Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, October 18, 2013

Kekalkan Gaya Hidup Sihat...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Teruja membaca artikel ringkas tentang usaha sepasang suami isteri yang bertekad untuk menguruskan badan demi kesihatan tubuh badan di sini... Motif mereka menguruskan badan adalah jelas, demi memastikan mereka kekal sihat, dan tidak menderita kerana penyakit.

Justin yang beratnya 204kg sebelum ini, pernah mengalami jangkitan buah pinggang yang teruk dan dimasukkan ke hospital. Namun tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah obesitinya. 

Sejak itu, Justin memberitahu isterinya Lauren (yang beratnya 136kg) bahawa dia bertekad untuk kurus demi kesihatannya. Lauren bersetuju untuk sama-sama mengubah cara pemakanan mereka dan mencapai matlamat tersebut.

Pakar diet menyarankan agar mereka berhenti minum minuman bersoda dan semua jenis minuman manis, sebaliknya menukarkan minuman tersebut kepada air kosong/suam sahaja. Pakar juga menasihatkan agar mereka berhenti mengambil makanan segera, sebaliknya menggantikannya dengan buah-buahan dan sayuran segar serta mengamalkan pemakanan yang sihat. Selain pengambilan makanan yang sihat, mereka juga dinasihatkan untuk mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian mereka.

Dalam tempoh hanya 19 bulan, pasangan ini telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 235kg (gabungan berat badan Justin dan Lauren). Jika dulu berat badan gabungan mereka 340kg, kini hanya 105kg! Menarikkan? Kini mereka bukan sahaja mendapat tubuh badan yang sihat, malah tampan dan cantik bergaya! ^_^


 
Tips gaya hidup sihat (kaedah Justin dan Lauren):
a) berhenti minuman soda dan minuman manis GANTIKAN dengan air suam.
b) berhenti makan makanan segera MAKAN LEBIH BANYAK buah-buahan dan sayuran segar. 
c) AMALKAN aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian.


Nota kaki: Saya juga menjengah dan meninjau resipi sihat yang mereka kongsikan di blog ini.


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


14 comments:

  1. Kena kuat mental utk terus kekalkan apa yg dihajati. Semangat kena kenral, disiplin hebat. Fuhh, hebat pasangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? Memang kena kuat fizikal dan mental... tapi mereka dah berjaya.. huhuhu

      Delete
  2. semangat nak buat... chaiyok...

    ReplyDelete
  3. saya pun tengah berdiet sihat.kesian kat badan banyak sangat makan junk food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Saya sejak jadi surirumah ni lagi la... adeh....

      Delete
  4. Wow! Sungguh tak percaya apapun tahniah buat mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masing2 support... dpt la sama2 trn berat badan...

      Delete
  5. Panduan utk org yg nak kuruskan badan. Semangat kena kental ni kak.

    ReplyDelete
  6. Nak kurus jgk demi kesihatan... Tp kene kuat dan berdisiplin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...