Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, May 07, 2016

Buku Kanak-kanak: 40 Tokoh Islam

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika semalam saya dah kongsikan buku kegemaran Alisya, hari ni saya nak kongsikan buku kegemaran Adam Faris.

Buku 40 Tokoh Islam ni adalah antara buku yang Faris suka baca... https://goo.gl/OGdY2f

Penyebab Faris suka baca buku ni adalah kerana dia sangat familiar dengan nama Ibnu Sina. Nama Ibnu Sina ni dulu adalah nama kelas sekolah agamanya di Melaka dulu.

Dia jadi excited bila baca tentang kepakaran Ibnu Sina. 
 
Faris: Alisya tau kenapa Ayies masuk kelas 1 Ibnu Sina dekat sekolah Melaka dulu?

Alisya: Tak tau. Kenapa?

Faris: Sebab Ayies pandai Matematik. Orang yang pandai Matematik je boleh masuk kelas 1 Ibnu Sina.

Alisya: Iye ke?! Bukan tu sebab nama sekolah agama ke?!

Faris: Iye, betul. Kalau 1 Khawarizmi sebab orang tu pandai pasal Matematik dengan mata sekali. Ayies mata tak pandai la.. tapi Matematik pandai. (Ceh... confident level memang tinggi ni... saya rasa nak pecah perut tahan gelak)



Alisya: Iye ke?! Kalau macam tu Alisya pun pandai Matematik la... sebab Alisya sekolah Pasti Ibnu Sina. Tapi Alisya baru pandai tambah dengan tolak je... (Aduh saya memang rasa nak guling-guling dah gelak)

Faris: Eh betul la tu... Alisya pandai tambah dengan tolak je, sebab tu Alisya sekolah Pasti Ibnu Sina je. Ayies lebih sikit.. pandai darab... (Abang dia memang kelentong habis adik dia..)

Saya: Itu nama kelas dengan nama Pasti je lah, sempena nama orang hebat zaman Nabi SAW. Kalau belum pandai Matematik pun akan masuk kelas atau Pasti tu.. sebab nama je... Ibnu Sina bukan takat pandai tambah, tolak dengan darab je, tapi lebih daripada tu. Tau tak injection yang cucuk kat tangan tu? Tu Ibnu Sina la kenalkan... Peta tau peta? Ha... peta pun Ibnu Sina yang lukis...

Krik.... krikkk... krikkk...

Tak lama lepas tu Alisya jerit:
ABANG NI MENIPU JE TAU KAN?!

Guling-guling saya dengan Faris gelak...

Anak-anak saya bukanlah suka membaca sangat... Tapi disebabkan mereka tengok saya suka baca, dan ada pula buku warna-warni yang menarik macam ni, mereka pun suka. Dan kadang-kadang bila mereka dapat debat something yang macam ni memang seronok melayan...

Pendek kata, buku ni pun menarik untuk anak-anak belajar tentang Tokoh-tokoh Islam.

40 Tokoh Islam
Harga asal: RM28.00
Diskaun 50% hingga 9 Mei: RM14.00 saja!
Klik https://goo.gl/OGdY2f
Rugi tak beli...

Labur duit untuk ilmu, insyaAllah takkan rugi... :D

Sharing with love,
Nora Karim :*

12 comments:

  1. PANDAI FARIS KELENTONG ADIKNYA YA..TERGELAK KAK...BETUL TU KITA MESTI SENTIASA BELI BUKU2 YG MENARIK MINAT ANAK2 N TUNJUKAN CONTOH KITA SUKA MEMBACA...ANAK2 PASTI MENIRUNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Memang pandai dia kenakan adik dia. Betul tu, biasanya kita mak ayah lah yang jadi role model untuk anak-anak...

      Delete
  2. bagus laa buku ni utk bacaan anak2...mereka kenal tokoh2 islam secara tak langsung....

    ReplyDelete
  3. Mula2 memang nak masuk cart dah buku ni..tp dok budget2 nk cukupkan duit balance2 je dalam maybank2u tu..tu yg tak jadi.amik set 101 tu ja..ada juga cerita tokoh islam..next bley grab buku kegemaran faris ni

    ReplyDelete
  4. buku2 macam ni bagus untuk anak2 kan, saya tak beli lagi buku ni, hajat hati nak beli juga nanti

    ReplyDelete
  5. Yang ni tak beli lagi. Nak cari gak nanti.

    ReplyDelete
  6. buku ni mmg bagus!

    hehehe kemain faris ;-)

    ReplyDelete
  7. Hahaha! Kelentong adik aje rupanya. Janji pandai Matematik aje bolehlah jadi macam Ibnu Sina ^_^

    ReplyDelete
  8. Hahaha....amboi faris kemain....syok pulak dia kenakan adiknya

    ReplyDelete
  9. best ni.. kisah2 cemni.. acik2 pun suka baca. dahla colourful..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...