Org rujuk kepada Dr Syukur tentang keadaan mak yg lupa malam semalam (1 April 2005)...
Dr Syukur mengesahkan mak lupa akibat kekurangan gula dalam darah... kami dinasihatkan, jika mak mengalami keadaan seperti itu lagi (lupa)... hendaklah diberikan gula2... untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah...
Mmg pg tu..semasa nurse periksa kandungan gula dalam darah mak... mmg cukup rendah.. 3.6 je...sepatutnya kandungan gula dalam darah mak perlu capai 6...
Walau bagaimanapun... doc membenarkan mak balik, tetapi perlu mendapatkan rawatan selanjutnya pada 15 April 2005... kami juga diberikan pendedahan tentang plan pemakanan diet mak... agar kami boleh mengawal keadaan mak... utk mengelakkan mak menjalani dialisis...
Doc juga mengingatkan bahawa dos suntikan insulin mak adalah 24 sebelah pagi dan 12 sebelah petang... jika kandungan gula tetap rendah... dos perlu dinaikkan kepada 30 pg dan 14 ptg...
Selain insulin... mak juga perlu diberikan suntikan bagi membentuk darah dalam bdn bagi melambatkan proses melakukan dialisis... Suntikan ini perlu dilakukan seminggu sekali... Selain itu, mak dinasihatkan merancang jumlah air yang boleh diambil dalam sehari... Jika tidak, maka buah pinggang mak akan terus rosak... Jika ini berlaku, mak akan HANYA DIBENARKAN MEMINUM TIDAK LEBIH DARI 500ML SEHARI... :-(
No comments:
Post a Comment