Dalam kelas Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) semalam, Cikgu PJ Faris cerita tentang kebaikan air kosong atau air suam.
Cikgu PJ cakap, kita kena minum air suam yang cukup sebab kelebihan minum air suam ni boleh membantu membekalkan oksigen pada otak.
Faris kata, kawan lelaki yang duduk sebelah dia, bawa air tapi tak luak pun air botolnya. Dari mula masuk sekolah, sampai waktu PJ tu, air botolnya elok je diletakkan di bucu meja.
Sebaik cikgu PJ cakap kena minum air banyak, dia pun minum air botol tu. Kejap-kejap dia buka penutup botol dan minum air.
Faris tegur kata, janganlah habiskan sebotol terus. Tapi kawan dia cakap nak bagi oksigen sampai ke otak.
Waktu PJ tu lepas rehat... maknanya dah lepas waktu kelas Faris dibenarkan untuk ke tandas. Lepas PJ subjek BM. Kawan dia tadi dah rasa nak terkucil, tapi dia tahan.
Lepas BM, subjek BI... dia dah mula melompat sebab dah tak boleh tahan lagi dah.
"Weh, aku tak rasa air bagi oksigen ni weh... ni semua air turun bawah ni bukan pi otak," keluh kesah dah menahan.
Faris dah gelak sakan bila kawan dia cakap macam tu. Di tempat duduknya dia mengepit kedua belah kaki. Sambil menggerakkan badan ke kiri dan kanan.
"Pegilah cakap dekat cikgu kau nak pegi toilet. Cakap kau tak tahan nak kencing."
Saya rasa mungkin sebab waktu kelas dia dah lepas untuk ke tandas sebab tu dia takut nak cakap dengan cikgu.
Waktu akhir, subjek Sains. Belum sempat cikgu duduk dia dah cakap, "cikgu saya dah terkencing sikit... cikgu kena bagi saya pegi toilet... tak tahan dah..."
Mujurlah cikgu izinkan dia ke toilet. Kalau tak, mau terkencing dalam seluar kalau terlalu ikut norma baharu.
Bila masuk kelas balik, sambil menyandar dan berpeluh satu muka, kawan tu cakap pada Faris... "senak otak aku tahan kencing... bukan dapat oksigen."
🤣🤣🤣
Walaupun norma baharu, part nature calls ni memang kita tak boleh jangkakan...
#adamfaris
#tingkatan1
#normabaharusekolah
nasib baik sempat hehe
ReplyDeleteMinum terlalu banyak, tentu pergi tandas banyak kali. Saya selalu advise pelajar saya supaya jangan minum banyak sebelum peperiksaan!!
ReplyDeletehhahahaha... payah jugak norma baru gini ye kak... kesian kalau nk terkucil tu nak di tahan lama-lama abis berpeluh tu... seksa pun iya
ReplyDeleteadoiiii kelakarr hahahaha
ReplyDeletemcm tu ke... nak kebilik air pun kena ikut turn juga...
ReplyDeleteWah macam tu ke sekarang? Nasib baik sempat
ReplyDeletelps ni bw pampers laa dlm beg hahahah
ReplyDelete