Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, April 23, 2011

Tidur Sekejap...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

"Ya Allah, sakitnya kepala... mata pun berat je ni... rasa macam nak terlelap... mengantuknya..."

Pernah tak rakan blogger rasa macam ni... Pernah? Betulkan... asal pukul 1 petang tu mula la mata nak terlelap... tapi bila memikirkan kerja yang banyak, kita akan abaikan 'perasaan ingin tidur' itu... dan terus membuat kerja... tapi sayangnya walaupun jam dah menunjukkan pukul 3-4 petang, kita masih tak dapat menyiapkan kerja dari jam 1 tersebut... Nak tahu kenapa?

Satu artikel yang saya baca dari Majalah Solusi (Isu No.29), muka surat 95-96 ada menyatakan bahawa badan kita mempunyai pusingan biologi. Sistem ini menyebabkan kita berasa mengantuk pada waktu tertentu dan berasa bertenaga pada waktu yang lain.

Jika kita dapat tidur sekejap, kita sebenarnya mengecas kembali tenaga di dalam badan kita... (seolah-olah sama je macam bateri handphone kita yang kehabisan bateri... kan perlu dicaj agar kita dapat terus menggunakannya... macam tu juga badan kita!!)

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Farhan Hadi Mohd Taib ini, mereka yang dapat tidur selama lebih kurang 30 minit pada sebelah siang berisiko rendah mendapat serangan jantung!! Seorang pakar tidur dari Universiti Cornell, Dr James Maas pula berpendapat, tidur selama 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Kenapa anda perlu tidur di sebelah siang?
  1. membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
  2. meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
  3. meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
  4. baik untuk jantung dan kesihatan.
  5. meningkatkan fungsi kognitif.
  6. memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
  7. menjadikan minda lebih kreatif.
  8. mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.
Ha.. apa lagi.. jom TIDUR SIANG! Kalau tak tidur siang nanti kena sakit jantung... Hahahaha... Untuk lebih banyak info menarik, dapatkan Majalah Solusi di pasaran!!

Nota kaki: Tidur setengah jam sebelum waktu Zohor adalah rutin yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Makna kata, ini adalah sunnah Rasulullah... Jom hidupkan sunnah!

4 comments:

  1. patutnya saya tidur dalam kelas madam dulu... isk! baru boleh tingkatkan daya ingatan..

    ReplyDelete
  2. hahaha... betul la..skang kalau ada kelas kul 2, kena start lambat skit :P

    ReplyDelete
  3. Salam...ish3..Bukan tidur la tapi nap atau lelap sekejap. Biasanya saya juga akan suruh peserta kursus motivasi utk lelapkan mata dlm 30 minit tetapi sebelum makan dan bukannya selepas makan kerana kalau tidur selepas makan mau amik masa 3 ke 4 jam..huhu

    ReplyDelete
  4. salam... abg long... heheh dalam English nap = day napping... dlm Melayu tidur sekejap = lelap sekejap...

    betul la... kalau tidur lepas makan... alamatnya "berkeruh" la.. zzzzzz

    anyway, thanks singgah abg long...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...