Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Allah...
Sungguh,
diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
Sungguh,
kita yang bernama manusia ini selalu terlupa mengapa Allah kurniakan
mulut kepada kita.
Teringat
pada salah satu ceramah Ustaz Wadi Annuar yang saya dengar, "Allah
kurniakan kita mulut untuk apa? Supaya sentiasa berzikir dan membaca
serta memahami ayat-ayatNya."
Kita
sebenarnya tidak akan pernah perasan, apa jua perkataan yang keluar
dari mulut kita setiap hari. Mungkin ada perkataan-perkataan kita
yang akan menyebabkan hati seseorang terguris.
K.O.M.U.N.I.K.A.S.I
Nampak mudah
tapi jika tidak kena cara dan tertibnya, mungkin mengakibatkan
kemudaratan.
Ada beberapa
tertib atau perkara yang boleh diambil kira sebelum dan ketika
berkomunikasi:
1. Fikir:
fikir dan tapislah terlebih dahulu perkataan sebelum kita mulakan
bicara. Percakapan atau soalan yang bertalu-talu akan menyebabkan
kita sendiri tidak sedar akan perkataan-perkataan yang dituturkan,
sama ada ia relevan atau akan menyakiti hati orang lain.
2. Face
to face/private: jika merasakan sesuatu perkara yang hendak
diperkatakan itu terlalu sensitif dan personal, maka bertanyalah
secara face to face/private. Janganlah sengaja ditanyakan secara
umum, kerana khuatir apa yang akan ditanya itu akan mendatangkan aib.
3. Bahasa
tubuh: pekalah dengan bahasa tubuh orang yang sedang berbual
dengan kita. Lihat sama ada dia selesa atau tidak selesa sepanjang
perbualan. Jangan tanya perkara yang boleh menjadikan dia tidak
selesa atau tidak suka.
4. Berhenti:
berhentilah bercakap jika merasakan kita sudah tersasar jauh daripada
apa yang sepatutnya. Jangan ditambah "pelbagai perasa" demi
memuaskan hati kita sendiri.
5. Maaf:
segeralah memohon maaf apabila tersedar bahawa percakapan kita telah
mengguris hati seseorang. Maaf dan jangan ulangi lagi.
Dua perkara
yang paling bahaya dalam komunikasi, iaitulah gurauan dan sindiran.
Ia nampak remeh tapi meninggalkan kesan yang mendalam pada hati
seseorang.
Dari Abu
Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia berkata
yang baik atau – kalau tidak dapat berkata yang baik, hendaklah ia
berdiam diri saja”
Lidah,
sesungguhnya anggota yang paling sukar untuk dijaga.
semakin menua ni i think diri da semakin berjaya mengawal sikit perkataan2 yg nak disebut. CT percaya.. kita adalah reflection kata2 kita jadi kalo baik bicara baikla kalo sebaliknya jadi sebaliknyala =)
ReplyDeletebetul...gurauan dan sindiran itu bahaya..kebanyakkan orang jadikan gurauan atau sindiran cara melepas apa yang terbuku dihati..
ReplyDeletegood entry..
ReplyDeletebetul tu... sbb tu org selalu kata klu tgh marah lbh baik diam.... sbb takut kata2 yg keluar dr mlt bila tgh marah... mengguriskan hati org lain
ReplyDeleteAgreed kakak. Saya setuju bila marah, baik diam jika itu lebih baik. Sentiasa pupuk perasaan utk sentiasa bersangka baik Dan jika marah jangan terlalu lama.
ReplyDeleteTeringat jumpa Kak Nora kat opis ari tu. Aceli nk borak panjang tp ada hal... Huhuhu
Agreed. Rasulullah pun ajar sama kan, sama ada diam atau berkata baik.. kadang tu nak je lepas, tapi tu la, diam lebih baik <3
ReplyDeletekadang bergurau tak ingat..
ReplyDeleteJaga Lidah Jaga Hati...
ReplyDeleteBetul2...
Done Follow...
http://paanhealersblog.blogspot.com/
betul tu :)
ReplyDeleteejulz follow sini.. harap sudi follow blog ejulz yg x seberapa :)
Blogwalking here! Such a nice entry and reminder to myself also. 😍
ReplyDeleteagreed! tapi selalu payah kan..
ReplyDeletesalam dari umifuzy.com
Risau sangat andai gurauan kita terlanjur hingga menyakitkan hati orang lain padahal tak sengaja.. LZ kena berhati2 dalam hal ini.. Lisan juga melambangkan keperibadian kita..
ReplyDeletePeringatan untuk diri saya sendiri...terima kasih atas ingatan dan perkongsian...
ReplyDeleteSalam perkenalan linda.blogspot.com
Yelah NK.... kalau dah bercakap mmg susah nak berhenti lebih lebih lagi dengan kawan. Takut jugak gurau kita mengguris hati mereka tanpa kita sedar...
ReplyDelete