Assalamualaikum
dan salam ziarah,
"Kenapa
tak tulis ?" tanya saya.
"Entahlah,
dia punya isi tu macam tak ngam dengan apa yang aku nak tulis. Ada
'mood tracker' la... 'cash flow' la... bajet itu ini. Benda-benda tu
bukan kita pakai sangat pun," jawabnya seolah kesal membeli
planner.
Ramai
sebenarnya yang beli planner.
Tapi kosong
sampai ke hujung tahun.
Betul juga,
sebab planner yang dah siap bercetak ni, kadang-kadang apa yang kita
tak nak, ada dalam tu. Tapi kalau saya, saya gunakan je semua, ubah
ikut kesesuaian saya.
Hari ni dah
16 Januari.
Pada mereka
yang dah ada planner tapi tak pasti nak gunakan macam mana, sempat
lagi nak isi.
Jom saya
kongsi bagaimana saya menggunakan planner yang telah siap bercetak:
1. Pen: saya
gunakan pen berwarna biru (catatan semasa), hitam (saya gunakan untuk
'tick' saja) dan merah (catatan penting). Contohnya: jika Faris atau
Alisya perlu membawa barang untuk keperluan subjek tertentu minggu
berikutnya, saya akan gunakan pen berwarna merah.
2. 'Correction tape': dulu zaman saya guna 'liquid paper', sekarang 'correction tape'. Ini wajib ada, mana tahu tersilap tarikh ke salah tulis ke. Saya gunakannya juga untuk 'adjust' apa yang saya nak ada dalam planner saya. Contoh: saya tak perlukan 'cash flow box', dan saya tukarkan kepada 'FB/Blog Update'.
Dan
perkara yang paling penting, balut planner anda. Planner yang dibalut
kemas, insyaAllah tidak mudah rosak. Maklumlah kita nak pakai
setahunkan.
Apa
kelebihan menulis planner?
1.
Mengatur aktiviti harian
2.
Mengurus masa
3.
Meningkatkan produktiviti
4.
Mengurus tekanan
5.
Habit dan ibadah tracking
6.
Buat kenang-kenangan
Planner,
pembantu kanan saya.
last year diy planner. skrg pun ada lg🤣 tak tersentuh pun. semua apa apa save kat phone
ReplyDeletekita pun banyak planner org bagi free..xterguna gak..hehe
ReplyDeleteWow.. Terima kasih untuk perkongsian.. Pada Sha ini sangat-sangat membantu.. Sha memang ada beli Planner dan juga dihadiahkan Planner (buku fizikal) tapi masih lagi beli Planner dalam bentuk PDF dan print yang Sha nak guna je.. kikiki..
ReplyDeletecayalah kak! harap2 penuh smpi hujung tahun... sy thn ni x buat planner tp lbh kpd list perbelanjaan harian, duit keluar msk dan simpan segala resit mesit hahahaha. sblm ni x penah buat tp thn ni baru dapat hidayah heheh
ReplyDeleteAda jugak...Insya Allah tahun ni nak guna sepenuhnya ruang dalam planner
ReplyDeletepernah beli planner beberapa kali awal2 je rajin lps tu sunyi... n skrg dh tak pernah beli lg...
ReplyDeletejiwa pemalas ni dh tak serajin dulu, masa ke sekolah menengah dulu suka menulis .. ada diary skrg ni... ke laut
Menarik saya tengok planner ni ..tahniah dapat atur perancangan melalui planner ini
ReplyDeletewaa..hebatnya..planner saya huduh je. malu nak share. salah potong je. hehe
ReplyDeleteCantiknya.. jeles dengan org blh istiqamah buat planner ni. Saya bertahan awal2 tahun je.pastu ntah kemana.. tahun ni punya planner jd diari pulak, bnyk tulis apa y dah dibuat, bukan yang di plan. Huhu
ReplyDeletesetiap tahun beli planner dan sangat berguna.
ReplyDeleteaida ada planner dah. da beli end of last year.
ReplyDeletemasih kosong!!! ha ha ha ha :)
sgt la tak reti nak isi planner.
time keje, planner semua isi tentang hal2 keje.
now tak keje, mcm xde pe nak diisi :) ha ha ah ha...
suka tengok orang yang organized planner. comel2 cantik n kemas..
ReplyDeletetapi suka tengok jele.. nak buat tu tatau hehe..