Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, April 28, 2016

Pesta Buku Online @ Bookcafe

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pecinta buku pasti tertunggu-tunggu akan diskaun atau peluang hebat untuk mendapatkan buku-buku yang menjadi idaman sebelum ini. Bookcafe menganjurkan Pesta Buku Online bermula 29 April - 9 Mei 2016. 

Flash Sale selama sejam bagi tajuk-tajuk buku terpilih akan bermula 29 April 2016, dengan harga cuma RM1.00 sahaja! Berikut adalah tips untuk membeli ketika Flash Sale:


TAK SEMUA AKAN BERKESEMPATAN MEMBELI BUKU FLASH SALE. STOKNYA SANGAT TERHAD. JADI KAMI KONGSIKAN TIPS MEMBELI BUKU FLASH SALE.

* BACA DENGAN TELITI *

✔ Pada hari jualan Flash Sale, login dahulu ke akaun anda sebelum jualan bermula (pastikan alamat penghantaran anda betul
✔ Halaman produk Flash Sale HANYA diaktifkan tepat pada masa yang ditetapkan. Jadi anda perlu refresh halaman tersebut beberapa kali dan terus buat pembelian selepas ianya aktif.
✔ Preview halaman Flash Sale telah dibuka kepada anda supaya anda dapat target buku apa yang anda inginkan dan standby pada masa bila jualan Flash Sale buku tersebut akan bermula
✔ Jangan gabungkan pembelian buku Flash Sale dengan pesanan buku lain
✔ Untuk berlaku adil, seorang pelanggan anda dibenarkan membeli 1 naskhah buku Flash Sale sahaja untuk tajuk yang sama
✔ Teruskan membayar selepas membuat pesanan. Pesanan yang lambat dibayar akan dibatalkan (bagi produk Flash Sale). Rujuk terma & syarat.


Jangan lepaskan peluang, jom beli buku HANYA RM1.00! (^_^)

Wednesday, April 06, 2016

Syurga di Bawah Tapak Kaki Mama

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masa saya agak terhad lately ni, terikat dengan beberapa kerja melibatkan penulisan. Siang memang saya tak punya masa untuk menulis sebab ambil dan hantar anak sekolah. Masak dan buat kerja-kerja surirumah... (^_^) 

So, malam macam nilah baru saya ada masa untuk menulis dan blogwalking. Duduk dalam bilik, rancang dan tulis entri. Selalunya lepas Isyak baru mula. 

Sedang saya duduk di katil sambil blogwalking. Tiba-tiba Alisya masuk bilik dan terus cium kaki saya. 

Saya: Haih kenapa ni? 

Alisya: Alisya cium kaki mama.

Saya: Ye la tapi kenapa?

Alisya: Syurga di bawah tapak kaki Mama.

Saya: Macam mana nak masuk Syurga?

Alisya: Kena buat baik dengan Mama, tolong Mama, sayang Mama... Solat... macam-macam lagilah.

Saya: Pandainya... 

Soalan seterusnya ni buat saya terkedu dan sebak.

Alisya: Kalau Mama dah masuk tanah kubur, macam mana Syurga Alisya?

(InsyaAllah entri lain saya cerita tentang kenapa saya dedahkan tentang kematian pada Alisya seawal usianya 3 tahun.)

Saya: Itu perumpamaan je... Kalau Mama dah meninggal dunia, Alisya bacakanlah Al-Fatihah untuk Mama, baca Yasin... Panjangkan sedekah untuk Mama. Nak masuk syurga kena sentiasa buat baik, solat, baca Quran... Baca buku-buku agama... Kena jadi anak solehah. InsyaAllah dapat masuk syurga. Boleh?

Alisya angguk...

Saya: Nanti kalau Alisya dapat masuk syurga, Alisya tak jumpa Mama, Alisya cari Mama tau! 

Terus dia peluk saya erat-erat. 


NK
*Sebak!* (T_T)

Tuesday, April 05, 2016

Khasiat Buah Tembikai

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya ingat lagi, dulu arwah ayah saya suka sangat makan buah tembikai dengan nasi putih. Ala-ala macam ulam. Sedap rupanya tau! (^_^) Makan macam tu je pun sedap, buat jus pun sedap, makan dengan nasi putih pun sedap! Yang penting kena banyakkan makan buah-buahan dan sayuran supaya badan sihat dan cergas.

Oh ya, saya sangat suka baca perkongsian ilmu kesihatan, psikologi dan perkongsian umum dari DrRich DrRahimPenulisannya yang santai menjadikan ilmu kesihatan itu mudah difahami. Saya sarankan anda untuk follow FB DrRich DrRahim dan setkan See First.

Hari tu DrRich DrRahim ada berkongsi tentang kebaikan dan khasiat buah tembikai. Jom tengok apa kelebihan buah tembikai ni... (Artikel ini telah diolah mengikut kesesuaian blog saya, jika anda ingin membaca versi santai DrRich boleh klik di sini.)

Sumber gambar: http://www.healthline.com/health/food-nutrition/best-watermelon-seed-benefits

1. Mencegah Penyakit Asma - Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yg dapat mencegah penyakit asma. Kalau masa kena attack Asma, jangan makan tembikai: badan lagi sejuk, asma lagi teruk.

2. Mengawal tekanan darah daripada kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah. Ia kaya dengan lycopene yang bantu melindungi kita dari penyakit jantung. Selain lycopene, tembikai juga kaya dengan kalium. Kalium menghalang kolestrol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah.

3. Mencegah kanser - Kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan. Tembikai bantu memerangi pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Pengambilan lycopene dapat merendahkan kanser prostat pada lelaki.

4. Membantu penghadaman - Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

5. Penghidratan - Mengandungi 92% air dan elektrolit penting.

6. Mengatasi masalah keradangan - Choline dalam tembikai membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.

7. Mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan pada atlet kerana asid amino L-citrulline yang ada dalam tembikai.

8. Tembikai baik untuk kulit kerana ia ada vitamin A, untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan kulit dan rambut agar sihat dan lembap.  Vitamin C didalamnya untuk pembinaan kolagen menjadikan struktur kulit dan rambut jadi gebu dan awet muda.

9. Melindungi mata daripada infeksi sebab tembikai ada vitaman A yang tinggi.

10. Ia mengandungi asid folik yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

11. Rendah kalori - Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air, menjadikan anda mudah kenyang. Mengamalkan diet dengan tembikai juga boleh menurunkan berat badan. 

12. Mengurangkan bintik hitam pada wajah - kulit buah tembikai mampu mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya dengan mencampurkan kulit tembikai, timun serta daun lidah buaya (ketiga-tiga bahan ini dikeringkan) dan dijadikan serbuk. Campur bahan-bahan ini dengan sedikit air dan dijadikan masker. 



Perkongsian ini dari Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas, Pulau Pinang
04-6444181.

Monday, April 04, 2016

Moms & Tots Shoppe di Assalamualaikum

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,



Alhamdulillah, tahniah kepada Puan Marliza Mohamad, pemilik Moms & Tots Shoppe kerana telah dijemput untuk berkongsi tentang penggunaan alat permainan pendidikan Autisme dalam rancangan Assalamualaikum, TV Al-Hijrah pagi tadi.

Serba ringkas tentang Moms & Tots Shoppe

Bisnes ini telah diusahakan dari tahun 2012, berikutan Puan Liza dan suaminya yang berhabisan duit kerana membelikan alat/bahan bantu mengajar untuk anaknya, Danish yang merupakan seorang anak Autistik.

Dalam fasa kesedihan itu, Puan Liza bertekad menyediakan one stop center alat/bahan bantu mengajar (educational toys and supplies) bukan hanya untuk memudahkan ibu bapa yang turut mempunyai anak-anak Autistik, malahan untuk anak-anak tipikal yang lain. 

Difahamkan juga, kebanyakkan bahan bantu mengajar ini digunakan di dalam filem REDHA (sebuah kisah benar tentang membesarkan anak Autistik) yang akan ditayangkan April ini. 

Permulaan yang kecil pada mulanya sedikit-sedikit mula dikenali ramai. Saya percaya usaha Puan Liza ini juga telah menjadikan pendidikan itu suatu yang menarik bagi anak-anak Autisme malahan juga anak-anak tipikal.



Moms & Tots Shoppe adalah pusat sehenti yang menyediakan alat/bahan bantu mengajar, bagi kanak-kanak Autisme dan kanak-kanak normal yang lain. Peralatan bahan bantu mengajar yang disediakan adalah untuk:

* pendidikan awal kanak-kanak
* stimulasi awal (early stimulation)
* merangsang perkembangan kanak-kanak
* meningkatkan kemahiran-kemahiran penting yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk akademik dan kehidupan yang berkualiti
* sesi terapi
* senaman
* buku panduan terapi untuk ibu bapa dan guru




3A-2 Jalan PPS1,
Pusat Perdagangan Selaseh, 
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
TEL: 03-6734 4343 / 019-230 3549
Buka setiap hari KECUALI RABU dari 10 pagi - 7 malam

***


***

Educational Toys: ''Lacing Set" Untuk Anak-anak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Antara 'gajet' yang dapat senyapkan anak-anak saya ketika berada di luar rumah adalah lacing set. Biasanya kalau di luar terutamanya ketika makan, Faris dan Alisya memang tak boleh duduk diam. Mereka akan lari sana sini, sementara tunggu makanan sampai. 

Sejak saya beli lacing set ni, memang saya bawa merata-rata. Ini adalah antara 'gajet' yang berjaya membuat Faris dan Alisya duduk diam di tempat masing-masing. :p Selain lacing set ni, kadang-kadang Faris akan bawa buku conteng untuk melukis atau komik untuk dibaca dan Alisya bawa majalah Ana Muslim atau Aulad. 

Masa mula-mula perkenalkan lacing set ni pada Faris dan Alisya, mereka cakap, "eh sama la macam Mama jahit baju tu! Cuma yang ni tak de yang tajam tu (jarum), tapi yang ni sama (merujuk pada tali yang dikatakan seperti benang)". 

Melihat anak-anak boleh duduk diam dengan melakukan sesuatu aktiviti (bukan kerana leka dengan handphone atau tab), memang satu kelegaan bagi saya. Dulu masa saya bekerja, saya tidak punya banyak waktu untuk bermain dan mengajar Faris, solusinya adalah dengan membiarkannya bermain PS2 (ketika itu usianya 2-4 tahun). 

Akibatnya Faris pelat dan lambat bercakap, sukar bersosial dengan rakan-rakan sebayanya, kurang tumpuan dan selalu memberontak. Sekurang-kurangnya saya dapat mengubah ketagihan gajet itu kepada sesuatu yang lebih berfaedahkan? Bak kata orang putih, "better late than never" kan? 

Saya mula perkenalkan Faris dengan aktiviti sebegini, setelah saya berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdulillah, tidak terlewat untuk Faris. 

Jom tengok apa yang dikatakan aktiviti lacing ni...


Nampak tak betapa fokusnya Alisya?
Faris pun sangat fokus... (^_^)
Happy dapat "menjahit" :p
Yang kiri hasil kerja Faris, yang kanan hasil kerja Alisya...
Oklah ni kan... (^_^)

Apa kelebihan lacing set ini?


  • meningkatkan kemahiran motor halus (fine motor skills) - apa yang saya perasan, Alisya menggunakan kedua-dua belah tangan dan jari jemarinya untuk memegang dan memusingkan objek yang hendak di"jahit". Walaupun nampak kekok, namun dia tetap cuba untuk menyelesaikan aktiviti itu.
  • meningkatkan daya tumpuan - Faris dan Alisya, kedua-duanya sangat fokus ketika memasukkan tali ke dalam lubang yang ada. Kadang-kadang makanan dah sampai pun mereka tetap khusyuk "menjahit". :p
  • meningkatkan kreativiti dan imaginasi - sebenarnya, tiada salah dah betul dalam memasukkan tali ke dalam lubang yang ada, kadang-kadang Faris akan "jahit jelujur" atau kadang-kadang "jahit sembat". Yang penting misinya adalah memasukkan tali ke dalam semua lubang yang ada.
  • sabar - lacing activity ini memang menguji kesabaran anak-anak. Saya perasan, Faris memang sangat tekun dan sabar. Alisya pula jenis yang nak cepat siap, tapi bila selalu buat aktiviti ini, Alisya boleh sabar untuk siapkan (walaupun ada banyak rehat). (^_^)

Jika anda berminat untuk dapatkan pelbagai jenis lacing set seperti ini, sila ke fan page Moms & Tots Shoppe atau terus ke kedai mereka:



3A-2, Jalan PPS1,
Pusat Perdagangan Selaseh,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
TEL: 03-6734 4343 / 019-230 3549
Dibuka setiap hari kecuali hari RABU dari 10 pagi - 7 petang.




* Anda berada di luar kawasan? Jangan risau, mereka boleh pos kepada anda. So, PILIH, BELI dan TUNGGU barang sampai! Senangkan? (^_^) * 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...