Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, February 21, 2016

Inai Bercorak dan Hukumnya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Blogwalking tadi saya baca entri Kak Malinda tentang Beza Inai Pengantin Dulu dan Kini. Kelakar pula baca entri Kak Malinda tu. Saya sendiri tak ingat dah sama ada masa malam berinai saya dulu, tangan saya bercorak atau tidak. Lama sangat dah... Tapi gagah juga saya mencari gambar-gambar lama yang usianya hampir 10 tahun. Akhirnya jumpa!

Rupanya zaman saya kahwin dulu dah start inai bercorak... saya yang tak ingat. Kalau Kak Malinda tak publish entri pasal inai dulu dan sekarang memang saya pun tak buat entri ni. Kiranya saya ni dalam golongan yang Kak Malinda kata "huntung laaa..." hehehe (^_^)Y


Oh ya, berikut saya selitkan juga hukum pemakaian inai yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Nota kaki: Alhamdulillah, usia perkahwinan saya bulan depan mejangkau 10 tahun... Moga jodoh saya dengan encik hubby kekal sampai ke syurga... Amin.

* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1784

15 comments:

  1. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
    Baca jugak dalam blog kak Malinda siang tadi pasal inai tu..

    ReplyDelete
  2. Wah, kira advanced juga corak inai sis Nora time kahwin,.. Cantekkkk!

    ReplyDelete
  3. Masa makchaq kawin x dak lagi inai corak ni.. pakai inai ada bulan kat tengah tapak tangan je...
    Makchaq x berapa suka pakai inai...
    kulit gelap.. pakai inai nampak lebam...hi hi..

    ReplyDelete
  4. huntungggg laaaa...hahaha...patut le akak tersedak2 dik rupenye ada yg menyebut...kikiki...simpan bebaik dik gambo inai ni nanti anak dah beso2 bole gak belagak dgn diorang..."tengok ni inai ibu cantik tau" gituuuuu....zaman akak dulu kalau ada simpan gambo pon laju2 akak bako...ngeri beb nak2 yg bulatan kat tapak tangan tu...hahahaha

    ReplyDelete
  5. cantik juga inai bercorak ni ya..orang dulu2 berinai di ujung jari saja nora..

    ReplyDelete
  6. Tarik nafas lega bila tak haram hukum pemakaian inai bercorak ni sebab I suka gila pakai inai. Oh, semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat ye :)

    ReplyDelete
  7. selamat ulang tahun perkahwinan in advance...tq...

    ReplyDelete
  8. Tahniah akak. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa. Saya dulu masa kawen, ada sedara sponser inai lukis ni, memula tu nangis kat mama sbb cakap tak boleh, haram semua. Last-last buat jugak sbb nk jaga hati. Alhamdullilah boleh sebenarnya.

    Jemput singgah: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. oooo hukumnya diharuskan.. so tak haram..Alhamdulillah semoga berkekalan ye perkahwinan.. Aminn

    ReplyDelete
  10. suka jugak pakai inai especially ukir2..dulu masa kawen, ada jugak buat ukir2 macam sekarang tapi kulit tak baper nak cerah, jadik tak baper nampak sangat..hehe

    ReplyDelete
  11. saya dulu kawen langsung tak pakai inai sebab bagi saya inai tu tak wajib, kalau tak pakai pun takpe... same goes to blogger fatin liyana, die pun tak pakai inai masa kawen

    ReplyDelete
  12. Saya pun ada baca tadi. Pun dok terfikir apa gaya inai di tangan saya! Kira saya pun termasuk dalam golongan 'huntunglah!' Takda corak serabut sangat macam sekarang ni tapi takdalah juga inai cop kat tapak tangan macam style dulu-dulu :)

    ReplyDelete
  13. Huntunglah awak ye NK....kira tak delah purba lagi hihi....mak jugaklah yg dah purba.

    Kalau tak silap, pernah jugak dengar ustaz ckp lelaki seeloknya tak payah pakai inai langsung. Wallahu aalam

    ReplyDelete
  14. Diharuskan. Alhamdullilah. Saya pun suka pakai inai. Nampak cantik je tapi yang simple jela :)

    Semoga perkahwinan berkekalan dan bahagia hingga Jannah :)

    ReplyDelete
  15. inai nikah aida dulu kronik jugak.
    cousin yg dok lukiskan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...