Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, October 28, 2013

Tadika VS Sekolah Besar


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Minggu lepas Faris ada tanya saya, "Kenapa Cikgu Ummi lekat Taska kat situ?" (menuding jari ke banner untuk kemasukkan baru ke Taska/Tadika Ilmu Murni

Kemudian saya jawab, "Ye la... Faris dah nak masuk sekolah besar tahun depan (Darjah 1)... Cikgu Ummi kena la cari orang baru ganti Faris."

Cepat-cepat dia jawab, "Eh mana ada... Faris sekolah kecik je (merujuk kepada Tadika)... mana boleh sekolah besar..."

Entah kenapa susah pula nak yakinkan dia sekolah besar tu lagi best... ramai kawan...  bla...bla... bla... Setiap kali cakap pasal sekolah besar, Faris akan marah... Kadang-kadang sampai nangis... Adeh!

Hari ni jemput dia balik dari sekolah dia cakap pada saya.... "Mama main tipu... Cikgu Ummi cakap bukan cari orang ganti Faris... tapi nak kasi ramai orang belajar sama-sama..."

Adeh... Guane tu?! Ini budak macam confirm nangis je first day sekolah nanti...
(╥_╥)


Nota kaki: Alisya pula macam excited nak masuk sekolah, tapi abahnya kata nanti dulu... hm...


* * * 


Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


23 comments:

  1. hihi..mcm cara nak terang still faris jgk yg menang..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal... siap tanya sendiri cikgu dia... sabar je la...

      Delete
  2. alamak macam takmo g school besar je...kena tabah hati ni kalo faris nangis ni

    ReplyDelete
  3. alahai.. faris2.. ni pesen amir jugak.. thn dpn pindah tadika.. sibuk tanya.. kenapa mesti pindah.. kenapa x lh sekolah kat situ.. harap faris oklah yer.. x meragam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la yana... risau gak dibuatnya... huhuhu

      Delete
  4. Tak jugalah sebab dah biasa jumpa kawan-kawan. Cuma masih belum faham sebab dah seronok di tadika sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 gitu la kakzakie... saya je dok risau... maklum la anak sulung nak masuk sekolah... hahahah

      Delete
  5. Anak makchaq hanya yang sulung tadika, yang lain ada la sebulan dua pastu berenti.... Alhamdulillah masa sekolah betui depa ok pulak..
    Comelnya depa 2 orang ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 Faris oklah sekolah besar tu nanti...

      Delete
  6. maybe dia tak jumpa kawan2 dan tengok suasana meriah sekolah besar lagi best dari sekolah kecik...mesti okay faris nanti dengan alam sekolah besar

    ReplyDelete
  7. hahahaha, dah lama tak baca kisah mencuit hati Faris ni.... tak puas hati dgn jawapan mama la tu... jawapan cikgu juga yang dia percaya :)
    Insya Allah, Faris ok kot bila masuk sekolah besar :)
    Kalau Alisya dah bersedia utk ke sekolah, mungkin boleh pertimbangan keinginan dia tu... mesti dia seronok dapat main dgn kawan2 :)

    ReplyDelete
  8. assalam, comelnya putera dan puteri nora ni...

    ReplyDelete
  9. kena cakap lah kawan2 nanti semua masuk sekolah besar.. tak sekolah kt sekolah kecik lagi.. :)

    ReplyDelete
  10. macam maknya nak kena pi sekolah sekali je tahun depan ni... hikhikhik...

    ReplyDelete
  11. abah mst kesian kt mama tu.kalo alisya pun gi skolah,sunyi la mama sorg2 kt rumah..huhu

    ReplyDelete
  12. ader sekolah kecik dan besar yek...hehe
    sekolah besar lagi best tau faris...lagi ramai kawan..
    moga semuanyer ok biler nak masuk sekolah beso...

    ReplyDelete
  13. once da msk sekolah bsr nnt...x mo blk...siap laaa hehehehehe

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak singgah blog akak dan dah lama juga tak tengok gambar dua beradik yang comel dan bijaksana tu. Rindu..hehe. Moga-moga faris tak menangislah nanti. Nanti dapat kawan ramai, lagi best. ^___^

    ReplyDelete
  15. Tadika faris ni kat ayer keroh ke? Ok tadika ni?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...