Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, January 25, 2012

Nak Kurus?!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni tiba-tiba rasa nak buat satu coretan tentang "Plan Untuk Kurus"... Ni semua gara-gara rakan-rakan FB di Belle et saine yang bermaksud Cantik dan Sihat! (Rindu anda semua di Belle et saine... Serius!!) Oh maaf, ini adalah closed group di FB... :p Apa pun saya akan cuba kongsi apa yang boleh menerusi blog ini.

Ok disebabkan kami ber-6 bersungguh untuk Cantik dan Sihat, makanya kami bersama-sama memberikan galakan dan dorongan sesama sendiri... Ini yang menariknya!! Kita boleh Cantik dan Sihat jika kita mendapat sokongan dan galakan daripada rakan-rakan disekeliling kita... Jika kita melakukan diet seorang diri, kebiasaannya kita akan kecundang! Namun jika ada orang yang sentiasa mengingatkan, kita akan cuba mengawal pemakanan dan jumlah kalori yang di ambil setiap hari...

Bila bercakap tentang DIET, apa yang kita fikir adalah dengan tak makan nasi!! Itu yang kita silap sebenarnya... Berikut adalah 10 basic plan yang boleh anda dilakukan jika BERHAJAT untuk kurus secara sihat...

Friday, January 20, 2012

Hasil Kreatif... :-)


Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,


Hi bloggers!! Semoga anda semua dilindungi oleh Allah s.w.t. Ok, cuba tengok gambar kat atas tu… Amacam, boleh tak hasil creative di atas tu dijadikan side income untuk saya yang tak bekerja ni?? Hah, boleh?! Ye ke ni?! Anda nak tempah?? Hahaha... :p Tak de la saya just nak share hasil kreatif Faris yang pertama...  Ini adalah salah satu aktiviti di taska Faris... 

Ooo saya rasa mereka cuma diajar cara memasukkan straw dan kepingan kertas (yang telah dibentukkan seperti bintang, empat segi, bunga dan love) ke dalam tali... (kalau budak-budak ni yang potong kertas tu... abis la agaknya... tapi saya tengok potongan kertas tu kemas je... mesti cikgu yang buat... :p)

Saya rasa Faris suka buat benda tu... sebab masa saya keluarkan 'rantai' tu dari beg sekolah dia... dia sibuk kata benda tu dia yang buat... (takkan la Alisya pulakkan? :P )  

Anyway, perkembangan belajar Faris sepanjang minggu ni nampak agak memberangsangkan... Moga Faris mudah menerima apa juga ilmu yang cikgu berikan... Amin... :-) 

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #1

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,






p/s: Really missed this moment...

Monday, January 16, 2012

Aiskrim Nescafe! :p


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
 
Hi bloggers!! Rumah anda tentu pernah mendapat kunjungan daripada ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan & sahabat handaikan?! Atau kita panggil sebagai tetamu... tak kisahlah siapa pun mereka...

Biasanya kalau dah ada tetamu, kita akan buat sedikit hidangan... Biasanya air berperisa (tak kisah la Nescafe ke, Milo ke, Sirap ke, mahupun Kopi 'bujang') bersama biskut kering mungkin ataupun kuih muih dan lain-lain...

Pernah tak se'jug' air yang dibuat tak habis diminum?! Mesti pernahkan?! So, apa yang anda buat dengan lebihan itu?! Hah, BUANG?!?! La... Kenapa buang?! Sayangnya... Anda nak tahu apa yang saya buat dengan lebihan air tersebut? Saya jadikan ia AISKRIM!

(a) masukkan lebihan air yang dibancuh untuk tetamu tadi ke dalam bekas kecil (kalau ada bekas dadih ok juga... Kebetulan bekas dadih ni dulu saya buat simpan stok susu... Memandangkan sekarang tak mengepam susu, so ada banyak yg lebih, daripada buang baik saya gunakan untuk benda2 lain... @ kalau ada plastik aiskrim Malaysia tu lagi bagus... :D )

Thursday, January 12, 2012

"Nak air kopi"

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Telah hampir dua minggu saya & keluarga berada di Melaka... Setakat hari ini semuanya ok... Tipu la kalau saya kata saya tak rindukan rakan-rakan sekerja, students, masuk kelas bagi lecture, sharing moment dengan rakan sekerja serta students, dan segala bagai kerja dan ISO di office... Walaupun kerja-kerja di office banyak dan memenatkan... tapi saya enjoy... :-)

Bukan la kata jadi surirumah tak enjoy... Enjoy juga... cuma ada banyak juga benda yang tak boleh nak share dengan anak-anak... dengan en hubby... (Oh jangan salah faham, bukan en hubby tidak memahami... cuma you know... ada cerita "orang perempuan" yang sesama perempuan je faham... :p )

Oklah, bukan nak bercerita tentang saya... tapi nak cerita apa yang positifnya bila saya menjadi surirumah sepenuh masa... Saya sedar, apabila saya menghabiskan sepenuh masa dengan anak-anak saya, bermakna proses pembelajaran anak-anak saya tidak terbatas... Setiap detik saya bersama mereka adalah peluang untuk saya membentuk dan mempelbagaikan kosa kata mereka... 

Monday, January 09, 2012

Ada Orang Merajuk! :p

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni hari ke-4 Faris ke taska... Encik hubby kata dia meraung kat taska tu... Maklum la weekend duduk rumah tengok kartun + main game je, pergi taksa mengamuk la...

OK dalam jam 10.30 am, encik hubby hantar SMS dan bagitahu tak dapat ambil Faris dari taska sebab ada assignment... So, lagi sekali saya dengan Alisya kena berjalan untuk ambil Faris... 

Muka tak puas hati :p
Sesampai je saya di taska, terus Faris tanya:
"Mana car?!" sambil berdecit-decit kemudiannya...

"Abah kerja... kita jalan kaki je... OK?!" 

"Panas ni mama...!!" balasnya sambil merengek & nadanya sedikit tinggi...

"Ala kejap je... dekat je... kan Alisya!?" tapi Alisya 'sunyi' tak respond... (pergh... memang lenguh dukung Alisya sekarang... shoes dia dalam kereta... terpaksa la dukung... menapak turun bukit... lepas tu naik bukit pulak... Phew!!)

"Meh mama bawa beg sekolah..." saya terus pujuk Faris agar dia sanggup balik jalan kaki...

"Tak yah la... Ayies buat je..." (ceh... merajuk la pulak!!)

Half way, tiba-tiba ada seekor anjing yang dah get ready nak kejar kitaorang... "Ah.. sudah!!" (area sini memang banyak anjing... Sebab ramai juga jiran tetangga berbangsa Cina)

Mujur... ada seorang pakcik India yang tolong kami halau anjing tu... kalau tidak, tak tahu la macam mana... Hai... mencabar betul nak ambil anak dari taska...!

Seperti biasa, sampai je rumah, masing-masing berebut duduk bawah kipas... sambil tengok channel 612... Hm... hai la anak...!

Friday, January 06, 2012

Hah?! Lupa?!

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Genap seminggu kami di Bumi Hang Tuah ni... Terasa banyak sangat bezanya dengan kehidupan yang dulu... Saya memang sangat respect pada semua surirumah! Tak tahu bagaimana mereka menjalani kehidupan sehari-hari sebagai surirumah... Ini adalah pengalaman pertama saya bergelar surirumah sepenuh masa... Susah juga sebenarnya... Saya masih belum biasa... Mungkin sedikit masa lagi saya akan OK...

Hari ni hari ketiga Faris ke taska... guess what? Abah dia lupa nak ambil kawan tu dari taska... patut la saya tunggu hingga jam 1 petang, Faris masih belum balik... (Faris habis taska jam 12 tengah hari atau paling lewat pun jam 12.30 tengah hari) 

Bila saya SMS abahnya, baru la dia teringat kena ambil Faris dari taska... Sabar je la... Tapi disebabkan en hubby nak pergi solat Jumaat dan ada assignment kemudiannya, maka saya dan Alisya la kena menapak mengambil Faris di taska.... Tak la jauh dari rumah, selang 2 blok/baris rumah... tapi cuaca di Melaka ni agak panas berbanding di Kuantan... So, bila sampai di rumah, Faris dan Alisya berebut-rebut duduk depan kipas... Alisya siap cakap: "Anash.. anash.." (sambil tangan mengipas mukanya)

Nota kaki: Ok... sila baiki motor ya en hubby, supaya mudah saya dan Alisya mengambil Faris dari taska nanti!! :p

Wednesday, January 04, 2012

Nangis SEJAM!!


Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni merupakan hari ke-6 saya dan family menetap di Melaka... Alhamdulillah setakat hari ini, semuanya baik-baik aja... (walaupun setiap saat teringatkan rakan-rakan dan kenangan di Pahang)... Hari ni juga adalah hari keramat untuk Faris sebab kami menghantarnya masuk Taska... Ini adalah pertama kali Faris ke 'sekolah'... 

Sedari semalam saya mengingatkan Faris, bahawa dia akan ke sekolah hari ini... sepanjang malam dia nampak ok... Saya minta en hubby untuk tidurkan Faris lebih awal (sebab Faris biasanya tidur jam 2/3 pagi dan bangun hampir tengah hari...) Dah nak sekolah esok, tak boleh la tidur lambatkan?!

"Faris nak pergi sekolah tak esok?!" tanya saya. Faris senyum sampai ke telinga sambil mengangguk... Muka dia nampak berbunga-bunga nak pergi sekolah... (hehehe... comei gak tengok keletah dia...)

Monday, January 02, 2012

Apa Perancangan Tahun Baru 2012?!

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Pejam celik... pejam celik... dah pun masuk tahun baru... Sekejap betul masa berlalukan?! Usia pun makin meningkat... Hurm... Sedar tak bahawa semakin meningkatnya usia kita... maka semakin dekatlah kita untuk menemuiNya... Saya sering tertanya-tanya adakah saya benar-benar telah bersedia, andai satu hari nanti saya menemuiNya?! Adakah anda juga terfikir?!? Tapi jarang orang memikirkan tentang kematiankan...?!

Setiap kali tahun baru orang sibuk bertanyakan tentang AZAM... Soalan wajib barangkali...? Bila difikir-fikir semula... Setiap kali tahun baru akan adalah azam baru... Persoalannya adakah azam tahun sebelumnya telah tercapai dengan jayanya, sebelum kita melangkah ke tahun berikutnya? Kalau ada yang belum tercapai bagaimana?! Yang peliknya kenapa kita tidak memasang azam ketika 1 Muharam?! Kenapa kena tunggu 1 Januari?! Pelikkan?!

Oklah, tak kisahlah apa jua azam yang dipasang oleh anda... saya doakan agar anda berjaya mencapainya... Yang penting kita kena sentiasa memperbaiki diri agar kita menjadi insan yang lebih baik pada hari-hari berikutnya... (Saya juga sedang berusaha...! Belajar menjadi seorang ibu dan isteri untuk sepenuh masa...) Moga kita semua berjaya... Amin...




Nota kaki: Saya telah berpindah ke Melaka dan hari ini merupakan hari yang ke-4 saya di tempat baru.. banyak yang nak diceritakan... tapi keadaan tidak mengizinkan... saya dalam proses mengemas dan menyusun barang-barang... (penat sungguh pindah rumah...!!) Harap dapat menulis semula setelah rumah betul-betul kemas... InsyaAllah nanti saya update pasal rumah dan tempat baru ni... Moga ketemu lagi ya! ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...