Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, October 02, 2014

Prihatinnya Kamu, Duhai Anak...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dah tiga hari saya batuk, sampai hilang suara. Seingat saya tak de pula siapa-siapa di rumah ni yang kena batuk. Mugkin sebab cuaca yang tak menentu sekarang ni... Kadang-kadang panas terik, tak lama lepas tu hujan mencurah-curah...

Dua hari lepas saya tak boleh nak bercakap langsung... suara tak keluar. Sampai Faris dan Alisya cakap, "mama sakit tekak, mama diam je, tak payah cakap..."

Pagi ni rasa tak sedap badan. Saya tak dapat tidur lena semalaman sebab batuk kuat sangat... Lepas siapkan bekal Faris, saya tidur semula. Badan panas. Harap-harap lepas tidur saya akan rasa reda sikit.

Mungkin sebab tak tidur lena malam semalam, buatkan saya agak lena tidur pagi tu... Sedar-sedar, Alisya cium-cium pipi saya... Lepas tu saya dengar dia cakap:

Cinta hati saya...
Alisya: Mama, panasnya muka mama! (sambil tangan kecilnya meraba-raba muka saya, dari dahi ke pipi dan ke leher...) Panas ni. Jom-jom bangun. Alisya bawa mama pergi klinik. (sambil tarik-tarik tangan saya)

Saya: Larat ke nak angkat mama?

Alisya: Kalau mama kecil macam ni, Alisya boleh la angkat... (sambil tunjuk cara dia angkat bantal peluk kepunyaannya)... Sebab tu Alisya suruh bangun. Bangun, bangun, nanti Alisya pegang.

Wah, kemain bersungguh-sungguh dia nak bawa saya ke klinik. Kelakar pun ada. Saya beritahu Alisya, kalau saya mandi... kuranglah demam saya. Lepas tu kelam kabut dia suruh saya mandi.

Prihatin juga kamu yea Alisya... Tersentuh hati mama. Moga jadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin...

Oh ya... Semalam pun masa hantar Faris ke sekolah agama, Faris suruh saya tunggu je dia di luar sekolah sebab sekolah agama dia semalam jam 4.30 - 6.15 je... Saya beritahu dia saya tak larat nak tunggu depan sekolah, saya nak balik dan berehat di rumah.

Lepas tu Faris cakap, "oklah kalau macam tu... Mama pergi klinik kat sana dulu... ambil ubat. Lepas tu rehat kat rumah... Kalau mama tak larat, mama call abah, suruh abah je datang..." Baik betul dia, siap plankan apa yang patut saya buat.

Tapi mama dia ni, punyalah malas nak pergi klinik dan ambil ubat... Encik hubby pun dah dua tiga kali ajak saya pergi klinik... Ish, memang malas la nak ambil ubat. Rasanya dah lama juga saya tak makan ubat klinik... Kalau doktor bagi pun confirm saya tak makan. 

Anak-anak kecil saya... Kadang-kadang mereka boleh buat saya rasa tersentuh hati dengan kata-kata mereka... Moga mereka mudah untuk menimba ilmu, jadi anak-anak yang baik, berjaya dunia akhirat. Amin...

25 comments:

  1. Allah... terharu nyer sy dgn n3 ni... semoga Faris & Alisya sentiasa dalam rahmatNYA, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. moga cpt sembuh..cik nor pn batuk tak hilang2 lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq cik nor... mogq cik nor pun segera sembuh... Amin...

      Delete
  3. Alghamdulillah dpt anak2 yg soleh solehah dan caring macam faris dan alisya..sy pun baru kena batuk ni..tekak pun perit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah PK... moga PK pun segera sembuh yea...

      Delete
  4. Itulah permata hati.merwka yg buat kita ketawa..risau sedih...tp yg paling peting..merekalah yang bt kita kuat hadapi semua dugaan..bila tgok muka mereka semua bebanan hilang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu miela... alhamdulillah dikurniakan mereka ni...

      Delete
  5. sayangnya kat mama...selamat hari raya..

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. prihatin juga budak-budak ni... 😁

      Delete
  6. Allahu Akbar! cerdik sungguh anak-anak :-)
    sungguh prihatin hi hi hi...
    and so touching ayat-ayat yg digunakan tu...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...sejuk perut akk mengandungkn mrk dulu kan...

    ReplyDelete
  8. Mencuit hati keletah anak-anak ni kan :)

    ReplyDelete
  9. terharu kan sis bila anak² buat sesuatu di luar jangkaan kita?

    ReplyDelete
  10. ahakss...cara Faris cakap tu dh mcm org besar..bijak dia bagi idea tu

    ReplyDelete
  11. terharu kan anak² baik dgn kita bila kita demam.. sbnrnya mereka tgk apa yg kt buat .. sebab tu mereka pun jadi amik berat dgn kita ...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah dpt anak2 yg prihatin.

    ReplyDelete
  13. sejuk perut dpt anak cam tu
    moga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  14. itu menunjukan didikan yg baik drpd ibubapa..
    anak2 itu dicorak oleh ibubapa mereka sendiri..
    good job akak kerana mendidik mereka menjadi anak yg soleh & solehah..

    ReplyDelete
  15. Alahaiii.. saya yang baca pon turut tersentuh.
    Moga dorang membesar menjadik anak yang berjaya dunia dan akhirat. Amin~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...