
ReplyDeleteramai update pasal nuff ni...
aida ni blogger ciput aje, x brape selalu cek nuff :-)
apapun tahniah ye!
banyaknya murah rezeki betul.tahniah!
ReplyDelete