Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, October 30, 2013

Mini Giveaway #5

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah rasanya saya tak buat Mini Giveaway... So hari ni saya nak hadiahkan sebuah novel dari penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid yang bertajuk MAGIS. Semestinya novel terbaru di pasaran...(^_^)

 - - - - - 

Sinopsis MAGIS:

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerembolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di antara mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

- - - - - 

Kepada peminat novel thriller dan pembaca blog ini yang ingin mencuba nasib mendapatkan novel ini, sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen, sebagai tanda penyertaan. Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 1 November 2013, jam 11.59 malam.

Nota kaki: Saya sedang membaca novel ini... beberapa bab lagi akan tahu akhiran cerita... (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


16 comments:

  1. wuaaa...bestnyaaaaa....nasib baik niesa dh ada novel ni...kalau x mmg dh join..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. next timekalau buku lain boleh la join ya... heheh

      Delete
  2. wow... bestnye giveway ni...

    teringin nak baca, saya pun minat ramlee awang murshid jugak...

    http://pari2cumel.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh geng la cam gini... :p thanks join...

      Delete
  3. nak join.. nak join sy xde langsung novel² dia huhuhuhu....

    http://masyaamiraaimie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. semoga ada luck saya...

    http://mnflove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. ada review kata novel ni sgt best.lgpun tgoklah siapa penulisnya kan..sy cuba nasib disinilah utk merasai kenikmatan membacanya..:)

    http://puankutu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Rietta pown bru bli buku nie...tpi utk org di kampung...hjg mggu nie bru nk hntar pulang....

    ReplyDelete
  7. saya join...http://haslizalizz.com/

    ReplyDelete
  8. nak try jugak.. :p!

    http://nikkhazami.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Wah..novel novelis terkenal ni. Nak jugalah.

    www.ainizakaria.my

    ReplyDelete
  10. wah! novel RAM.. lama tak baca...
    http://atieyusoffamily.blogspot.com....:)

    ReplyDelete
  11. Cik Nora.. baru baca entry nie. Bunyi macam dia combine semua character novel2 dia dalam novel nie lah... Nora Ismail

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah betul... combine 5 character dalam novel magis... watak sama... jalan cerita sedikit berbeza... tapi aku tetap suka..... weeeeee...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...