Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Saturday, August 16, 2014

#Manis: Deep Fried Mars Bar

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 20 Syawal,

Nak kongsi satu lagi resepi mudah yang saya ambil dari drama #Manis. Bila ada banyak resepi mudah yang dipaparkan menerusi drama #Manis ni, makin teruja pula saya untuk mengikutinya... Sebab banyak resepi pencuci mulut yang mudah rupanya... (^_^) Jom tengok, resepi ni pun menarik juga!

Gambar diambil dari aplikasi Chef Astro.

Bahan-bahannya:
1cawan tepung serbaguna
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh soda penaik
1½ cawan susu cair
Beberapa bar Coklat Mars
Gula halus

Cara-caranya:
1. Masukkan tepung serbaguna, tepung jagung, soda penaik ke dalam bekas adunan dan gaul.
2. Masukkan susu cair, pukul sehingga menjadi sebatian pekat.
3. Celupkan coklat Mars ke dalam adunan tadi, kemudian goreng sehingga kekuningan.
4. Taburkan gula halus di atas coklat yang telah siap digoreng.

Siap! Jom cuba! d=(´▽`)

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


3 comments:

  1. x nk buat tp akk hntr ke sini bleh? ;-)

    ReplyDelete
  2. ooo drama manis tu ada bagi resepi ye Nora, kak ana tengok gitu2 je sebab suka tgk siti saleha yang cun tu hehe..:)

    ReplyDelete
  3. mars ni makan gitu pun dah sedap... mmg tak sempat nak deep fry... huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...