Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, April 28, 2011

S.E.L.F.I.S.H !!!

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Imej dr Google
Urgh S.E.L.F.I.S.H!

Hari ni memang hari panas hati sedunia! Saya sangat tension bila ada orang yang sangat mementingkan diri sendiri... Kalau dah rasa x boleh nak duduk dalam satu team & bekerjasama antara satu sama lain, baik keluar je dari team.. Senang.. X payah nak menyusahkan orang lain!! Kalau dah rasa buat keje x ikhlas, cakap awal-awal.. Senang bagi kat orang lain yang lebih ikhlas bekerja..

Ni la masalah kita yg bernama manusia... Kita selalu rasa kita ni hebat, xde orang lain dah hebat dari kita.. Suka sangat bangga dgn usaha kecil yg dilakukan, dengan niat mendapat pujian.. Xboleh duduk dalam satu group, sebab berlaga angin dengan ketua dan ahli kumpulan lain.. X respect ketua.. Nak apa sebenarnya??

Saya Nak Bangku Kosong Tu...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Pagi-pagi hari sementara tunggu Subuh, (buat soalan exam sambil blog walking...) saya terjumpa blog saudara HH... ada offer untuk dimasukkan dalam bloglistnya... agak menarik... (walaupun malas nak taip entri.. tapi terpaksa sebab nak daftar segment ni...)

http://hasrulhassan.blogspot.com/2011/04/bloglist-bangku-kosong-dibuka-untuk.html
Rasanya saya masih sempat mendaftar di bangku kosong tu sebab offer ni dibuka sehingga pagi 28 April 2011.. Sempat la lagi saya ni kot... kepada sesiapa lagi yg nak join... klik sini... (untuk incik HH, saya pilih no 2...)

* Ini adalah post super pendek... Just entry untuk join segment incik HH...


Tuesday, April 26, 2011

Yey... dah ada 100 follower...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Alhamdulillah... saya sangat-sangat berterima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ni... apatah lagi mereka yang sudi menjadi FOLLOWER... Terima kasih banyak-banyak... saya sangat terharu... (huhuhu... betul... betul terharu... tak sangka...)

Saya berhasrat untuk membuat review kepada blog Nadia Alzahra kerana anda follower saya yang ke-100... terima kasih Nadia...Terima kasih banyak-banyak...!!


Saturday, April 23, 2011

Tidur Sekejap...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

"Ya Allah, sakitnya kepala... mata pun berat je ni... rasa macam nak terlelap... mengantuknya..."

Pernah tak rakan blogger rasa macam ni... Pernah? Betulkan... asal pukul 1 petang tu mula la mata nak terlelap... tapi bila memikirkan kerja yang banyak, kita akan abaikan 'perasaan ingin tidur' itu... dan terus membuat kerja... tapi sayangnya walaupun jam dah menunjukkan pukul 3-4 petang, kita masih tak dapat menyiapkan kerja dari jam 1 tersebut... Nak tahu kenapa?

Satu artikel yang saya baca dari Majalah Solusi (Isu No.29), muka surat 95-96 ada menyatakan bahawa badan kita mempunyai pusingan biologi. Sistem ini menyebabkan kita berasa mengantuk pada waktu tertentu dan berasa bertenaga pada waktu yang lain.

Jika kita dapat tidur sekejap, kita sebenarnya mengecas kembali tenaga di dalam badan kita... (seolah-olah sama je macam bateri handphone kita yang kehabisan bateri... kan perlu dicaj agar kita dapat terus menggunakannya... macam tu juga badan kita!!)

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib ini, mereka yang dapat tidur selama lebih kurang 30 minit pada sebelah siang berisiko rendah mendapat serangan jantung!! Seorang pakar tidur dari Universiti Cornell, Dr James Maas pula berpendapat, tidur selama 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Kenapa anda perlu tidur di sebelah siang?
  1. membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
  2. meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
  3. meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
  4. baik untuk jantung dan kesihatan.
  5. meningkatkan fungsi kognitif.
  6. memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
  7. menjadikan minda lebih kreatif.
  8. mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.
Ha.. apa lagi.. jom TIDUR SIANG! Kalau tak tidur siang nanti kena sakit jantung... Hahahaha... Untuk lebih banyak info menarik, dapatkan Majalah Solusi di pasaran!!

Nota kaki: Tidur setengah jam sebelum waktu Zohor adalah rutin yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Makna kata, ini adalah sunnah Rasulullah... Jom hidupkan sunnah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...