Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, August 12, 2014

Kisah Raya Kami...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 16 Syawal,

OK sila jangan gelak... dah 16 Syawal baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya... Hahaha... Saya yang duduk depan laptop ni pun tersengih-sengih je... Apa nak buat... sejak kebelakangan ni mood menulis blog entah ke mana... Sabar je la...

Tahun ni encik hubby saya kerja... Maka, sambutan raya pun gitu-gitu je la... Awalnya saya sangka kami hanya beraya di Melaka... Sebab encik hubby tak inform apa-apa... Tapi last minute encik hubby kata, kami akan sambut raya pertama di Gombak... So, kami dah ada di Gombak pada Ramadan ke-27... sampailah raya yang pertama.

Kakitangan tak cukup, hanya ada saya dan kakak sulung saya... So, juadah yang saya masak pada hari raya adalah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Impit dan Lontong je. Nasi Tomato tu memang encik hubby dah request beberapa hari sebelum raya lagi... Kalau cukup kakitangan, mesti penuh meja makan... hehehe

Baru perasan gambar nasi tomato tak de dalam gambar ni... :p
Kuah kacang tu Mak Lang saya yang masakkan, memang setiap tahun pun kami minta tolong Mak Lang yang masakkan... Hehehe saya masih "belum lulus" masak kuah kacang ni... kena praktis lagi... 

Ok itu tentang juadah raya... Baju raya kami?! Tahun lepas warna carca marbakan...!! Tahun ni kami pilih warna hijau untuk raya pertama kami... Alhamdulillah sekata la sikit warnanya... ;p

Raya tahun 2013
Raya tahun 2014
 Alisya nak baju ala cerita Frozen... Baju Alisya ni la yang paling susah nak cari... last minute baru jumpa... mujur jumpa dan ikut tema... (^_^)


Kemain susah nak suruh ambil
gambar berdua...
Masukkan satu gambar AF dengan Pak Anjang...
Alisya kepenatan beraya sampai tertidur...

Raya pertama tu kami hanya sempat ke rumah Acik di Sentul dan kemudian di rumah Pak Lang/Mak Lang di Puchong... Lepas tu encik hubby jumpa kawannya di Shah Alam...  Kemudian terus balik ke rumah... Sebab esoknya kami dah kena bertolak ke Melaka... 

Kami sempat juga ke rumah jiran depan rumah kami di Gombak... Nanti saya cerita kemudian... Macam tu je la cerita raya kami... sebab tu lambat nak publish entri raya ni...
 
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


13 comments:

  1. selamat hari raya nora dan family

    ReplyDelete
  2. amboiii ank dara tu kepenatan sgt la yek...tlg mengemas ke kak? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu la anies... penat berjalan raya... hehehe

      Delete
  3. besar betul pengaruh frozen . tercari2 gak nasi tomato tu . nasib baik tuan umah perasan ... heeee

    ReplyDelete
  4. haha, samalah kita.
    hegeh2 nak apdet kisah raya
    penat nak karang dan igt balik apa yg kita buat

    ReplyDelete
  5. takpa biar lambat janji cerita kat blog hihihi.. kt pun sama jer.. kerja bz tu yg x sempat nak hupdet huhuhu ... cantiklah tema ni hijau emerald jer...

    ReplyDelete
  6. Selamat hr raya dr sy ... Cantik tema hijab tu :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Nora :-) sorry lambat wisy tapi masih dalam bulan syawal kira masih bole hdi terima lah kan heee

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya kak nora...
    belum lambat lgi kan nak wish =)
    wah cantik anak dara pakai baju gitu, sampai tertido

    ReplyDelete
  9. Selamat hariraya...
    Raya lagi??? masih...
    Hari ni lastday Syawal hik..hik..hiks...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...