Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Monday, November 06, 2017

Bila Abah Naik Helikopter...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Encik suami ditugaskan ke Pulau Pinang untuk tinjauan banjir, naik helikopter.

Faris tanya, "Abahkan gayat... macam mana Abah naik helikopter tu?"

"Abah kerja. Kenalah pergi juga," kata saya.

Faris jawab, "kalau nanti Ayies kena kerja naik helikopter, Ayies berhenti kerjalah Ma... tak berani Ayies!"

😂😂😂

Kelakarlah Faris ni!

Yang Alisya pula bila saya tunjuk gambar ni, dia kata... "aduh... kenapa Abah tak ajak, Alisya nak naik helikopter juga!"

Nampak tak dua beradik ni memang sangat berbeza, seorang terlebih berani yang seorang lagi, penakut ya amat! 

***

Sama-sama kita doakan agar banjir di Pulau Pinang segera surut. Nampak teruk juga banjir kali ni.

Buat rakan-rakan yang ada di Pulau Pinang, saya doakan anda baik-baik saja, jaga diri, jaga kesihatan... moga Allah permudahkan segala urusan anda di sana.


Nora Karim 
Takut juga nak naik helikopter. 😄 

8 comments:

  1. hahahahaha mcm2 keletah laa 2 beradik ni

    ReplyDelete
  2. bestnye kalo dpt naik helikopter.. hihi

    ReplyDelete
  3. kelakar faris, siap nak berhenti kerja. haha!!

    ReplyDelete
  4. karenah anak-anak kan..hihi..apepun semoga dipermudahkan segala urusan mereka di Penang. Aamin

    ReplyDelete
  5. Alahaiiii sweetnya bila anak2 beebicara..

    ReplyDelete
  6. keletah kanak2.. alhamdulillah air dh surut tp rumah kwn2 xhabis kemas2 lg

    ReplyDelete
  7. Memang takutlah NK.... bila naik mulalah teringat mcm mcm...
    Tulah tu tak sangka pulak Penang boleh banjir teruk mcm tu. Yang biasa kita dengar Kelantan kan NK....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...