Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam
ziarah,
Lepas lunch tadi, saya
berurusan di cawangan bank yang pegawainya di tembak... Semestinya
isu itu masih segar dan bermain di fikiran... Orang yang tiada
perasaan kemanusiaan, mungkin tidak terusik dengan kes ini...
Walaupun saya berurusan di
cawangannya di Melaka... Namun tetap ada perasaan takut. Semestinya
saya extra careful... (sekarang ni kat mana-mana pun kena extra careful... walaupun dalam rumah sendiri...)
Sementara menunggu
giliran, saya melayan seorang kanak-kanak berbangsa Cina bermain...
Sebaya Alisya barangkali. Manakala ibu dan nenek kanak-kanak tersebut sedang berurusan
di kaunter...
Sesekali kanak-kanak itu tergelak besar bila saya
mencuit dan menggeleteknya... Sesekali si ibu
memandang... Memerhati anaknya... Dan tersenyum pada saya... Saya
membalas...
Tiba-tiba si nenek menarik
cucunya yang sedang bermain dengan saya... Kemudian ibunya seakan
berbisik (tapi jelas pada pendengaran saya) pada anaknya, "jaga-jaga, nanti dia tembak!" (translated)
Allahuakbar terkejut saya
dengan kata-kata si ibu... Malah saya juga terkejut dengan pak guard
yang berdiri tidak jauh dari saya... Padahal pak guard tu hanya
memeriksa kertas mesin nombor giliran di sebelah saya... Even dia tidak
memegang senjata pun!
Disebabkan kes pengawal keselamatan menembak seorang pegawai bank tu, rata-rata orang memandang serong (baca sebagai "tidak hormat") kepada para pengawal keselamatan. Kesian pada sesiapa yang bekerja sebagai pak guard.
Saya percaya bahawa pak guard yang sanggup membunuh tu, hanya dia seorang... Benarlah kata orang,
'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'... Moga pihak polis dapat
segera menangkap penjenayah tersebut...
Innalillahi wa
innailaihirojiun... Al-Fatihah buat pegawai bank yang
ditembak, Norazita Abu Talib... Moga rohnya dicucuri rahmat dan dan takziah buat ahli keluarganya mangsa... (sedih bila mengenangkan anak-anak yang ditinggalkan, moga mereka redha dan tabah...)
Nota kaki: Rasanya bukan family allahyarhamah je yang trauma... ramai dari kalangan kita pun turut trauma!
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.
selamat pagi
ReplyDeletepagi anum... :D
DeleteBetul.. Bila jadi kes macam ni, ramai pengawal keselamatan yang perlu diselidik..
ReplyDeletehttp://puteriairyn.blogspot.com/2013/10/merahnya-apel-india.html
betul juga... nak bagi org pegang senapangkan... kena la selidik betul2 dulu...
Deletejujur nyer saya pon turut trauma dgn guard ;(
ReplyDeletekan lia?!?!
Deletekena sentiasa berhati - hati kat mana pun kita berada wpun sekadar pengangkut sampah kat depan umah ...
ReplyDeletebetul... kena extra careful...
Deleteskrg nk pegi mn2 mmg kena extra careful...ya Allah lindungilah kami semua...
ReplyDeletebetul anies... mmg kena xtra careful...
DeleteBetul tu kak, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kesian pak guard2 yang lain. Tapi yang menembak tu bukan orang malaysia pun kan. Indonesian beli kad pengenalan palsu. Ish...rasa geram je.
ReplyDeletetu la aini... tak dapat tangkap lagi tuh... haih... menakutkan...!
DeleteSekarang ni rasa macam tak aman je.takut..mudah sangat orang membunuh.Follow di sini.singgah blog saya nanti ye.
ReplyDeletebetul tu... mmg kena jaga diri baik2... walau di mana pun...
DeleteSi ibu risau agaknye...tpi itu la....jenayah sgt berleluasa sekarang ini...bleh dikatakan, hr hr ada brita org mti dibunuh...
ReplyDeletekan...?! mmg itulah berita yang kita dengar hari2...
Delete