Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, July 01, 2018

BIG NO Bila Bertandang Ke Rumah Orang

- Pinned Post -
*Untuk entri terbaru, sila scroll ke bawah*

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sana sini orang menulis dan mengulas tentang ''teguran pedas" Chef Wan tentang ibu bapa yang tidak menegur anak-anak mereka yang berkelakuan "luar biasa" (seperti meramas kuih raya, menumpahkan kuah, mengambil makanan dengan banyak dan kemudiannya tidak dihabiskan, melompat di sofa, menyepahkan mainan dan lain-lain) di rumah yang dikunjungi.

Saya tak mahulah mengulas tentang isu yang tular itu. Pada saya apa yang "ditegur" oleh Chef Wan itu ada betulnya. Ibu bapa buka mata, buka telinga dan pandanglah dari sisi yang lebih positif. 

Ketika kali pertama saya membaca "teguran" Chef Wan tu, saya juga marah, maklumlah saya juga punya anak-anak yang lasak bila bertandang ke rumah orang. Tapi esok lusanya, bila saya bertenang dan baca semula teguran itu, saya mula fahami maksud tersirat. 

Benarlah kata orang, bila kita membaca dengan emosi, maka kita akan rasa marah, sakit hati, bengang. Tapi kalau kita baca dalam keadaan yang tenang, Insya-Allah kita akan nampak lebih banyak ruang untuk kita sebagai ibu bapa take note. Sahabat, ilmu parenting ini tidak pernah berakhir... ia bersifat berterusan maka lapangkan dada dan fikirlah dalam-dalam.

Eh, jangan salah faham tau, saya tulis macam ni bukanlah bermaksud saya tak nak terima tetamu... Saya okay je kalau orang nak datang rumah bawa anak-anak. Kadang-kadang saya yang keluarkan mainan untuk anak-anak tetamu main. Anak-anak ni kalau tiada benda yang boleh lekakan dia, maka itulah jadi nak meramas kuih raya, lompat sofa semua... sebab lumrah anak-anak memang nak buat aktiviti yang boleh buat mereka leka...

Ok berbalik kepada tajuk asal entri ini, sebenarnya saya nak kongsikan beberapa perkara yang TIDAK BOLEH (sebagai orang dewasa yang waras) lakukan, jika bertandang ke rumah orang. Atau pendek kata, adab ketika kita menziarahi rumah orang lain.

     Gambar ni masa buka puasa saya dan adik-beradik

Maklumlah, raya masih berbaki, maka kunjung mengunjung, serta tuntutan memenuhi jemputan rumah terbuka tu masih lagi ada. Maka mungkin kita boleh sama-sama menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang: 

1. Minta izin jika berhajat untuk menziarahi tuan rumah
Jika bukan memenuhi jemputan rumah terbuka, tapi nak datang ziarah, mintalah izin terlebih dulu. Sebaiknya sehari sebelum kita nak bertandang ke rumahnya. Maklumlah, kita kena faham, ada kalanya peti ais tuan rumah kosong atau tidak sempat mengemas rumah atau tidak bersedia untuk menerima tetamu atau tuan rumah ada urusan lain... atau... atau... atau... (isilah sendiri) ? Sekarang teknologi dah canggih, maka gunakanlah.

2. Meminta tuan rumah untuk masak sedap-sedap
Jika kita ikhlas untuk menziarahi rakan-rakan, maka terimalah apa saja yang disediakan oleh tuan rumah. Walaupun hanya kuih-kuih raya. Jamah apa yang ada, sebab kita tak pernah tahu apa yang tuan rumah sedang hadapi. Mungkin ada yang sedang berkira-kira duit belanja sehingga dapat gaji semula, bulan berikutnya. Maklumlah raya hari tu pun dah belanja banyak, beli baju raya, sediakan duit raya, buat hidangan raya, termasuk balik kampung. Jadi, janganlah minta tuan rumah masakkan yang sedap-sedap untuk kita.

3. Membuat rondaan dalam rumah; dari dapur, tandas, malah semua bilik yang ada.
Biarpun tuan rumah tu best friend kita malah adik-beradik sekalipun, kita tidak berhak untuk membuat rondaan ke segenap sudut rumah itu. Ingat, rumah itu privacy tuan rumah. Maka janganlah kita ceroboh. Tak manis macam tu. Kita mungkin tengok reaksi tuan rumah macam okay, tapi percayalah di satu sudut dalam hatinya, dia pasti terguris. Iyalah, kita sendiri pun belum tentu suka tetamu masuk ke bilik kitakan.  

4. Menjadi juri awam kepada reka letak perhiasan dan perabot tuan rumah
Ni lagi satu hal, janganlah sekali-kali kita bagi nasihat pada tuan rumah untuk meletakkan perabot atau barang perhiasannya di mana... rumah dia, dia tahulah. Tak perlulah kita nak bagi khidmat percuma. Siap cakap, "eh rak ni tak sesuailah kau letak kat sini, baik kau letak dekat situ..." 
"Eh, benda ni pun kau jadikan hiasan? Tak cantiklah!" dan lain-lain komen yang menyebabkan tuan rumah hanya mampu senyum je.

5. Ambil apa yang nak dimakan, jangan membazir
Ambil dalam kuantiti yang sedikit, rasa dulu. Jika nak lagi maka tambahlah tiada siapa pun larang. Tapi jangan ambil sekali banyak sampai penuh pinggan, lepas tu bila makan kita rasa ada yang tak kena dengan selera kita, maka kita buang semuanya. Hormatilah tuan rumah, dia dah berpenat lelah siapkan hidangan untuk kita, tapi kita buang pula. Janganlah membazir.

Baby Uwais super cute! (^_^)

6. Minta apa yang tiada di atas meja
"Lemang je ke? Nasi beriani ke nasi ayam ke tak de ke?"
"Air panas je ke ada? Air sejuk tak de ke? Ni cuaca panas ni"
"Aik, kering je semua... tak de kuah ke?" 
"Ni kalau ada sambal ikan bilis, memang sedap makan dengan lontong ni..."
Kita mungkin rasa kita bergurau, tapi tuan rumah mesti sikit sebanyak terasa hati. Apa lagi orang yang penat masak tu. Apa kata kita sama-sama belajar bersyukur, sebab tuan rumah sudi sediakan hidangan itu untuk kita. Itulah rezeki kita. Maka makanlah. Kalau tak suka pun, jamahlah sikit-sikit. Buat syarat...

7. Meminta tuan rumah bungkuskan makanan untuk dibawa pulang
Kalau tuan rumah yang bungkuskan makanan untuk kita, maka ambillah... jika tidak, janganlah pula diminta. Pernah jadi depan mata, tetamu yang tidak segan silu minta tuan rumah bungkuskan makanan yang ada. Bila tuan rumah ambil bekas kecil, dikata oleh tetamu tu, "ala kedekutnya kau ni... bekas kecil je kau bagi aku, tak de bekas besar ke?" Allah... tuan rumah yang tersipu-sipu malu, orang yang minta tapau tu sikit pun tak malu! Terfikirkah kita, jika tuan rumah sedang risau, sama ada lauk yang dimasak cukup untuk tetamu yang datang?

8. Menziarah tuan rumah pada jam hampir tengah malam
Jika jam dah menunjukkan 10 malam ke atas, tak perlulah kita berkunjung ke rumah orang... Waktu ni orang dah mula nak berehat. Mungkin kita boleh set masa dan hari lain untuk datang. Rayakan sebulan... 

9. Duduk lama-lama di rumah orang yang di ziarah
Jika boleh janganlah berlama-lama di rumah orang yang di ziarah. Makan, borak sikit-sikit, kemudian beransurlah pulang. Janganlah sampai baring di depan TV rumah orang tu. Ada tu kadang sampai tumpang tidur lagi! 

Sama-samalah kita jaga adab ketika menziarahi rakan-rakan kita. Janganlah nanti disebabkan perbuatan atau percakapan kita nanti, boleh jadi gaduh pula. Sebelum terlupa, bolehlah bacakan Doa Tetamu Kepada Tuan Rumah seperti berikut: 


Masuk rumah orang tutup mata, keluar rumah orang tutup mulut.
(Usahlah melihat apa yang ada di dalam rumah yang kita ziarah, dan tutuplah mulut, janganlah diceritakan apa yang buruk di dalam rumah orang yang kita ziarah)
Salam 17 Syawal 1438H
(11 Jul 2017)

Artikel berkaitan adab:
Adab Menziarahi Orang Sakit 
Adab Bermasyarakat 

18 comments:

  1. CT xde anak lagi jadi takut nak komen isu2 cenggini. tapi tengok anak2 buah and anak kawan2 spupu yg datang ada ramai yg beza2.. yg proper prangai yang brlari2 dlm rumah org yg main suka hati masuk bilik. ada yang pandai duduk diam. hhehe jadi mesti ajaran pun berbeza kan..

    takot juga nanti ada anak sendiri macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... ada anak yang macam tu sebab kagum dengan rumah yang dikunjungi... tapi itulah, kalau mak ayah ajar bahawa rumah orang adalah hak peribadi serta ajarkan anak-anak untuk duduk dan makan dengan bersopan, insyaAllah anak-anak pun boleh ikut...

      Delete
  2. Setuju dengan point di atas, dulu seingat saya kalau saya dan adik beradik nakal dalam rumah orang, merah2 peha kena cubit dengan mak... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu sepatutnya Noor Azlan. Rumah orang kot... tak kisahlah rumah paklong ke... mak long ke... pakngah makngah ke... Adab berkunjung ke rumah org kan.

      Saya setuju 100 peratus dgn chef wan.

      Delete
    2. Betul tu Noor Azlan. Kalau mak ayah pun tak kisah, kita bimbang boleh jadi gaduh pula dengan tuan rumah...

      Delete
  3. itulah kena jaga adab2 ni semua...

    ReplyDelete
  4. setuju ngn semua point kt atas tuh....
    paling kite risau psl anak... sbb tu dana akan ada dkt ngn aiyan kt mana2 umah pun... biarlah kita mkn suap anak tu, biarla kite kongkong dia skit... biar dia belajar adab sopan...

    ReplyDelete
  5. Sebab tu ada orang yang ada anak anak kecik surrender nak p beraya...sebab depa tau perangai anak depa mcm mana...hihi

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik sangat ini puan nora

    ReplyDelete
  7. Mmg itulah sepatutnya kan NK. Tp tulah...mmg biasa jugak berlaku, ronda kawasan hihi....lagi lagi kalau baru pindah. Tak terniat pun nak komen apa apa, cuma biasalah pompuan kan, lebih lagi kalau kawan rapat kan...

    ReplyDelete
  8. setuju dgn semua di atas...cuma seperkara yg sy sangattttt x berkenan... wpn belum ada anak tp kn sy x berapa suka (x kira anak tuan rumah atau anak tetamu lain yg x dtg bersama sy) dtg kt kita pastu dok selongkar beg kita, belek tudung kita.... dan plg sy geram, tetiba dia cubit kita aduyaiiii sabau je laaa .mak dia sengih je mcm x reti nk mrh ke tegur ke...

    ReplyDelete
  9. setuju dengan di atas..kekadang risau juga dengan anak2 kita ne..kalau ada kawan menjadi juga...biasa anak tak buat mcm tu..dengar kata..insyallah...

    ReplyDelete
  10. Adab tertib mmg kena sama2 jaga terutama musim2 perayaan ni. Salam Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas info ni... banyak pengajaran boleh di ambil...

    ReplyDelete
  12. harap2 anak ejulz nanti dgr kata.. :) doakan ejulz n wife k.. tq

    ReplyDelete
  13. Pergi ke mana-mana pun adab kena jaga.. Ibubapa kena didik anak untuk beradab dalam hal ini bukan biarkan anak buat sesuka hati apatah lagi bila berkunjung ke rumah orang..

    ReplyDelete
  14. Ada betulnya jugak teguran Chef Wan tu kan NK. Mau tak seriau tuan rumah kalau tgk anak tetamu lasak lain macam hahahhaha....Tanggung jawab ibu bapalah nak menegur atau mengajar anak anak memasing. Pukul pukulkan ke ye dak....

    Tapikan NK kalau okje pi rumah kengkawan mmg suka je pi dapur diaorang hahahhaha .... kawan yg dah biasalah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...