Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, February 24, 2016

Jihad Dakwah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jihad dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Ramai yang beranggapan kerja-kerja dakwah itu perlu dilakukan oleh Ustaz dan Ustazah.

Sebenarnya kerja-kerja yang berkaitan dengan dakwah itu sendiri bukan hanya terletak di atas bahu mereka, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama setiap Muslim.

Dakwah tidak semestinya perlu berceramah di khalayak ramai. Dakwah bukan hanya dilakukan di Surau atau Masjid. Ia boleh disampaikan dalam pelbagai cara dan di mana sahaja.

Cuba lihat bungkusan nasi lemak ni... Apa yang anda nampak?


Ada kaitan dengan "dakwah"? Meh... saya close up lagi...


"Dunia untuk manusia, manusia untuk Akhirat"

Ini adalah sebahagian dakwah santai. Sambil makan nasi lemak, bila tengok mesej pada kertas bungkus nasi lemak tu rasa... "eh betullah, manusia untuk akhirat..."

Saya tak cakap tentang orang lain... Saya sendiri bila baca mesej tu, terus sentap. Dalam hati... betul, saya banyak sangat leka dengan dunia. Persediaan Akhirat tu... rasanya banyak yang tak cukup. Terus rasa takut, sebab tak cukup amal lagi.

Itulah dakwah. Teguran secara tidak langsung. Saya doakan moga pemilik nasi lemak ni sentiasa dalam rahmat Allah. InsyaAllah. Amin

Sebab tu orang cakap, manusia ni mudah lupa... perlu selalu diingatkan walau dengan satu ayat. Betulkan?
 
Cara mudah dapat pahala, dengan jihad dakwah:

1. Sebarkan salam - jika keluar rumah, dan berjumpa dengan saudara seagama kita ucapkanlah Assalamualaikum. Secara tak langsung kita dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

2. Tuliskan zikir/selawat (contoh: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar) pada wall media sosial anda seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap kali orang membacanya kita peroleh pahala.

3. Kongsikan waktu solat - apabila masuknya waktu solat, kongsikannya di media sosial, secara tidak langsung kita mengingatkan masuknya waktu solat. Kalau ada yang terbaca status kita, maka dia segera solat, maka kita juga akan mendapat pahala.

4. Kongsikan apa juga ilmu/bahan bacaan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain, walaupun ia hanyalah satu ayat. Mana tahu jika ada yang mengamalkan ilmu yang kita kongsikan itu, kita turut mendapat pahala.

Saya percaya kebanyakkan daripada kita memang memiliki media sosial, so bolehlah kita usahakan untuk sama-sama ingat-mengingatkan antara satu sama lain, macam apa yang dibuat oleh pemilik nasi lemak ini... 

Nota kaki: Kita yang bergelar blogger ni pun, kalau kena dengan niat kita dalam menulis... boleh jadi dakwah jugakan?! Tulis yang baik-baik, kongsi ilmu yang baik-baik, beri tips yang mendorong kepada kebaikan... selagi mana penulisan kita memberi manfaat kepada orang lain selagi itulah kita beroleh pahala... Jom perbetulkan niat, moga adalah entri kita bermanfaat untuk pembaca kita... InsyaAllah...

* * *

Riyadus Solihin
(Taman Orang Soleh)
Harga asal: RM 120
Kini diskaun 50% RM 60 sahaja
(sehingga 29 Februari 2016 sahaja)

9 comments:

  1. menarik cara dakwah bungkisan nasi lemak tu..betul kan urusan dakwah ni dalam pelbagai cara boleh dilakikan semua muslim..cuma kadang2 kita je tak yakin.huhu

    ReplyDelete
  2. n3 yg adik tulis ni pon satu dakwah jugak...akak masa baca pon terasa tersentap...tq dik :')

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tu la... tepat kenanya (pd sayalah kan)... huhuhuhu

      Delete
  4. Terima kasih NK atas perkongsian ilmu. Yelahkan....kita ni cuma mahu dengan tak mahu jer.


    ReplyDelete
  5. setuju. berkongsi sesuatu yang baik baik walaupun kita bukan ustaz dan ustazah

    ReplyDelete
  6. Simple but nice yang penting niat dakwah itukan??

    ReplyDelete
  7. in shaa Allah :)
    tq for reminding me...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...