Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
InsyaAllah jika tiada aral melintang, esok kita akan meraikan hari kemenangan berpuasa sepanjang Ramadhan... Moga dengan kedatangan Syawal ini kita "dilahirkan semula" dengan keadaan fitrah... Kepada mereka yang berjaya khatam Quran dalam bulan Ramadhan ini, tahniah buat anda... Alhamdulillah... Moga dengan membaca Quran, kita akan mendapat syafaat di akhirat kelak... Mudah-mudahan... Amin...
Jangan lupa untuk memperbanyakkan doa ini sebelum berakhirnya Ramadhan hari ini... Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu... Amin...
Dengan rendah diri, saya ingin memohon kemaafan dari semua yang mengenali saya, termasuklah rakan-rakan di alam maya ini. Mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, saya pernah menyakiti hati anda semua. Jika saya boleh undurkan masa, saya akan pastikan saya tidak menyakiti hati-hati anda... Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat-sahabat saya... Semoga kita akan terus kekal bersahabat hingga ke syurga... Amin...
Moga dengan kehadiran Syawal ini memberikan 1001 kemanisan buat kita semua... Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, pandu dengan berhati-hati... Moga selamat sampai ke destinasi...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN