Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Disney Junior. Show all posts
Showing posts with label Disney Junior. Show all posts

Tuesday, February 05, 2013

Tips dan Kesan Positif Menonton Kartun

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Kartun sebenarnya sedikit sebanyak akan memberikan kesan yang positif kepada kanak-kanak yang menontonnya. Disebabkan mereka masih kecil, maka bolehlah saya kawal apa yang boleh dan tidak boleh ditonton mereka. 

Biasanya jika AF saya berjaga, saya akan menonton kartun bersama mereka jika tiada aktiviti busy bag (kemudianlah saya cerita tentang aktiviti busy bag AF ni...).

Apa yang saya nak share hari ni adalah, perkataan-perkataan yang diaplikasi oleh Faris dari kartun yang ditontonnya di Disney Junior saluran 613. 

Selain perkataan-perkataan simple English seperti, please, help me, thank you, Faris juga tahu untuk menggunakan ayat-ayat ini dalam situasi yang betul. Ini adalah sebahagian ayat yang biasa digunakan olehnya...

"Oh my goodness!" - Ketika dia terkejut atau terlihat sesuatu yang mengagumkan...   
 
"Oh, not again..." - ayat ni selalu digunakan ketika kalah dalam game dari tab abahnya...

"Stop the music!!" - Alisya bila pegang telefon saya, memang dia suka buka lagu dengan kuat, si abang bila rasa terganggu, mula la jerit "Stop the music!"   

"I'm coming...!" - selalunya bila saya panggil Faris, dia akan menyahut macam ni...

"Let's count" - selalunya bila dia bermain dengan kereta mainan... dia akan ajak adiknya untuk mengira.

 Tips ketika anak-anak menonton kartun:

1) Pilih rancangan kartun yang bersesuaian untuk ditonton oleh anak-anak seperti Word World, Little Einsteins, Handy Mandy, Dibo the Gift Dragon, Mickey Mouse Clubhouse dan lain-lain. (oh Hi-5 pun bagus juga...)

2) Tonton kartun tersebut bersama anak-anak.

3) Rangsang anak-anak untuk menyebut perkataan yang didengar, ulang, sebut, dan tiru perbuatan atau aktiviti yang dilakukan seperti kartun yang ditonton. - biasanya dalam Mickey Mouse ada suruh jump, clap, push, pull dan lain-lain.

4) Terangkan kepada anak-anak maksud sesuatu perkataan (jika ada perkataan yang agak sukar bagi tahap mereka...) Kaedah ini akan meningkatkan kosa kata anak-anak dalam bahasa Inggeris.

Kesan-kesan positif menonton kartun:

1) Boleh membezakan sesuatu benda/perkara dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris - lakukan sedikit ujian kepada anak-anak dengan menunjukkan sesuatu barang kepadanya. Contoh:


Minta anak-anak untuk menyebut dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga anda boleh tunjukkan tangan, kaki dan lain-lain. (Ini pun salah satu aktiviti busy bag yang mudah...)

2) Meningkatkan kefahaman mereka tentang sesuatu benda atau perkara.

3) Selain belajar bahasa, anak-anak juga akan belajar tentang nilai murni dalam persahabatan, kejiranan untuk respect others, helping each other, responsibility dan lain-lain.

So, jangan rasa anak-anak buang masa bila mereka menonton kartun (oh dulu memang saya rasa macam tu, tapi bila encik hubby kata, dia sendiri belajar bahasa Inggeris dari kartun, terus saya ok, dan saya nampak banyak sangat kesan positifnya...), sebaliknya kita sebagai ibu bapa perlulah mengisi masa anak-anak dengan perkara semudah menonton kartun! 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...