Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, October 30, 2013

Mini Giveaway #5

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah rasanya saya tak buat Mini Giveaway... So hari ni saya nak hadiahkan sebuah novel dari penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid yang bertajuk MAGIS. Semestinya novel terbaru di pasaran...(^_^)

 - - - - - 

Sinopsis MAGIS:

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerembolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

- - - - - 

Kepada peminat novel thriller dan pembaca blog ini yang ingin mencuba nasib mendapatkan novel ini, sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen, sebagai tanda penyertaan. Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 1 November 2013, jam 11.59 malam.

Nota kaki: Saya sedang membaca novel ini... beberapa bab lagi akan tahu akhiran cerita... (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, October 29, 2013

Kerana Nila Setitik...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lepas lunch tadi, saya berurusan di cawangan bank yang pegawainya di tembak... Semestinya isu itu masih segar dan bermain di fikiran... Orang yang tiada perasaan kemanusiaan, mungkin tidak terusik dengan kes ini...

Walaupun saya berurusan di cawangannya di Melaka... Namun tetap ada perasaan takut. Semestinya saya extra careful... (sekarang  ni kat mana-mana pun kena extra careful... walaupun dalam rumah sendiri...
 
Sementara menunggu giliran, saya melayan seorang kanak-kanak berbangsa Cina bermain... Sebaya Alisya barangkali. Manakala ibu dan nenek kanak-kanak tersebut sedang berurusan di kaunter... 

Sesekali kanak-kanak itu tergelak besar bila saya mencuit dan menggeleteknya... Sesekali si ibu memandang... Memerhati anaknya... Dan tersenyum pada saya... Saya membalas...

Tiba-tiba si nenek menarik cucunya yang sedang bermain dengan saya... Kemudian ibunya seakan berbisik (tapi jelas pada pendengaran saya) pada anaknya, "jaga-jaga, nanti  dia tembak!" (translated)
 
Allahuakbar terkejut saya dengan kata-kata si ibu... Malah saya juga terkejut dengan pak guard yang berdiri tidak jauh dari saya... Padahal pak guard tu hanya memeriksa kertas mesin nombor giliran di sebelah saya... Even dia tidak memegang senjata pun! 

Disebabkan kes pengawal keselamatan menembak seorang pegawai bank tu, rata-rata orang memandang serong (baca sebagai "tidak hormat") kepada para pengawal keselamatan. Kesian pada sesiapa yang bekerja sebagai pak guard. 

Saya percaya bahawa pak guard yang sanggup membunuh tu, hanya dia seorang... Benarlah kata orang, 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'... Moga pihak polis dapat segera menangkap penjenayah tersebut... 
 
Innalillahi wa innailaihirojiun... Al-Fatihah buat pegawai bank yang  ditembak, Norazita Abu Talib... Moga rohnya dicucuri rahmat dan dan takziah buat ahli keluarganya mangsa... (sedih bila mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan, moga mereka redha dan tabah...)


Nota kaki: Rasanya bukan family allahyarhamah je yang trauma... ramai dari kalangan kita pun turut trauma!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, October 28, 2013

Tadika VS Sekolah Besar


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Minggu lepas Faris ada tanya saya, "Kenapa Cikgu Ummi lekat Taska kat situ?" (menuding jari ke banner untuk kemasukkan baru ke Taska/Tadika Ilmu Murni

Kemudian saya jawab, "Ye la... Faris dah nak masuk sekolah besar tahun depan (Darjah 1)... Cikgu Ummi kena la cari orang baru ganti Faris."

Cepat-cepat dia jawab, "Eh mana ada... Faris sekolah kecik je (merujuk kepada Tadika)... mana boleh sekolah besar..."

Entah kenapa susah pula nak yakinkan dia sekolah besar tu lagi best... ramai kawan...  bla...bla... bla... Setiap kali cakap pasal sekolah besar, Faris akan marah... Kadang-kadang sampai nangis... Adeh!

Hari ni jemput dia balik dari sekolah dia cakap pada saya.... "Mama main tipu... Cikgu Ummi cakap bukan cari orang ganti Faris... tapi nak kasi ramai orang belajar sama-sama..."

Adeh... Guane tu?! Ini budak macam confirm nangis je first day sekolah nanti...
(╥_╥)


Nota kaki: Alisya pula macam excited nak masuk sekolah, tapi abahnya kata nanti dulu... hm...


* * * 


Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Batu Karang Hempedu: Perkongsian Pakar Pemakanan - Mushidah Zakiah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah... 

Beruntungnya saya dan rakan-rakan yang mencari informasi tentang diet/menu setelah membuang hempedu, apabila seorang Pakar Pemakanan dari Pusat Perubatan Prince Court sudi berkongsi tentangnya. (Jika masih ingat, saya pernah menulis entri ralat di sini atas keperihatinan Pakar Pemakanan ini

Berikut adalah respon Pakar Pemakanan, Puan Mushidah Zakiah bt Mohad Akran melalui email tentang diet setelah membuang hempedu.    

Puan Nora,
Terima kasih kerana telah mengambil teguran saya secara positif. 

Berkenaan soalan puan tentang diet selepas pembedahan pembuangan pundi hempedu, saya tidak keberatan berkongsi sedikit informasi.

Saya telah membaca entri yang puan sertakan berkenaan menu/diet selepas pembedahan hempedu. Boleh dikatakan fakta yang puan berikan adalah betul.

Namun begitu, secara amnya, untuk memahami diet yang sesuai, kita perlu faham fungsi pundi hempedu terlebih dahulu.

Fungsi Hempedu

Pundi hempedu adalah terletak di bahagian bawah hati yang mana hati mengeluarkan hempedu, sejenis cecair yang diperlukan untuk menghadamkan lemak daripada makanan yang kita ambil. 

Pundi hempedu bertindak sebagai tempat simpanan hempedu yang di hasilkan oleh hati.  Sebaik sahaja ada pengambilan makanan berlemak, pundi hempedu akan merembeskan hempedu ke dalam usus kecil untuk proses penghadaman dan peresapan nutrisi (sebagai respond kepada pengambilan makanan berlemak). 

Namun begitu, selepas pembedahan, hati merembeskan hempedu ke dalam usus kecil secara berterusan (tidak di kawal) kerana tiada lagi pundi hempedu sebagai tempat simpanan hempedu. 

Sekiranya hati telah habis menghasilkan hempedu pada satu satu masa,  dan anda mengambil makanan berlemak selepas penghasilan hempedu, lemak berlebihan yang diambil akan tinggal di dalam usus besar yang mana menyebabkan bakteria mula memakan dan mencernakan lemak tersebut dan kesannya anda akan mengalami kembung perut (angin) atau pun cirit birit.

Disebabkan tiada lagi tempat simpanan hempedu, anda perlu makan secara seimbang seperti piramid makanan, dengan penambahan untuk mengurangkan jumlah lemak dalam diet kepada lebih kurang 40 hingga 50g sehari sahaja.

Saranan
Pertama sekali, penggunaan lemak dalam masakan mesti dikurangkan. Lemak ini termasuk minyak, santan, marjerin, butter. Minyak zaitun adalah minyak yang bagus, namun begitu kuantitinya perlu dihadkan juga. Saranan penggunaan lemak adalah lingkungan 1 hingga 2 sudu teh lemak untuk setiap waktu makan (untuk penyediaan semua jenis lauk pada satu waktu makan)

Kedua, lemak jugak terdapat secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti ayam, ikan, daging. Untuk memastikan anda tidak mengambil lemak secara berlebihan, buang semua lemak yang ada pada makanan ini sebelum memasak. Kulit juga termasuk kategori lemak. 

Selain itu, secara amnya, semua jenis makanan yang berminyak/berlemak harus dikurangkan atau diambil dalam kuantiti yang kecil.

Perlu ditekankan, diet ini adalah saranan secara am. Pendekatan diet yang lebih individual amatlah perlu kerana setiap pesakit mempunyai masalah atau tindak balas berbeza terhadap pelbagai jenis makanan. 

Saya harap, penjelasan ini dapat membantu puan memahami dengan lebih jelas. Terima kasih.

Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan

Nota kaki: Terima kasih banyak-banyak pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran bersama saya dan pembaca blog ini, terutamanya mereka yang juga mengalami masalah batu karang hempedu seperti saya. Moga Allah kurniakan kesihatan buat kita semua... In sha Allah... Amin...

Friday, October 25, 2013

First Time Buat Facial...

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pada usia 33 tahun... ni la first time saya buat facial treatment... Itu pun disebabkan tak tahan dengan kulit muka yang dah semakin mengering (dehydrated), kulit muka saya makin nipis, menyebabkan pedih di sekitar hidung dan pipi serta tepi bibir (time nak makan bila buka mulut tu memang sakit la...) Masalah jerawat makin teruk sejak saya berhenti kerja lagi (kira dah setahun lebih). Bila bincang dengan En hubby, dan dia pun izinkan saya jalani treatment, baru la saya pergi...

Alhamdulillah pengalaman pertama yang menakutkan (pada mulanya), tapi rupanya seronok juga bila buat treatment. Rasa lebih relax.

Treatment yang saya jalani adalah:
a) Scrubing
b) Cleansing
c) Steaming
d) Exfoliating & removing blackheads/whiteheads (ouch...! yang ni termasuk mengeluarkan isi jerawat... memang menyakitkan... saya sampai keluar air mata... sesekali menjerit... sakit ooo :-(( )
e) RF machine (urutan mesin untuk membaiki kulit muka)
f) Face & shoulder massage (yang ni yang paling best... hilang rasa sakit-sakit bahu bila diurut...)
g) Mask

Semua treatment di atas mengambil masa 2 jam! Tapi tak terasa lama pun... ^_^ Sebaik siap rawatan pertama, kulit muka saya lebih lembab berbanding sebelumnya... Hidung, pipi dan tepi bibir saya tidak lagi sakit... Muka dan bahu pun terasa sangat ringan... 

Total kos saya jalani intensive face treatment ini adalah RM490 untuk 5 sesi/kali. Kalau tak harganya RM180 untuk satu sesi. Tapi saya ambil pakej 5 kali terus, sebab harga lebih murah/jimat. Kiranya harganya jadi RM98 sahaja satu sesi. Jauh lebih murahkan?!

Untuk mereka yang tak de masalah macam saya dan ingin membuat basic facial, harganya dalam RM48 - 68, bergantung kepada apa yang dilakukan dalam rawatan tersebut.   

Oh ya.. ni la tempat saya jalani treatment tu... Jinho Beauty & Wellness Station, Bukit Beruang, Melaka.


Next treatment saya adalah 2 minggu lagi, iaitu 7/11/2013... Mudah-mudahan 5 kali rawatan ni cukup untuk saya... Kalau tak kena tambah duit lagi... :'(

Nota Kaki: Better juga kalau lakukan basic facial sebulan sekali bagi memastikan kulit muka kita sentiasa sihat... Jangan jadi macam saya... dah tua-tua baru nak nak buat treatment! Haih!

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...