Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, February 10, 2016

Chicken Pox Pedas?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak tahulah nak gelak ke apa... Hari Khamis lepas Faris cuti sebab sekolahnya ada event, dan murid-murid Tahap 1 direhatkan (cuti). Maka, dia main dengan anak jiran sebelah rumah saya ni, Marwan, umurnya 5 tahun.

Kebetulan saya pun tengah sidai kain. Nampaklah muka dan tangan Marwan ada bintik-bintik merah... Tapi saya ingatkan gatal-gatal biasa. Tak lama lepas tu dengar ayah Marwan tanya Faris:

http://www.newhealthadvisor.com/Chicken-Pox-Incubation-Period.html
Chicken pox @ demam campak
Ayah Marwan: Awak dah pernah kena chicken pox ke?

Faris: Hah? Entah. (sebab dia tak faham apa chicken pox tu)

Ayah Marwan: Marwan kena chicken pox tu. Kalau awak belum kena jangan main dengan Marwanlah... Nanti berjangkit.

Saya: Ooo... kena chicken pox ke? Kesiannya...

Ayah Marwan: Ha ah, dia dah pernah kena chicken pox ke (merujuk kepada Faris)?

Saya: Tak pernah lagi...

Tiba-tiba Faris menyampuk...

Faris: Tak tahu la... saya tak makan chicken pox tu sebab pedas...

Chicken pop ;p
Hahahahah terus saya tergelak! 

Saya: Chicken pox tu bukan makananlah, tu penyakit... 

Faris: Oh ye ke? Faris ingatkan ayam KFC. 

Oh ye la... KFC ada chicken pop! Nampak sedap pula chicken pop ni kan...? (^_^)

Faris dan Alisya buat masa ni belum pernah kena chicken pox... So, saya kongsikan tips redakan demam campak (chicken pox) yang saya baca, untuk panduan saya nanti atau ibu-ibu yang lain.

  1. Selalu ingatkan anak-anak untuk minum air suam dengan banyak bagi mengekalkan kelembapan tubuh badan. Kekeringan akan menyebabkan kegatalan teruk pada kulit.
  2. Pakaikan baju yang berwarna cerah, longgar dan seeloknya daripada kapas, supaya kulit mudah bernafas.
  3.  Pastikan kuku jari anak-anak pendek dan bersih, bagi mengurangkan kesakitan jika mengaru. Pakaikan sarung tangan jika perlu.
  4. Kerap mandikan anak-anak anda bagi menurunkan suhu panas badannya. Jangan gunakan sabun mandi, kerana ia akan menyebabkan kegatalan. Campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air mandian anak-anak anda. Ia boleh mengurangkan kegatalan.
  5. Elakkan makanan yang bergoreng dan gatal (terutamanya telur).
  6. Kata orang tua-tua, jangan dedahkan anak-anak yang dijangkiti demam campak terkena hujan. Dikhuatiri akan meninggalkan parut yang besar.
  7. Sapukan calamine lotion agar anak-anak berasa sejuk dan kurang rasa gatal. 

***


https://goo.gl/urQbXD

12 comments:

  1. hahaha...acik pun tergelak-gelak ni faris,chicken pox pedas ye.

    bagus perkongsian tentang chicken pox tu, anak2 saya pun belum kena lagi, boleh disimpan untuk kegunaan akan datang

    ReplyDelete
  2. adam tak pernah kena lg ni..risau gak

    ReplyDelete
  3. hahahaha...mana la tak silap nama pon dah hampir sama dah tu...konpiden je Faris jawab...hahaha

    ReplyDelete
  4. Hehehe.. lucu je jawapan dak Faris tu.. ;)

    ReplyDelete
  5. Hihii... aduhai anak..anak... buat auntie tergelak sensorang tau Faris ni:)

    ReplyDelete
  6. Ada musimlah rasanya chiken pox ni kan NK. Okje kena dulu pun dah anak dara, dah kerja pun....

    Org ckp kalau darah sama mudah nak menjangkitnya

    ReplyDelete
  7. Tips yang baik... Salah faham rupanya

    ReplyDelete
  8. Alamak! Faris! Pagi-pagi dah buat aunty gelak tak sempat tutup mulut tau! Ya tak ya juga. Sama macam chicken popcorn bunyinya. Memanglah pedaskan!

    Kalau saya ada kat situ, memang tak tersipu-sipulah saya gelak besar. Tak boleh tahan kelakarlah si Faris ni!

    ReplyDelete
  9. amboi faris chicken pox tu ayam kfc..igt makan je dia ye.hahaha..

    aiman dh pernah kena..memang gatal merenyam la campak ni kan..afia belum lg

    ReplyDelete
  10. ha ha ha...
    nampak sgt dia peka dgn produk makanan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...