Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, July 29, 2015

Jepun: Hujan Hari Kelima

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam encik hubby ada bercerita tentang apa yang sangat dirindui ketika kami di Jepun. Katanya " rindu waktu hujan di Jepun". Eh betullah... Pada hari kelima kami di Jepun (5 Jun 2015), hujan sepanjang hari tau... Renyai... Lebat... Berangin... Tapi kami still meneruskan misi berjalan-jalan walaupun hujan.

Gambar kredit pada tuan punya phone yang depan sekali, Nora jugak namanya... Tapi ni Nora Rocky.
Saya Nora Jijah dan ada seorang lagi Nora kelas kami dipanggil Nora Paupu.
Hahaha... Ramai sangat Nora, sampai kena buat nama panggilan lain... 
Eh, Faris dan Alisya tak nampak dalam gambar ni...
Saya pun rasa waktu hujan di Jepun tu adalah moment yang sangat best. Nak tahu tak kenapa? Sangatlah kagum saya tengok orang Jepun berhadapan dengan hujan. Kalau di Malaysiakan, waktu hujan kita akan dapat melihat kebanyakkan daripada kita akan berteduh di bawah bangunan, bus stop atau di mana-mana saja yang kita rasa sesuai untuk berteduh. Kita jarang nampak orang berjalan ketika hujan.

Tapikan, di Jepun... Mereka tak berteduh pun di mana-mana. Mereka teruskan berjalan seolah-olah, hujan tu tak boleh nak hentikan kegiatan harian mereka. Hujan tu bukan satu masalah pun pada mereka! 

Kalau laluan tu ada bumbung, mereka pegang payung di tangan kanan/kiri. Bila tiba di kawasan tidak berbumbung, mereka terus buka payung sambil berjalan. Rileks je tengok. Bila mereka buka payung tu satu-satu,  nampak cantik je situasi tu... (macam dah diajar pula, buka payung dalam turutan). Sayang pula tak ambil video... Kalau ada video, mesti anda pun kagum tengok situasi tu. Leka saya melihat mereka berjalan, walau hari hujan...

Di Jepun, baik lelaki mahupun perempuan, semua akan bawa payung/baju hujan sendiri. Kalau yang tak bawa payung/baju hujan, mereka tetap berjalan seperti biasa... Kiranya, dalam cuaca hujan mereka, sama je macam suasana hari cerah. Mana-mana jalan/laluan sibuk dengan orang. (sebab kebanyakkan orang Jepun, berjalan kaki)

Lagi satu yang menarik ketika hari hujan, semua tempat membeli belah atau mana-mana premis yang dikunjungi orang ramai akan menyediakan alat ini, di hadapan premis mereka.

Apa ni? Alat ini fungsinya untuk "membungkus" payung yang dibawa pelanggan, agar air hujan pada payung tu tak menitis dalam kawasan premis, yang akan menyebabkan lantai kedai berair dan kotor bila dipijak. 

Dalam masa yang sama, kita tak perlu tinggalkan payung di dalam pasu atau bekas yang disediakan pemilik premis (biasanya di Malaysia ada macam pasu/bekas disediakan kalau hujan). So, tak de lah masalah payung hilang atau tersalah ambil payung orang lainkan?! Sebabnya kita pegang sendiri payung kita.

Di Jepun kalau ada pun tempat untuk ditinggalkan payung... Macam ni la rupanya... 
Sistematik, tersusun, kemas...
Macam mana nak guna alat untuk "bungkus" payung tu? Ok yang ni saya ada videonya... 

video

Prihatin dan kreatifnya orang Jepun ni, sampai benda-benda kecil pun mereka fikir. Kalau hari hujan, mana-mana pemilik kedai yang memang menyediakan paper bag dalam urusan jual beli, mereka akan bungkus dengan plastik agar barang yang dibeli tak basah dan paper bag yang diberi tak koyak. Memang tak terfikirkan?!

Ramai juga rakan-rakan encik hubby yang pesan
T-shirt dari Hard Rock Cafe, Osaka ni... 10,000 yen lebih habis!
Nasib baik yen, kalau 10,000 ringgit... Pengsan!

Inilah antara pengalaman yang dirindui dan keseronokkan berjalan di sekitar Osaka, Jepun dalam keadaan hujan... Cukup dulu entri ini... nanti saya sambung lagi. 


Nota kaki: Apa yang orang Jepun bawa dalam beg mereka? Apa lagi benda kecil yang orang Jepun buat... yang kita sendiri tak terfikir! InsyaAllah nanti saya sambung. Tunggu ya...! (^_^)

22 comments:

  1. tak oernah sampai Jepun lagi, in shaa Allah satu hari nanti :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... insyaAllah lia akan smpi... amin.. amin...

      Delete
  2. Tersangat sangat setuju..tringat masa g okinawa dulu...mcam best je dpt jalan2 tgh hujan smbil pgg payung putih...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Hahaha payung putih tu saya siap beli n bawa blk buat kenangan.. .hahahah

      Delete
  3. teringin pegi kesana. moga tercapai impian tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... amin... insyaAllah sampai... :)

      Delete
  4. bestnye...walau dalam hujan, selesa nak shopping...mmg kreatif dorg nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... sampai kita pun rasa enjoy je shopping time hujan.. hahahha

      Delete
  5. bagus betul kan diorang ni..banyak benda boleh belajar dr orang2 jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... memang banyak benda boleh belajar dari mereka...

      Delete
  6. Org Jepun ni mmg terkenal dengan disiplin yg tinggi kan... Kalau yang Islamnya, masuk je waktu.. mereka dah memenuhi ruang solat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... mmg betul la tuh... mmg kuat betul disiplinnya...

      Delete
  7. wah.. uniknya alat pembungkus payung tu... best!
    very creative!

    ReplyDelete
  8. dia org bfikiran jauh k blakang..kdg mde nmpk simple tp mbawa byk kbaikan..suka tgk ngara dia org...sgala hal konsisten je nmpk.. & bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka advance beberapa thn dr kita... byk kita kena belajar dgn mereka... ;)

      Delete
  9. kebanyakan ceritayang saya baca pasal jepun ni,semuanya bagus..tapi tak pernah sampai ke jepun lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best la Jepun AA... moga ada rezeki ke sana... seronok!

      Delete
  10. sbb tu dulu wujudnya DASAR PANDANG KE TIMUR... dan sy kira ini salah satunya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...