Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, April 16, 2017

Cerek Hotel Kebanyakannya Tak Bersih

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Biasanya kalau saya bermalam di mana-mana hotel, saya akan cuci dulu cerek yang disediakan tu. Kalau anda pun macam saya, kita geng! 😛 Nak tahu tak kenapa kita kena cuci dulu cerek hotel? Meh saya nak share.

Ada beberapa keadaan yang menyebabkan cerek hotel kebanyakannya tak bersih:

1. Jika anda masak air dengan menggunakan air dari tandas hotel, maka bahagian bawah cerek tu akan kotor dan berkeladak.

2. Ada juga yang menggunakan cerek ni untuk membancuh teh/kopi. So, bila dah digunakan untuk membancuh teh/kopi, kalau tak dibersihkan... juga akan membuatkan cerek kotor. Dua kali juga saya terkena dengan cerek yang kotor dengan teh//kopi ni.

3. Biasanya bila kita dah check out, saya percaya staf yang kemas bilik tu tak check pun sama ada cerek berkenaan bersih atau tak. Ye la, kalau ikut logik, orang masak air guna air kosong je lah kan? Bukannya masak air campur teh/kopi.

Perasan tak macam mana keadaan cerek hotel ni sebenarnya? Cuba tengok! 😧😧😧

Inilah keadaannya...
Hasil membersihkan cerek hotel yang saya duduki...

Lalu tak lalu nak masak air lepas tengok gambar tu? Confirm takkan? 😱😱😱 Semalam saya sampai hotel dah malam, Alisya pula merengek nak susu, so... nak dijadikan cerita, encik hubby sayalah yang masak air dan buatkan susu... Saya pun terlupa nak suruh encik hubby cuci dulu cerek tu... 

Saya ambil air yang dimasak tu letak dalam botol air saya. Pagi ni baru saya minum. "Awat rasa semacam air ni?!" Sekali check cerek... Adoilah... Macam gambar atas tu la keadaan cerek tu... 

Mungkin ada yang kata kena bawa cerek sendirilah macam ni. Tapi sebenarnya, kalau nak diikutkan, kena bawa tuala sendiri, selimut sendiri, bantal sendiri, cawan sendiri... Macam-macamlah kena bawa sendiri!! 😄😂 

So, apa yang saya buat untuk pastikan cerek tu boleh digunakan semula?

1. Cuci kotoran yang ada pada cerek tu, baik yang dalam cerek mahupun badan cerek. (Biasanya badan cerek berhabuk...) Guna tisu yang hotel bekalkan... 😂 Sental sehingga tiada lagi kotoran yang lekat terutamanya di bahagian dalam cerek tu.

2. Cuci bahagian dalam cerek dengan air paip beberapa kali sampai puas hati. 

3. Masukkan sebotol air mineral (saiz 500ml yang juga dibekalkan oleh hotel 😛) ke dalam cerek dan masak. Lepas masak, biarkan sejuk sedikit, dan buang air tu. (Sebab biasanya saya tak yakin kali pertama masak tu dah bersih). Cuba sental lagi bahagian dalam cerek dengan tisu, kalau tak de kotoran yang lekat lagi, insyaAllah ia telah bersih.  

4. Maka bolehlah anda gunakan cerek tu tanpa was-was lagi. 😄 Sila pastikan anda gunakan air mineral untuk minum dan bukannya air dari paip tandas hotel. Saya sendiri kalau menginap di hotel akan beli air mineral 1.5 liter tu dalam 2 atau 3 botol (ikut keperluan ketika menginap).

5. Kalau anda dah bersihkan cerek, tetapi masih ada kotoran, maka saya nasihatkan janganlah guna cerek tu... Belilah air panas dari kedai makan (saya pernah buat juga, sebab dulu rajin bawa flask untuk isi air panas tu) atau minum jelah air mineral... 

Siapa yang kena pastikan cerek tu bersih? Sebenarnya kita semua kena ada rasa tanggungjawab untuk pastikan cerek hotel bersih. Sebab kita juga akan pakai benda-benda tu ketika menginap di hotel... Sama-sama jaga barang-barang yang ada dalam hotel tu, gunakan sebaiknya (kalau boleh, janganlah masak atau bancuh teh/kopi dalam cerek... ?) Kalau nak buat teh/kopi, buatlah dalam cawan yang disediakan. Lebih beretika macam tu.
 
Semua hotel ke cereknya macam tu? 

Saya tak kata semua... tapi kebanyakan hotel-hotel yang saya pernah menginap, begitulah keadaan cereknya. Mungkin saya boleh beri kredit kepada dua buah hotel Malaysia yang saya pernah menginap dan cereknya bersih... Philea Resort & Spa, Melaka dan Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan. Dan semestinya semasa kunjungan saya di Namba Guesthouse, Osaka, Japan, yang cereknya sangat bersih! 😍😍😍 (ni memang tak dapat dinafikan lagi...)

Lastly, part ni paling penting, setiap kali kalau anda menginap di mana-mana hotel, anda akan diberikan borang kaji selidik tentang pengalaman anda menginap di hotel tu, inilah peluangnya... (bukan untuk condemn, sebaliknya tuliskan cadangan atau masalah yang anda hadapi) supaya pihak pengurusan hotel boleh perbaiki perkhidmatan mereka. 

With 💖,
NK


Friday, April 07, 2017

Kisah 157 Ringgit (^_^)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alkisah, Alisya sejak dah masuk sekolah ni, pandai juga berjimat. Walaupun dia memang suka beli barang di kedai buku, namun jarang-jarang habiskan duit belanjanya. Biasanya, dia akan beli barang RM1 dan lagi RM1 akan disimpan dalam tabung.

Baru-baru ni diminta saya kirakan jumlah duitnya dalam tabung (tidak termasuk duit syiling). Saya pun tolonglah kira... Semuanya ada RM157. Banyak juga! So, dia pun ingat jumlah tu. Bila abahnya balik kerja, dia pun duduk sebelah abahnya.
 
Tabung botol susu Alisya sama dengan Faris, so memang
kena letak nama... 😜

Alisya: Abah, nanti cuti sekolah lama boleh tak kita pergi Korea. (Korea tau! Bukan main lagi! Abahnya senggih je, bila dengar Korea. Saya pun tumpang gelak.)

Semalam masa makan malam, Alisya tanya saya lagi... 

Alisya: Kenapa tak boleh pergi Korea?

Saya: Kenalah simpan duit dulu, dah cukup barulah boleh pergi Korea.

Alisya: Alisyakan dah ada 157 ringgit... banyaklah tu...

Saya: 157 ringgit mana cukup. Tu kalau bawa pergi Giant beli barang sikit dah habis.

Alisya: Mama ni!!! Semua tak boleh... ini tak boleh, itu tak boleh!!! (Sambil tarik muka masam)

Marah betul dia... 😰 Kalaulah pergi balik Korea, RM157... tiap-tiap minggu kita boleh pergi Korea tau! Dia ingat nilai RM157 tu macam RM15k barangkali... 😜 

Saya beritahu Alisya, masa trip kami ke Jepun dulu pun, kosnya adalah lebih kurang RM8k lebih. Dia tak percaya. Dia tetap percaya dengan 157 ringgit tu boleh sampai Korea... Alah, sweetnya kamu Alisya... 😂

Jepun: Jatuh Cinta Pandang Pertama
Jepun: Pemandu Teksinya Smart
Jepun: Prihatin Pada Kanak-kanak
Jepun: Kaiyukan Aquarium, Osaka 
Jepun: Hujan Hari Kelima


😂😂😂 Rupanya entri Jepun ni banyak yang tertangguh (laptop masih "sakit")! Dah listkan macam ni baru nampak tak habis cerita. Dah nak masuk 2 tahun pun trip ke Jepun tu. Tengoklah, bila nak publish, tak boleh janji. Doa-doalah laptop segera sembuh. Hm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...