Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, June 16, 2011

Sharifah Maisarah Dalam Kenangan...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam sejahtera,

Innalillahi wa innailaihirojiun.. DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Saya tak tahu dari mana saya nak mulakan entri ni.. Entri ni telah ditaip dua minggu yang lalu dalam phone saya... My previous post, adalah tentang seorang sahabat yang tenat kerana accident.. Klik sini jika belum membacanya...

Nama Sharifah Maisarah Syed Hussain sangat terkenal di IKIP. Malah gerai-gerai makan di sekitarnya. Dia memang seorang yang peramah, happy go lucky, sangat suka menolong orang, rajin, aktif & sangat mesra dengan pelajar-pelajarnya.

Allahyarhamah Sharifah Maisarah kanan sekali (tudung purple)

Pemergiaannya pada 29 May 2011 (Ahad), memang sangat-sangat mengejutkan.. Saya sangat sedih... Melihat tubuhnya yang kaku di depan mata menyebabkan saya teringat akan banyak perkara tentang Allahyarhamah Syarifah Maisarah..

Setiap pagi, sesampai di office.. Allahyarhamah Syarifah Maisarah akan membuka dua website wajib iaitu Harian Metro dan Facebook.. Allahyarhamah Syarifah Maisarah memang suka membaca Harian Metro.. Dan jika ada apa yang menarik, Allahyarham Syarifah Maisarah akan menepuk kerusi saya (meja kerja Allahyarhamah Sharifah Maisarah hanya dibelakang saya) untuk diceritakan kepada saya.. Isu akhir yang saya bincangkan bersama Allahyarhamah Sharifah Maisarah adalah kemalangan maut di traffic light Bahau, Negeri Sembilan lebih kurang sebulan dua yang lalu.

Allahyarhamah Sharifah Maisarah memang sangat sensitif dengan berita-berita kemalangan.. Allahyarhamah Sharifah Maisarah pernah cakap, mati yang paling dia takut adalah mati accident.. (dan tak sangka Allahyarhamah Sharifah Maisarah meninggal dunia kerana accident...)

Saya tanya kenapa?

Katanya, mati accident tak sempat minta maaf dengan semua orang..

Keadaan kereta Allahyarhamah... 
Sambil berseloroh saya kata, sebab tu la pakar motivasi kata, sebelum tidur, kita kena maafkan semua orang, dan dengan harapan orang lain pun akan buat perkara yang sama pada kita... Kena jaga percakapan & perbuatan juga agar orang tak kecil hati..

"Betul.. Betul.. Saya setuju.." katanya lalu menyambung berkomunikasi dengan pelajar dan bekas-bekas pelajarnya melalui Facebook.. Allahyarhamah Sharifah Maisarah sangat rajin memberikan feedback atau menjawab soalan dari pelajar-pelajarnya melalui social network itu (memang tak dinafikan Facebook adalah medium yang sangat berkesan untuk mengumpulkan para pelajar, baik yang lama mahupun yang baru...)

Hari Jumaat (20 May) sebelum saya bercuti panjang (cuti seminggu dr 23-27 May), semasa Allahyarhamah Sharifah Maisarah berkemas untuk balik, dia sibuk menanyakan kenapa saya cuti lama sangat.. Bila saya kata nak menguruskan rumah di KL, Allahyarhamah Sharifah Maisarah terus jawab...

"Kak Nora cuti lama sangat.. Nanti tak jumpa saya..."

Saya jawab, "alah Mai ni.. Seminggu je pun.... Isnin minggu berikutnya kita jumpa la balik..."

Tapi Allahyarhamah Sharifah Maisarah tetap jawab, "lama sangat... Nanti tak jumpa..." (dalam hati saya kata, la sebelum ni pun aku cuti jugak... tak pernah pun tanya... Rupanya Allahyarhamah Sharifah Maisarah memang nak pergi... Itu la kali terakhir saya bercakap dengan Allahyarhamah Sharifah Maisarah... Dan itulah kali terakhir dia melambai ke arah saya... Dan mmg saya tak sempat jumpa dia on the following Monday... Last saya ketemu Allahyarhamah Sharifah Maisarah adalah pada hari jenazahnya nak dikebumikan di Kampung Temin, Jerantut... Memang saya sangat-sangat sedih...) 

Akhir bulan April tempoh hari, kami (seramai 7 orang) beramai-ramai ke LHDN, untuk mengambil nombor pin (cukai pendapatan). Kami sempat sarapan bersama-sama setelah mendapat nombor pin tersebut.. Dan sempat la juga kami snap, 2/3 keping gambar.. Allahyarhamah Sharifah Maisarah banyak kali minta saya uploadkan gmbr tu... Tapi saya tak sempat nak uploadkan.. Sampai la hari ni.. Baru saya berkesempatan.. Sorry Mai... :-( Nilah gambar-gambar yang kami sempat snap tempoh hari...



Satu hari sedang saya blogwalking (untuk blog Journalism), Allahyarhamah Sharifah Maisarah pernah bergurau...

"Teringin la nak tengok Kak Nora tulis pasal saya dalam blog akak..."

"Apa yang menariknya pasal Mai?" balas saya.

"Kena ada benda yang menarik ke baru nak tulis? Tulis saja-saja tak boleh?"

"Mana boleh.. tak de isu." Mendengar jawapan saya, Allahyarhamah Sharifah Maisarah tergelak besar... Maklumlah kalau ikut kewartawanan, memanglah kena ada isu dulu baru boleh masuk berita. Kononnya macam tu la...

Tapi tak sangka, hari ni saya menulis tentang Allahyarhamah Sharifah Maisarah... Tapi dia tak dapat membacanya... :-(

Allahyarhamah Sharifah Maisarah juga suka 'tumpang letak' air kotak atau air vitagen dia dalam "peti ais" kecil saya (beg susu). Bila dah sejuk dia akan bising kata...

"Kak Nora susu dah bertukar jadi anggur... (merujuk kepada air vitagen perisa anggurnya sambil tersengeh2...)" Biasanya saya akan gelak je... kadang-kadang dia suka juga bergurau kata nak minum air susu saya yang dah diperah... sebab dia kata nampak macam sedap...! Benda akhir yang dia tumpang letak dalam beg susu saya adalah coklat yang beri oleh Nadiah... dia kata coklat tu cair sebab dari dalam kereta.. Setiap kali saya nak perah susu.. saya akan teringat benda-benda yang Allahyarhamah tumpang dalam beg susu saya... 

Semuanya macam tak percaya... Saya sendiri sampai saat post entry ini masih tidak percaya yang Mai dah tak de... :-( Moga, Allahyarhamah Sharifah Maisarah akan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin (Al-Fatihah)

Meja kerja Allahyarhamah Sharifah Maisarah sebelum kami mengemasnya… Hingga saat ini meja itu masih kosong dan belum ada penggantinya… 


"Alangkah beratnya "perpisahan" itu, lebih-lebih lagi tanpa ucapan Selamat Tinggal..."
Allahyarhamah Sharifah Maisarah Syed Hussain
27 Januari 1985 - 29 Mei 2011
Abadi Dalam Kenangan... 
Al-Fatihah...




24 comments:

  1. semoga roh miss mai ditempat org2 yg beriman.....:'(

    ReplyDelete
  2. akak, saya ingat saya kuat di sini sebba dah x nampak meja dia...tapi saya rasa makin teruk pulak rasanya..selalu ingat dia..aiyakkk mata saya dah teruk..malu ah

    ReplyDelete
  3. nuhara: mudah-mudahan... amin...

    Farah: Allahyarham dekat dengan kita... kat mana pun kita, buat apa pun kita... mesti akan terasa juga...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya saya pun dah lama ada entry pasal mai tp sampai sekarang duk dalam draft jer lagi...tak tau la biler ada kekuatan nk upload...sampai skrg jugak saya jarang sign in blog sy, biler sign in ternmpk draft tue tak sanggup plak...huhu

    ReplyDelete
  5. ita: akak dah tulis ni baru la release skit... tapi lupa juga nak masukkan... yg dia suka sejukkan air kotak/air vitagen dia dalam beg susu akak... :-( skang kalau perah susu, selalu teringat air yg dia tumpang dalam tu...

    ReplyDelete
  6. Inalillah..semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..amin ..

    ReplyDelete
  7. innalillah..sedih pulak bui baca kisah ni..muda2 lagi dh pergi..semoga rohnya ditempatkan dlm golongan mereka yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  8. syaz: thanks sudi singgah sini...

    bui idzra ryn: sedihkan... tak tau nak kata apa... :( btw, thanks singgah...

    ReplyDelete
  9. dalam sekajap dia pergi...
    ajal sampai x kira muda atau tua...
    moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 beriman...

    ReplyDelete
  10. betul green apple... dia dah tentu pergi.. kita ni tak tau la bila... kena bykkan amalan dan sentiasa ingat mati...

    ReplyDelete
  11. moga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  12. syiela: amin... thanks sudi singgah...

    ReplyDelete
  13. alfatihah buat arwah ..
    doakan la agar sntiasa berada dwah kasih syg-Nya disana

    ReplyDelete
  14. alif haris: amin... thanks sudi singgah dan komen...

    ReplyDelete
  15. puanbee: amin & thanks sudi singgah..

    ReplyDelete
  16. baru2 ini bapa saudara kamu juga pergi jam 600 pg dlm pjnnan ke masjid untuk solat subuh..ccident di kg temin.

    ReplyDelete
  17. syed ahmad: innalillahiwa innailaihirojiun... Moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman...

    ReplyDelete
  18. Tragedi ini mengingatkan saya 5 tahun yang lalu okt 2007 ninda saya pergi, Disember 2007 bapa saya pula pergi (sakit biasa) bapa saudara maisarah..November 2009 x sampai 2 bulan baru diijabkabulkan sepupu kamu juga pergi menghadap illahi..terbaru 2/04/2012 bapa sedara kamu pergi..dari tanah ia dijadikan dan tanah juga dia dikembalikan...BILA MENGINGKATKAN TRAGEDI NGERI INI..DLM MASA 10 TAHUN INI SUDAH LIMA ORANG SAUDARA KU PERGI TERMASUK MAI KERANA ACCIDENT....BEGITULAH AKU SETIAP KALI MEMEGANG STERENG KERETA...SENTIASA BERDEBAR2..

    ReplyDelete
  19. Salam kak nora..
    Hari ni terpanggil dan terasa amat merindui sara... saya type di google terjumpa blog kak nora.. alhamdulillah.. masih dpt melihat wajah sara.. saya sahabat room mate sara masa degree n course mate masa diploma.. last kami berjumpa ms kami buat clearance di dungun.. kami sama2 travel ke dungun.. selalu terngiang di telinga die memesan beb, ko bwk kete elok2.. aku nak kawen.. 😢😢

    Masa konvo kami xdiberi kesempatan utk berjumpa sbb dia xpegi ke majlis konvo.. rindu nya... masa dia jd lecturer di ikip dia selalu merujuk pada saya apa2.. kdg2 kami bertanya khabar.. sara mmg seorg yg baik.. peramah.. dan happy go lucky.. jarang melihat dia sedih..

    Hari ni saya rs rindu sgt padanya.. rupanya xlama lg ulang tahun hari jadi dia... YA Allah, rindunyaaaa... 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam...

      Allahuakbar... terkedu baca komen ni sebelum dipublish... tak sedar air mata pun mengalir...

      Sedar tak sedar dah 4 tahun Allahyarhamah Sharifah Maisara tinggalkan kita... moga dia tenang dan baik2 saja di sana.

      Buat Lynne Lunna, terima kasih sudi singgah blog akak... bacakan Al-Fatihah untuknya setiap kali teringat... InsyaAllah sampai padanya...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...