Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Tuesday, January 29, 2019

Mama Tamak!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

"Mama, dekat sekolah Alisya tu kan, ada yang pakai 'vest' warna 'purple'kan, yang tu pengawas apa?" tanya Alisya pada saya semalam.

"Er, Mama rasa tu bukan pengawas, tapi Pembimbing Rakan Sebaya," jawab saya teragak-agak.

Sambil tu saya cuba ingat apa yang ditulis di belakang 'vest purple' yang dipakai beberapa pelajar di sekolah Alisya.

"Pembimbing Rakan Sebaya tu macam mana?"

"Dia macam kawan yang kita boleh percaya. Kalau kita ada masalah, kita boleh cerita dekat dia. Dia sedia mendengar. Yang paling penting, dia tak cerita masalah kita tu pada orang lain. Orang yang dilantik jadi Pembimbing Rakan Sebaya ni kena jujur, amanah... mereka tu terlatih. Kena hadir kursus khas," semudah-mudah penerangan saya cuba beri pada Alisya.

"Macam mana Mama tahu?"

"La, Mama tahu la, dulu Mama sekolah juga. Masa Mama sekolah menengah, Mama ketua Pembimbing Rakan Sebaya tau," sambil tegakkan badan. Berlagak macam kaunselor hebat.

"Eeii, Mama ni tamakkan? Ketua Kelas pun dia, Pengawas pun dia, Pengawas Pusat Sumber pun dia, Ketua Bulan Sabit Merah pun dia, Ketua Kelab Ping Pong pun dia... ni Ketua Pembimbing Rakan Sebaya pun dia. Ingat Mama... orang tamak selalu rugi," sambil jari telunjuknya digoyang ke kiri dan kanan.

Eleh, 'jealous'lah tu. 😝



Nora Karim
Sekali sekala 'berlagak' dengan anak-anak tak pe. 😅

7 comments:

  1. tu kiranya beri motivasi jugak tu.
    sikap kepimpinan :)

    ReplyDelete
  2. hebat mama alisya ni semua jawatan dia bolot hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha..heyyy mana boleh tamak kuasa macam tu!! tapi bila ingat2 balik, saya pun tamak gak dulu..bahahahahha

    ReplyDelete
  4. hahaha adoi. kita memang time sek tamak. nak sijil brenti nanti gempak2. kenangan kot tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...