Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, February 19, 2012

Bantu Faris Nur Daniel...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,


Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak kecil ini menanggung derita... Serious, saya menangis bila melihat gambar adik Faris Nur Daniel yang berusia 6 tahun ini... Saya tak kenal pun adik Faris ni... tapi atas rasa belas sebagai seorang insan, saya panjangkan mesej ini. 

Adik Faris mengidap penyakit "Hemophagocytic lymphohistiocytosis" (HLH). Dia kini berada dalam keadaan kritikal, di Subang Jaya Medical Center (SJMC). (Saya ternampak gambar adik Faris di'post' oleh rakan FB saya, yang meminta simpati dan bantuan dari orang ramai.) 

Mengikut status FB ayah kanak-kanak ini, (Shamrulismawi Abah BlackPearl) anaknya tidak boleh bernafas sendiri dan menggunakan 100% bantuan oksigen. Hatinya membengkak dan paru-parunya kurang memberikan tindakbalas. Kaki dan mukanya agak kembang dan rambutnya mula gugur. (Ya Allah...  :-(  )  



Bil hospital telah menjangkau RM75,000 yang melebihi jumlah perlindungan insurannya. Kepada rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah menghulurkan sumbangan kalian ke Akaun Maybank Shamrulismawi Ismail: 1140-1115-2218. (Sedih apabila membaca komen rakan-rakan FB yang mempersoalkan kenapa tidak dihantar ke hospital kerajaan kerana kosnya jauh lebih murah berbanding SJMC. Sekarang bukan masa untuk mempersoalkan apa dan kenapa... Anda patutnya PEKA kepada penggunaan perkataan "KRITIKAL"... tolong bersikap lebih sensitif!)

Kepada yang tidak mampu untuk menghulurkan bantuan kewangan, titipkanlah doa agar Allah meringankan beban penyakit yang ditanggung oleh adik Faris dan dugaan yang diberikan kepada ahli keluarga adik Faris, terutamanya ibu dan ayahnya. (Saya tak dapat bayangkan macam mana ibu adik Faris menghadapi semua ini... kalau anak saya demam pun saya dah tak tentu arah... inikan pula berada dalam keadaan kritikal... Sesungguhnya Allah menurunkan ujian kepada mereka yang mampu mengatasinya...)

Kepada bloggers yang membaca entri ini, minta dipanjangkan lagi mesej ini agar lebih ramai yang dapat memberikan bantuan dan doa kepada adik Faris. Moga bantuan kita yang kecil ini membuka mata insan-insan yang lain untuk membantu... Semoga adik Faris segera sembuh dan sihat seperti sebelumnya... 

-Klik entri-entri yang ditulis oleh Mazidul Akmal Sidik, tentang adik Faris-
* Gambar Terkini Faris
Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah
* STM (Akronim paling bermakna kepada Faris)

INFO TERKINI TENTANG ADIK FARIS



P/S: Saya tidak kenal akan anak kecil ini... tetapi saya menulis atas dasar kemanusian dan saya sangat bersimpati kepadanya... :-( Semoga Allah mempermudahkan segalanya... Amin... 




* Bagi menghormati permintaan ahli keluarga Allahyarham adik Faris, gambar-gambar Allahyarham Faris Nur Daniel telah dikeluarkan dari blog saya... Harap maklum * 
Al-Fatihah untuk Allahyarham Faris Nur Daniel

20 comments:

  1. ciannye adik tu ..lia minta maaf tk dpt bgi sumbngan sbb msh blum hbis skolh .tpi lia blh doakn agar Allah sembuhkn adik faris dn rinkan duggaan yg kluarga adik faris hdapi
    Amin . :'(

    ReplyDelete
  2. girl with NO title: doa juga sudah memadai... Amin...

    ReplyDelete
  3. semoga adik faris cepat sembuh, amin!

    ReplyDelete
  4. sy doakan semua dia cepat sembuh...
    agar dia dapat membesar spt kanak2 lain..Amin...

    ReplyDelete
  5. keciannya adik kita. semoga adik faris cepat sembuh and hopely ada mrk yg sudi dtg membantu adik faris..

    ReplyDelete
  6. Shaheila & Gadis Biasa: Amin... tq for da DOA... Kalau boleh mohon panjangkan mesej ni... TQ...

    ReplyDelete
  7. Semoga adik ini cepat sembuh..Amin..

    ReplyDelete
  8. Puan Gojes: thanks atas doa tu... sama2 la kita doa... moga kita semua dpt ringankan bebannya...

    ReplyDelete
  9. semoga adik ni cepat baik.amin~~~

    ReplyDelete
  10. semoga adik nihh sehat macam kanak2 yg lain... amin =')

    ReplyDelete
  11. semoga Allah merahmati adik faris dan
    keluarganya.

    ReplyDelete
  12. kesiannya...dugaan dari Allah kan..apa2 pun mira doakan adik faris cepat sembuh dan dapat membesar seperti kanak2 lain..amin..

    ReplyDelete
  13. aryes, Supergirl, anNaqia, Amirah: Amin... thanks byk2 atas doa kalian... Moga Allah juga merahmati kalian... Amin...

    ReplyDelete
  14. Ya Allah...tabahkanlah hati kedua ibubapanya...sembuhkanlah adik Faris...

    ReplyDelete
  15. Zaza & Yana: Thanks... Moga adik faris segera sembuh... :-(

    ReplyDelete
  16. semoga adik faris sembuh dari penyakitnya....dan dapt menjalani hidup seperti kanak2 lain. amin.

    ReplyDelete
  17. semoga adek farish cepat sembuh..aminn

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...