Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, July 03, 2015

Alhamdulillah Nampaknya Menjadi!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Apa yang menjadi? Hehe... Sebenarnya saya cuba tanam serai, daun kunyit, daun kari, daun sup dan daun bawang dalam pasu-pasu/bekas-bekas kosong di rumah arwah mak ayah saya ni. Maklumlah dulu di rumah sewa saya ada tanah... boleh la tanam macam-macam. Dulu di rumah sewa saya tanam limau kasturi, cili padi, daun kari (yang merimbun) dan daun pandan.

Saya sebenarnya berharap juga agar pokok-pokok ni boleh hidup memandangkan, saya selalu masak. Kalau setakat nak buat sup ke rendang ke kari ke... tak perlulah sampai pergi kedaikan... kadang tu nak pakai sikit je pun... kalau pi kedai kena beli segenggam... pastu simpan dalam peti sejuk sampai layu... Membazir je...

Er... sambil-sambil tu menyahut saranan kerajaan juga agar tanam sendiri, untuk penjimatan kos (tangan kat bahu, mata ke atas). Kan best kalau ada tanah, boleh tanam sawi, kangkung... atau pendek kata buat kebun kecil kat rumah... Haih, stress fikir!!

Saya "mengerjakan" pasu-pasu kosong tu 2 hari lepas. Tak sangka hari ni daun sup dan serai hidup... (mesti orang kata, poyonya la... serai dengan daun sup je pun... orang kata serai senang hidup). Saya ni bukan jenis "tangan sejuk" (bukan jenis tanam apa pun menjadi). Dulu masa kat Melaka pun beberapa kali tanam baru menjadi... sebelum-sebelum tu banyak juga yang mati. So kalau orang kata senang pun, pada saya satu cabaran juga... 

Meh la tengok serai dan daun sup saya... yang dah mula tumbuh pada hari ketiga.

Serai
Daun sup

Daun kari, daun bawang dan daun kunyit setakat ni belum nampak apa-apa perubahan. Kakak ipar saya pernah cakap... daun kari kalau nak kasi dia hidup, potong dan biarkan ia bertunas semula. Itu la yang saya buat dulu masa di Melaka... lepas tu kemain merimbun... :p Tengok la dalam seminggu ni. Kalau tak berapa nak hidup daun kari tu baru saya potong...

Daun kari

Sejak saya tanam pokok-pokok ni, Alisya la yang rajin siramkan... Sebelum dia pergi sekolah, dia akan siram pokok-pokok ni... harap-harap menjadi la tanaman-tanaman ni... asal tak perlu pergi kedai. :P

Jom sahut seruan kerajaan...! Ayuh tanam pokok yang kita biasa makan. :P

14 comments:

  1. Saya tanam pokok manggis kemain jaga lagi mula2 menjadi.. lepas kene kencing kucing terus mati pokok tu..tension je rasa lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul2... kucing kalau kencing kat tanaman kita mmg mati la tanaman tu... mmg frust dibuatnya!

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah anies... boleh la takat nak pakai utk masak sikit2 kan... :)

      Delete
  3. Inisiatif yang bijak! Lebih segar & jimat :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun tangan tak hijau. Asal tanam apa sekalipun, mesti layu. Kalau tidak pun, tak hidup subur. Sedih sungguh. Cukup cemburu tengok orang yang tanam apa pun menjadi...

    Yalah zaman ekonomi macam sekarang ni kena berjimat mana dapat. Dah disarankan supaya bercucuk tanam tu, selitlah mana dapat tanaman untuk kegunaan sendiri.

    ReplyDelete
  5. berbudi pada tanah..mesti dapat hasilnya!

    ReplyDelete
  6. tangan ke atas bahu tu kelakar

    daun sup! bestnya tak payah beli! sebab sy selalu beli terbanyak pastu nak masak lagi dah layu dan x segar.. so kena beli lg..membazir sket

    ReplyDelete
  7. tak payah beli dah lps ni..kat rmah ni mmg wajib pokok2 tu semua ada

    ReplyDelete
  8. rajin bertanam herba dapur bagus tu...jimat belanja.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah berhasil tanaman.. Saya juga menanam di rumah dan ia satu kepuasan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...