Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, August 13, 2014

Rawatan Muka Murah dan Mudah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 17 Syawal,

Sejak buat facial treatment hari tu, saya memang rasakan betapa pentingnya menjaga muka. Lebih-lebih lagi umur pun dah semakin meningkat. Dulu tak pernah kisah pun pasal penjagaan muka.

Nak buat treatment setiap kali pun perlukan kos yang agak tinggi, maka jalan jimat adalah dengan melakukan sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih murah. yang penting ikut masa kita sendiri. Ok jom saya kongsikan info yang saya baca dalam Majalah Rapi.

Kulit sensitif: Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif macam saya, bolehlah cuba rawatan ini yang hanya menggunakan lobak merah dan madu. Saya buat seminggu sekali (bila rajin) :p. Bila tak rajin sangat, saya buat dua minggu sekali.

Mudah je, parut dua batang lobak merah (kalau air dari lobak merah tu terlalu banyak, perahkan sedikit) dan campurkan dengan tiga sudu madu. Jadikan seperti masker. Letakkan di seluruh muka dan biarkan selama 10 ke 15 minit, atau sehingga agak kering. Bilas dengan air. Siap! Kulit muka akan terasa lebih segar.

Kulit kering: Mereka yang mempunyai kulit muka yang kering, boleh rebuskan kentang bersaiz kecil atau sederhana, kemudian lenyekkan. Campurkan dua sudu besar dadih asli dan gaul sebati. Kemudian letakkan campuran tadi di muka. Biarkan selama 10-15 minit dan terus bilas. Siap!

Kulit berminyak: Untuk kulit muka yang berminyak pula, boleh cuba hiriskan sebiji tomato (menjadi kepingan) dan kulit lemon. Kemudian titiskan sediikit jus lemon pada setiap kepingan tomato dan kulit lemon tadi. Susunkan berselang seli kepingan tomato dan kulit lemon tadi pada muka. Biarkan selama 15 minit, kemudian bolehlah dibilas. Siap!  

So, kawan-kawan boleh la cuba mana-mana satu rawatan ni (ikut jenis kulit muka). Sekali sekala manjakan kulit tak salahkan?! Jangan jadi macam saya dulu, semuanya sebab salah pilih produk. Padahal, bahan semulajadi lebih selamat untuk kita... (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


18 comments:

  1. kalau gi saloon nak rawat muka ni,mmg mahal,lebih lagi dah usia makin naik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sue... saya hari tu pun beratus2 juga kena... huhu

      Delete
  2. Replies
    1. Ha ah kan!! Mudah je... jom buat sendiri... .heheh

      Delete
  3. Replies
    1. Kan lia... tp saya ni sokmo tak rajin... kalau betul2 rajin baru buat... hehehe

      Delete
  4. Assalam Nora ke Kak Nora...ahahaha..JM nk perasan muda lah tue hik
    Lamanya JM tak singgah sini kan...aha..tips yg Nora kongsi ni bagus jugak sbb kwn kat opis tu kulit dia mmg cantik dan bersih bila di tanya dia ckp guna ni lah..tomato, carrot...lepas ni JM nk try jgk lah...nak nampak cantik macam Nora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam JM... umur saya thn ni 34 thn.. haha panggila la nak panggil apa pun... hahaha kulit muka saya pun masih bermasalah lagi JM.. sbb tu kena rajin skit buat sendiri di rumah... :p

      Delete
  5. Memang mudah... kebanyakan boleh dapat kat dapur..cuma nak rajin dan konsisten ajer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul tu bunda... nak konsisten tu yg payah sikit. . Hahaha

      Delete
  6. boleh try ni...takde chemical..memang mudah n murah..

    ReplyDelete
  7. saya tak tahu kentang pun boleh buat rawatan muka
    saya suka makan kentang..hehe

    ReplyDelete
  8. Guna bahan semulajadi ni memang bagus kan Nora,cuma pastikan kulit kita tidak ada alahan sebelum menggunakannya.. nice sharing..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...