Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, June 01, 2012

OST Seindah Sakura

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi, rakan bloggers!! Semoga anda semua sihat walafiat dan sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t... Saya masih dalam proses menghabiskan novel Sunan Musafir karya Ramlee Awang Murshid (RAM)... (sengaja membacanya dengan perlahan... sebab rasa sayang pula nak habiskan cepat-cepat... sebab itu kan novel penutup... sekarang dah lebih separuh pun... tapi terasa sayang dengan watak Sunan... nanti mesti rindu Sunan...) 

"Mati itu pasti, hidup InsyaAllah... tapi kita harus berusaha untuk bertahan hidup dalam keredhaan Allah s.w.t, agar kepulangan kita ke akhirat penuh dengan rahmat dan keberkatan Ilahi..." 

Syahdu betul ayat-ayat dalam novel Sunan Musafir ni... Sebab tu rasa sayang nak habiskan cepat-cepat... Tulisannya sangat halus... menyentuh iman... Kepada mereka yang tak pernah membaca novel karya RAM, mungkin saya perlu sarankan anda membacanya... sebab banyak peringatan dari Al-Quran dan sunnah Rasul diketengahkan untuk mengingatkan kita yang sentiasa terlupa...! Sangat terkesan!




Tragis... Novel ini tiada dalam koleksi saya...
macam mana pun nak cari juga atau...
ada sesiapa nak hadiahkan?! :p
Oklah berbalik kepada title... Dari membiarkan blog saya sunyi sepi, saya nak kongsikan dengan anda dua lagu OST Seindah Sakura... Yang saya rasakan lirik dan melodinya menarik... Untuk sinopsis Seindah Sakura ni... sila ke blog Nik Khazami yang rajin buat sinopsis drama-drama ni... (saya malas nak taip dan tak suka copy paste... so saya sub ke blog Khazami... :p senang kerja.. ahaks!)

Ini lagu Harapan:




Ini lagu Buatku di Sana:



12 comments:

  1. Replies
    1. kan?! yang tak sangka tu... suara mafa nyanyi live sama macam recording... cuba cari kat youtube...

      Delete
  2. lagu dan lirik yang bagus...memang terbaik..

    :)

    ReplyDelete
  3. Belum pernah sempat tengok OST ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambil masa :D bila ada terluang boleh la tgk...

      Delete
  4. ulya dah dgr lagu ni :) best sgt lirik dia .
    ulya tak miss lngsung crita ni dari first episode , tp bila cuti2 msia ni terskip pulak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulya... tak pe... nanti tgk kat tonton.com.my :D

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...