Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, May 01, 2016

Kisah "Abang Kawasan Mekah" - Khalid Al-Walid

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya menonton semula rancangan Al-Kulliyyah tentang Panglima Perang Nombor 1 Islam di Mekah (atau bahasa zaman sekarang, "Abang Kawasan Mekah"), iaitu Khalid Al-Walid. 
 
Allahuakbar, garapan dan penceritaan semula oleh Ustaz Wadi Annuar sangat menusuk hati. Bagaimana seorang HERO Islam yang kekal tenang dan yakin pada kebergantungan dan pertolongan dari Allah dalam setiap peperangan, walaupun jumlah tenteranya jauh lebih sedikit berbanding dengan jumlah tentera musuh. Pun begitu, Khalid Al-Walid tidak pernah sekalipun kalah dalam perang yang dipimpinnya. 
 
Khalid Al-Walid adalah anak kepada seorang jutawan Mekah, ayahnya juga adalah salah seorang Menteri di Mekah. Tetapi Khalid Al-Walid tidak berminat dengan kekayaan dan kemasyhuran, sebaliknya lebih cenderung kepada bidang kepahlawanan. 
 
Khalid Al-Walid adalah seorang Panglima Perang yang paling berani dan paling berkemahiran, yang tidak pernah meninggalkan kuda dan pedangnya selama 30 tahun. Khalid Al-Walid berjaya menundukkan tentera terkuat dunia ketika itu, iaitu tentera Rom, sehinggakan Rasulullah SAW menggelarkan Khalid Al-Walid sebagai "Pedang Allah".

Kata Khalid Al-Walid ketika nazaknya, "seandainya diberikan pilihan kepadaku, untuk bersama dengan pengantin wanita pada malam yang pertama di dalam bilik yang selesa dengan berada di dalam medan pertempuran yang keras pada malam gelap gelita dan sangat sejuk, aku memilih untuk berada bersama pasukan tentera Islam."

Anda boleh tonton Al-Kulliyyah tentang Khalid Al-Walid di sini:

1. Bahagian 1


2.Bahagian 2

Tak sabar saya nak dapatkan Novel Sejarah Islam, Khalid Al-Walid yang ditulis oleh Abdul Latip Talib. Jika anda juga ingin mendapatkan buku tentang Khalid Al-Walid ini,boleh klik pada gambar...

https://goo.gl/wF6Ckf

https://goo.gl/87v2dz

Nota kaki: Ustaz pesan, "jika mahu rasa cinta dan kasih yang dalam pada Rasulullah SAW, kenalilah sahabat-sahabat Baginda..."

5 comments:

  1. KHALID AL WALID PANGLIMA PERANG ISLAM TERBILANG...

    ReplyDelete
  2. Masyallah hebatnya semangat sahabat baginda ni NK. Okje ni mmg teruk NK, kurang suka membaca.... dengar cerita OKlah.... Tapi baca blog sukalah pulak....Hish hati berkeladaklah gamaknya ek....huhuhu

    ReplyDelete
  3. bagus ni perlu dapatkan buku ini

    ReplyDelete
  4. salah seorg sahabat nabi yg kehebatannya tiada tandingan baik fizikal mahupun keimanannya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...