Assalamualaikum & slm 1Msia
Wah, heboh 1 Msia ttg isu 'blogger untung 1 juta!!' sejak berita itu t'siar di Berita Minggu Ahad lalu... Dr s/khabar, ke radio, ke TV mbincangkan isu yg sama...
Boleh kaya hanya dgn berBLOGGING?!?! Lebih menarik lg jika anda seorg suri rumah, tentu saja anda boleh m'curi masa senggang @ berblogging smbl melipat kain, smbl memasak, smbl menonton tv, smbl menunggu anak2 pulang dr sekolah & sbginya... Wah, seronoknya! :D
Dlm kelas semester 3 smlm, ramai yg bertanyakan cara utk create blog! Wah, tetiba semua org pun kemaruk berblogging.. Sama la dgn org yg menulis nie... Punya la lama x menulis di sini, terasa rindu pulak! Hahaha.. (Kesian pembaca2 di sini... Anda rindu saya x?! Hahaha ayat perasan! :p mcm la ada org baca pun... Hahaha...)
Menulis blog bknlah semudah yg anda sangka... Bkn daftar je blog anda akan dpt duit sejuta tu... kalau iye, dah lama dah saya benti keje & melepak di rumah. Menulis blog ni, memerlukan byk pengorbanan... TAK CAYA?! Ha, trskan membaca...
(1) Pengorbanan yg pertama adalah komitmen... Jika tiada komitmen yg tinggi utk menulis, maka tak ke mana la blog tu... Akan jadi la 'angat2 tahi ayam'... Cuba search, pasti anda akan jumpa blog2 yg 'sunyi sepi'. Yg mana, hanya di create & cuma meninggalkan 1-3 post saja! (hahah.. cuba tanya diri sendiri... mungkin anda pun pernah ada blog satu ketika dulu... yg kini... sunyi sepi... heheheh) Ada juga blog yg berbulan2 x diupdate... Yg secara tidak langsung akan membuatkan krgnya 'traffic' ke blog tersebut... (Eh, cam ckp diri sendiri je...) Er, ok kita teruskan...
(2) Pengorbanan ke-2 adalah penulisan kreatif... Seorg pecinta blog akan menghargai penulisannya. Maksudnya mengekalkan keaslian penulisan. Ini bermaksud hasil tulisannya adalah atas idea, pengalaman & penghayatan kehidupan sendiri... Kalau takat, 'cilok' penulisan org lain & kemudian dimuatkan ke dlm blog sendiri.. Hm, tak bermakna la... Pengunjung pun akan trs2an m'baca benda yg sama. Kalau ikutkan, ramai je blogger yg kategori 'copy paste' nie... So, kalau xnak tgolong dlm kategori ni... Buat2 la hasil tulisan sendiri.. Sure anda akan rasa sgt puas!
(3) P'orbanan ke-3 adalah masa... Seorg penulis blog tegar, mungkin ada byk masa t'luang utk blog kesygannya, smpi kadang2 boleh post lbh dr 3 cerita atas perkara yg berbeza2. Wah hebat! Org kategori tu mmg xde keje lain la... Mmg duduk saja di dpn laptop! Tah2 x mkn, minum @ tdo.. Hm.. Kategori ni la kot yg blh dpt sejuta tu... Pada saya, memadai post seminggu 2/3 kali...
(4) P'orbanan ke-4 adalah apabila org m'gunakan hasil tulisan kita sbgi hak milik mereka... Hm, kesian.. Kita punya la perah otak, memikirkan apa yg nak dimuatkan dlm blog kita.. Tiba2 org tu ambil mdh dgn meng'copy' tulisan kita. Kalau nak ambil, bkn x blh, tapi tlg la bg kredit.. Ataupun linkkan aje trs ke blog address kita... Ha lagi senang! Kita x perlu la berpura2/hipokrit.. Apa yg penting kita kena la respect hasil tulisan org lain...
(5) P'orbanan ke-5 adalah pengiklan... jika anda telah berdaftar dgn Nuffnang misalnya.. anda mesti akan berasa bersalah jika tidak dapat meng'update' posting anda... ye la.. ibaratnya anda dah janji... kalau tak tepati tanpa sebabkan kita akan rasa bersalah... hm... lagipun... persediaan lain juga perlu anda lakukan... di mana, setelah mendaftar, dan ada byran masuk... anda kena compilekan kesemuanya... mana la tau.. kalau rezeki murah... sebulan pendapatan anda boleh mencapai sehingga RM12k...(fakta diambil dr akhbar Berita Minggu). Tentu saja income tax akan dtg membuat audit di premis anda... heheh...
Hm, so dah nampak la kan… bkn mudah nak mengekalkan komitmen dalam berblogging… melainkan kalau kita mmg tak de keje lain dah… Kalau ada tanggungjawab (kerja) lain… perlulah kita dahulukan.. sbb asal berblogging ni adalah sekadar menambah aktiviti pada masa lapang…
So saya berenti di sini dulu… insyaAllah ada kelapangan lain… saya berBLOGGING lagi… hahahha…(baca sebagai 2-3 bulan lagi... hahaha)
No comments:
Post a Comment