Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, July 14, 2015

Kad Raya Ala Tradisi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sedar tak sedar kita dah pun di penghujung Ramadan. Sedih pula rasa... Tapi memang tak dapat dinafikan, masa semakin cepat berlalu dalam sedar tak sedar. Moga Allah bimbing saya, awak, awak dan awak agar tidak terpesong dari landasan iman. Amin...

Lama dah saya tak terima kad raya, saya yakin kebanyakkan dari kita pun jarang menerima kad raya sejak teknologi mengambil alih. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada Yana Yani sebab sudi mengirimkan kad raya pada saya tahun ni. Dalam sayup-sayup saya berblog, masih juga Yana ingat pada saya. Terima kasih banyak-banyak ye Yana. Moga Allah kuatkan ikatan persahabatan kita sampai ke Jannah. Amin...

Disebabkan saya dapat kad raya dari Yana tu la, anak-anak merengek nak bagi kad raya dekat BFF mereka. Saya pun layankan je lah... Maklumlah, nanti anak-anak tak merasa pula nak bagi kad raya kan?! Bukannya nak bagi satu kelas pun kan... Bila saya tanya Alisya nak bagi kad raya pada siapa, terus dia jawab Nur dan Izz.

Disebabkan Alisya belum pandai tulis, saya pun pegangkanlah pen. Bila tanya nak tulis apa? Dia cuma jawab apa-apa je lah mama. So, oklah... ada juga pengalaman bagi kad raya pada kawan sekolah tadika. Hahahaha...

Alisya (tengah), tak nampak macam budak 5 tahun ja...
Muka nampak matang pula... Haih!

Tak lama lepas hantar Alisya ke sekolah pagi tu, Cikgu Alisya hantar gambar ni pada saya. Katanya "terima kasih bagi kad raya pada Nur dan Izz." Hehehe... Comel je nampak anak-anak ni...

Faris pun excited  tulis kad raya untuk kawannya, Adam dan Afiq. Tapi sayang saya tak sempat ambil gambar... Sibuk membakar biskut Arab... tapi saya sempat tengok apa yang ditulis dan dilukis dalam kad raya tu... Lepas tu tak sabar-sabar nak pergi sekolah. (^_^) Alhamdulillah, anak-anak rasa puas dan seronok dapat beri kad raya pada kawan-kawan.


Nota kaki: Elok juga kalau kita perkenalkan pemberian kad raya ala tradisi ni pada anak-anak... tengok macam kawan-kawan Alisya tu... bukan main seronok dapat kat raya kan?! Eh, sama je macam saya... masa Yana minta alamat nak kirim kad raya, excited tak ingat saya... Hahaha... Setuju tak kalau saya kata pemberikan kad raya ni salah satu terapi emosi? Ha cer fikir... :p

7 comments:

  1. salam... xterfikir pn nak ajar anak bagi kad raya. pas ni kena ajarlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam... kan? saya pun dah hujung2 Ramadan ni baru teringat, "why not ajar anak2 bagi kad pada kawan-kawan..." hehehe

      Delete
  2. menarik idea ni..kalau tak dikenalkan dgn kad raya, memang anak2 tak akan tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Kalau tak ajar cara tradisi ni.. gamaknya mmg dorang takkan tahu...

      Delete
  3. saya ada masukkan cara nak buat kad raya dalam lesson kat kelas..
    suruh budak buat..tapi kena tulis dlm bi..huhu

    ReplyDelete
  4. harap2 budaya sebegini dapat diteruskan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...