Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, April 16, 2013

Alisya, Kerjanya Mencium Je...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Baju yang Alisya pakai ni
kakak ipar saya buatkan.
Alisya perasan 'princess' :p
Sejak Alisya baik dari demam hari tu, kerjanya asyik 'menempel' dan mencium mamanya ni... Saya tak kisah pun sebab masa dia demam hari tu dia terbaring je... Itu buat saya risau... 

Bila dah sihat ni, saya tak kisah la dicium Alisya... Kejap-kejap dia cium tangan, leher, bahu, pipi, hidung, muka, perut saya... pendek kata mana yang tercapai dek bibir dia tu... situlah diciumnya...

Mula-mula saya tak kisah dan suka je kena cium dengan anak... Sampailah satu hari tu kakak ipar saya call, bertanyakan khabar anak-anak... Masa tengah berbual tu, Alisya panjat badan saya sebab nak cium muka saya... bila saya elak dia menjerit... 

Bila dengar jeritan Alisya yang nyaring tu terus kakak ipar saya tanya kenapa... Sambil gelak-gelak tu saya cakap yang Alisya ni sekarang kerjanya mencium saya... Terus kakak ipar saya jawab, "Aaa, nak dapat adik la tu...!!" 

Respon saya? Terdiam kejap.. hahaha... Tapi saya pernah dengar juga orang tua-tua cakap, kalau anak hisap ibu jari kaki dan anak asyik mencium ibunya, tanda mereka nak ada adik... Betul ke bohong?!



Monday, April 15, 2013

Mini Giveaway #3: Senarai Peserta


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Terima kasih kepada semua yang sudi join Mini Giveaway #3 ni. Berikut adalah senarai peserta, boleh check... takut jika saya keciciran link blog anda...





















Cabutan undi akan dibuat jika tiada sebarang pembetulan kepada senarai peserta di atas, in sha Allah pada 16 April (Selasa), dan saya akan umumkan pemenangnya pada 17 April (Rabu). Terima kasih pada semua yang sudi join.  (^_^)



Doa Elak Lupa

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Saya baca entri MFM yang bertajuk Bila Hilang Satu Nikmat... Saya rasa kasihan pula... Dulu saya pernah gelak sakan bila baca entri MFM yang terlupa membuang sampah yang diletakkan di atas bonet kereta, masa kelam kabut nak menguruskan anak-anak di awal pagi dan seterusnya bergegas ke tempat kerja. Tak pasal-pasal sampah dibawa berjalan merata/makan angin di waktu pagi... Kesian MFM...

Kebetulan saya belek buku doa milik saya... dan terjumpa Doa Untuk Mengelak Lupa ini... Moga bermanfaat buat MFM dan sesiapa saja untuk mengelakkan kita dari penyakit lupa ni... 

 

 Maksudnya:  

"Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina. Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami, jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami." 

(Riwayat At-Tirmizi no.3173, Lihat Tafsir Ibnu Kathir. Tafsir ayat 1, Surah Al-Mukminun)


Sunday, April 14, 2013

Mini Giveaway #3

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya bercadang membuat Mini Giveaway #3 ini pada 8 April lalu... Tak sempat nak buat auto publish... Faris masuk wad... Anyway, perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia. Pun begitu, seperti yang saya rancangkan sempena menyambut kelahiran ke-33 saya tahun ni, saya nak raikan rakan-rakan blogger dengan tiga buah buku yang diklasifikasikan sebagai biografi/kerohanian/motivasi/ serta panduan.

Tiga buah buku berikut akan dihadiahkan kepada tiga pembaca bertuah blog (yang tak seberapa) ni. Anda boleh klik pada gambar untuk melihat sinopsis buku-buku berikut.

Buku ini akan dihadiahkan kepada pemilik
cabutan undi yang pertama.

Buku ini akan dihadiahkan kepada pemilik
cabutan undi yang kedua.


Buku ini dihadiahkan kepada pemilik
cabutan undi yang ketiga.

Untuk penyertaan sila tinggalkan link blog anda di bawah entri ini. Tarikh tutup adalah pada 14 April  2013, Ahad, jam 11.59 tengah malam. Senarai peserta akan saya keluarkan pada 15 April 2013, Isnin. Dan pemenang akan diumumkan pada 17 April 2013, Rabu.

Semoga dengan hadiah kecil daripada saya ini bermanfaat buat pemilik cabutan undi nanti dan akan menjadi saham buat saya di sana kelak. Moga Allah memberikan kesihatan buat saya untuk terus perbaiki diri dan menjadi isteri, mama serta rakan yang terbaik buat orang-orang yang saya sayang... Amin...


Nota kaki: Alhamdulillah Faris dah keluar dari hospital petang semalam (9 April)... dah baik dari demam panas, tapi saya masih memantau kesihatannya... begitu juga dengan Alisya (berjangkit dari abangnya)... Terima kasih atas doa rakan blogger sekalian... 

- Jom LIKE Tupperware Kiyter -  

Alhamdulillah Syukur...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah, 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, hari ini meningkat seusia lagi umur saya... Tahun ni yang ke-33... Alhamdulillah...

Banyak yang saya dah lalui dalam tempoh 33 tahun ni... Cabaran, dugaan, ujian, happiness dan macam-macam lagi... Apa pun saya sangat bersyukur atas semuanya... 

Apa yang saya harapkan dari hari lahir tahun ini:
- Moga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... 
- Moga Allah tetapkan Iman dan berikan saya kekuatan dan permudahkan dalam usaha saya memperbaiki diri...
- Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk saya mendidik dan melihat AF membesar... 
- Moga saya dapat menjadi isteri yang terbaik buat Encik hubby...
- Moga Allah melapangkan rezeki buat kami sekeluarga...
Amin... Amin... Ya rabbal alamin... 

Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi mendoakan saya baik di FB mahupun SMS/Whatsapp... Moga Allah juga memberkati anda semua... Amin... Terima kasih banyak-banyak... 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...