Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, February 19, 2016

Cara Mudah Kupas Bawang Putih

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selalu kalau ada apa-apa tips di dapur yang singgah di timeline Facebook saya, memang saya akan cuba. Lagi-lagi yang memudahkan dan menjimatkan masa kerja-kerja di dapur. 

Kalau bercakap tentang bawang merah dan bawang putih, dua bahan ni memang antara bahan wajib digunakan dalam masakan. So, kadang-kadang nak mengupas bawang ni akan makan masa yang  lama di dapur.

Apa yang saya selalu buat, saya akan kupas bawang merah dan putih ni sekali arung, biasanya hujung minggu pada hari Sabtu atau Ahad. Dah siap, simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. So, bila nak pakai just ambil je.

Dalam entri ini saya nak kongsi cara mudah kupas bawang putih, tak perlu pakai pisau tau! Apa yang anda perlukan hanya botol kaca bertutup.

Leraikan bawang putih tu seulas-seulas ke dalam botol kaca. Letaklah berapa banyak pun asalkan ada ruang untuk bawang putih tu bergerak bila digoncangkan. Goncanglah beberapa kali. Kemudian anda akan dapat lihat, kulit bawang putih dah pun tertanggal.

Kerja goncang-goncang ni bolehlah bagi pada anak-anak, saya bagi Faris buat... Suka la dia bila disuruh goncang dan excited bila tengok semua kulit bawang putih tu dah tanggal. Dia buat magik katanya. Bila dah tanggal semua kulit tu, dia masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais terus.


Senangkan?! Jimat masa mengupas bawang putih. Maklumlah nak kupas satu-satu memang sengsara la juga. Ha... dah tahukan? Selamat mencuba! (^_^)

* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1784

13 comments:

  1. Wah... Menarik... Suruh anak-anak buat sure diorg tak tolak...

    ReplyDelete
  2. La senangnya NK, kalau macam ni tak payah kupas awal lagi sebab saya pun kupas dan simpan juga. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  3. bagus ni bole cuba. antara bawang merah dan putih bawang putih paling malas sekali nak kopek

    ReplyDelete
  4. senangnye...bleh la rietta cuba....thanks for the share...

    ReplyDelete
  5. Wahh..idea yg bagus ni,selalunya jenuh kopek bawang putih ni.terima kasih share info ni..

    ReplyDelete
  6. saya pernah cuba lepas tengok Martha Stewart buat. tapi tak jadi pun :(

    ReplyDelete
  7. Cara ni lebih praktikal. Saya pernah tengok orang buat guna periuk bertutup,..jenuh jugak nak menggoncang periuk ke kiri ke kanan :)

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah lagi cuba kaedah ni

    ReplyDelete
  9. Oh, boleh cuba ni! Tak tahu pun boleh buat gaya macam ni! Boleh juga serahkan kerja 'mengupas' bawang putih pada anak-anak bujang saya!

    ReplyDelete
  10. Yelah.....okje tengok kekdah ni kat Malaysia Hari Ini kalau tak silap, Maria Tengku Sabri buat demo...
    Tp tak de pulak mood nak cubanya hihi....dasar sangatkan mak ni hihi

    ReplyDelete
  11. aida pernah tgk dlm mana ntah.
    dia goncang garlic tu antara 2 kuali :)
    hi hi hi... dlm botol ni lebih mudah ekk?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...