Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, July 23, 2015

Jepun : Kaiyukan Aquarium, Osaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Aduhai ada yang bertanya bila saya nak bercerita tentang tempat-tempat yang kami lawati sepanjang di Osaka, Jepun. Sejujurnya saya tak tahu macam mana nak tulis entri yang berkaitan dengan travel, sebab itu bukan niche blog saya.

Lainlah blog Jari Manis atau Eiyta, yang sememangnya blog berniche travel. Tapi nampak gayanya saya kena juga cuba menulis entri sebegini. Sebab banyak juga entri berkaitan travel yang saya tak publish. Mana-mana yang terkurang tu saya minta maaf la yea...

Jarang-jarang dapat bergambar satu famili macam ni...
Tiket masuknya pun cantik... dah selamat disimpan dalam photo album
buat kenang-kenangan... ;-)

Tempat pertama yang kami lawati di Osaka adalah Kaiyukan Aquarium. Apa yang ada di Kaiyukan Aquarium adalah lebih kurang seperti di Aquaria, KLCC. Cuma apa yang saya dapat lihat, ikan-ikan yang ada di Kaiyukan Aquarium ini, nampak sangat sihat, besar dan tidak seperti "dalam kurungan". Ikan-ikannya nampak sangat selesa dan bebas berenang dalam akuarium yang juga sangat-sangat besar.

Bermula dari tingkat 8 dan menuruni setiap tingkat, pelawat akan dapat melihat sendiri pelbagai spesis ikan yang terdapat dalam bangunan ini.

Bayangkan ikan-ikan ini berenang dengan bebas dari tingkat 8 ke tingkat 1! Memang puas tengok. Sebab kita akan dapat lihat ikan-ikan ini dari pelbagai sisi. Atas, bawah, kiri, kanan.

Punyalah besar! Punyalah penat berjalan! Tapi memang seronok. Bukan Faris dan Alisya je seronok... Kita orang yang dah "tua" ni pun seronok dan teruja tengok pelbagai spesis ikan tu.

Kat sini pun ada tunnel macam dekat Aquaria, KLCC.

Tapikan sebenarnya bukan ada ikan je... Ada banyak lagi spesis lain yang terdapat di sini seperti penguin, obor-obor, ketam, udang, sotong, singa laut, capybara, penyu, memerang... eh banyak lagilah!

Penyu...
Penguin pun ada tau... comel pulak tu... siap ada 'snow' turun lagi...

Ikan bilis Jepun: sebesar ibu jari... ikan bilis kita
besar jari kelingking ja...
Giant Spider Crab... Faris dengan Alisya banyak kali tanya,
"dia hidup ke mati?" sebab memang tak bergerak-gerak
sampai ke sudah...
Subhanallah... Cantik betul obor-obor ni...
Di tingkat 1, boleh lihat pelbagai spesis dan bentuk obor-obor.

Di tingkat bawah (tingkat 1), ada satu bahagian yang mana para pelawat boleh menyentuh beberapa jenis ikan yang diletakkan di dalam kolam kecil. Salah satu ikan yang boleh di sentuh adalah ikan pari.


Tak sangka Faris dan Alisya berebut-rebut nak sentuh ikan pari tu. Saya mula-mula takut juga, tapi bila fikir anak-anak pun sentuh, takkan mama tak sentuhkan. So,  boleh la saya cerita tekstur badan ikan pari tu. Badan ikan pari sama seperti agar-agar! Atau bak kata Faris, "badan dia macam jelly!" (^_^)


Ikan yang satu lagi ni tak tau la namanya apa... tapi ikan ni bila disentuh badannya, sama macam kertas pasir... Serius memang macam kertas pasir, walaupun saya kuis-kuis untuk hilangkan "pasir" pada badannya, tapi tak boleh... Memang badannya begitu.

Yang satu licin macam agar-agar, yang satu lagi macam kertas pasir, Walaupun habitat keduanya di dalam air. Ajaibnya ciptaan Allah kan?! So, pendek kata, kalau anda ke Osaka, rugilah tak singgah di Kaiyukan Aquarium ni. Seronok tau!

Ok sedikit info untuk mereka yang ingin berkunjung ke Kaiyukan Aquarium, Osaka. Kami menaiki train dari Namba, station Nagahoribashi, dan tukar di station Sakaisuji Hommachi dan kemudian ke station Osakako. Dengan tiket train dewasa 280 yen dan kanak-kanak 140 yen. Kanak-kanak bawah 5 tahun naik train free...

Tiket masuk ke Kaiyukan Aquarium:
Dewasa (16 - 59 tahun) - 2,300 yen
Dewasa (60 tahun ke atas) - 2,000 yen
Kanak-kanak (7 - 15 tahun) - 1,200 yen
Kanak-kanak (4 - 6 tahun) - 600 yen
Bawah 3 tahun - Percuma

Alamat & Telefon:
1-1-10 Kaigandori, Minato-ku, Osaka City 552-0022 Japan
Tel: +81-6-6576-5501
Fax: +81-6-6576-5510

Untuk info lanjut boleh klik http://www.kaiyukan.com/language/eng/ticket.html

25 comments:

  1. eeemmm...bestnya..jalan2 tmpat org ni, dapat tenangkan minda dan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... memang tenang rasa bila di tempat org... :D

      Delete
  2. publish je madam entry travel tu.. walaupun dlm malaysia. ramai yg search di google. hoho!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! tapi tu la... tulis 2-3 perenggan... lepas tu blur... hahahhah

      Delete
  3. Saya sendiri tak pernah sentuh ikan pari walau anak2 selalu teruja sentuh ikan dalam kolam mcm tu... ish, rasa rugi pula bila baca entry NK ni...
    Pengalaman yang menarik, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kalau ikutkan tak nak sentuh... (sbb pernah terbaca beberapa cerita tentang bahaya ikan pari ni..) tapi bila tengok Faris dengan Alisya yang excited sentuh ikan, saya pun try la... takut2 berani juga... hahaha

      Delete
  4. menariknya tempat ni..memang besar la kalau dah sampai 8 tingkat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar mamabard... kami pun jalan duduk... jalan duduk... jalan duduk... hahahaha

      Delete
  5. Menarik! Bolehlah melawat Kaiyukan pasni hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! Best... kalau pi jepun wajib singgah sini

      Delete
  6. berani lah pegang ikan.. saya takut.. huhu

    ReplyDelete
  7. Ikan yang kesat kulitnya tu spesis shark tu.... saya pernah pegang ikan pari... tapi kat Langkawi... mmg lembutttt kulitnya... dlm mulutnya pun lembut. Ikan pari tak ada gigi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah tiba2 gerun baca spesis shark... kita kemain la pegang aritu... ikan pari tu kira mmg ekornya la yg bahaya... kan?!

      Delete
  8. bestnya jalan2 negara Jepun..8 tingkat? Fuhh mmg puas ikan2 tu..kita mcm berjln dalam laut la gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha itu la pasal aniey... punya besar tempat ni....

      Delete
  9. Wah! seronoknya berjalan jauh yea kalian...Salam lebaran dari Bunda..

    ReplyDelete
  10. Bestnya.. teringin juga nak visit jepun one fine day nant!
    Inshaa Allah

    ReplyDelete
  11. bestnyer dpt pergi jln2 kat sana..

    ReplyDelete
  12. ni mesti lagi best dari aquaria... siap ada penguin lagi tuuuuu.... ada nyanyi lagu ni tak? " who lets the dog's out? uh uh uh..."

    ReplyDelete
  13. Teringin nak Osaka. Berapa ya agak2 spend kat sana?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...