Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, August 12, 2014

#Manis: Eggless Mango Cake

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 16 Syawal, 

Siapa tonton drama #Manis di Maya HD? Not bad la drama tu... selain drama tu sendiri, saya sangat tertarik dengan resepi-resepi pencuci mulut yang disediakan di setiap episod... Memang sangat interesting! Selama ni saya cuma sempat rekod drama-drama ni dan akan menontonnya semula apabila saya ada masa lapang. Ini adalah resepi dari episod kedua... Saya salin, siapa rajin boleh cuba! :p 

Gambar saya ambil dari aplikasi Chef Astro...
 
Bahan-bahan:
2 biji mangga manis
2/3 cawan gula kastor
1/3 cawan minyak jagung
1 sudu teh serbuk buah pelaga
2 sudu teh esen vanila
1½ cawan tepung serbaguna
2 sudu teh tepung penaik
½ sudu teh garam

Cara-caranya:
1. Kisarkan mangga manis dan masukkan dalam bekas adun dan masukkan gula kastor. Kacau sebati.

2. Masukkan minyak jagung dan serbuk buah pelaga. Kacau rata.

3. Masukkan esen vanila serta tepung serbaguna, tepung penaik dan garam. Kacau sehingga mesra.

4. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 180 C.

5. Setelah masak, keluarkan dari bekas dan taburkan gula halus di permukaan kek.

Siap...! Selamat mencuba!

Nota kaki: Saya pun belum cuba lagi resepi ni... 'parking' je dulu resepi dalam ni... Nanti-nanti saya nak cuba...

Anda boleh download aplikasi Chef Astro di Play Store atau Google Play, jika ingin mendapatkan resepi-resepi dari rancangan masakan yang terdapat di Astro, termasuk dari drama #Manis ni.
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


3 comments:

  1. Rsipi dah ada...JM ni tak rajin sgt buat2 kek nih..untung lah suani Nora :-)

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok pula cerita tu
    nanti nampak cam sedap
    kalau saya pun minta maap ler
    tak akan di cuba juga...hehe
    dasar pemales

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...