Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, July 02, 2015

Ketuk-ketuk Ramadan: Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih berhutang cerita di Jepun... Tak pe nanti-nanti saya publish. La ni bulan-bulan puasa memang seronok tengok Ketuk-ketuk Ramadan. Moh kita share resepi. 

Saya belum try lagi... Tapi nampak sedap dan mudah. Hehehe gambar dicapture dari tv... Boleh la sementara nak tunggu masak sendiri nanti...

Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak

Bahan-bahannya:

Ikan cencaru
Tempoyak
Cili merah - dikisar
Cili api - dikisar
Bunga kantan - dihiris nipis
Garam dan gula - secukup rasa

Cara-caranya:

1. Ikan cencaru di belah belakang dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.

2. Gaul sebati tempoyak, cili yang telah dikisar, bunga kantan, garam dan gula. Setelah sebati, sumbatkan di belakang ikan cencaru.

3. Goreng dalam frying pan dengan sedikit minyak (tak perlu banyak minyak, supaya tempoyak tak terkeluar). Goreng sehingga ikan masak. Siap!

Senangkan?! Jom cuba... (^_^)

8 comments:

  1. Nora, semalam kakak saya buat ni... lepas menonton rancangan ketuk2 ramadan tulah... kebetulan semua bahan2 ada dlm petiais...

    ReplyDelete
  2. ikan cencaru sumbat ni mmg kegemaran saya, sejak ramadan ni dah 2 kali buat.. lain kali nk try versi letak tempoyak pulak, nampak menarik ni, lain drp biasa

    ReplyDelete
  3. sedap ni.. blh dicuba sbb skrg memang masak utk berbuka.. heheheh

    ReplyDelete
  4. Hai, mimin blogwalking di sini. ExchangeFeedGroup ada menganjurkan GIVEAWAY MEGA RAYA dengan hadiah bernilao RM3,100. jum laa join. Boleh buat duit raya ! http://miminadam.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015.html?m=0

    Good luck !

    ReplyDelete
  5. kalau tempoyak tu tukar dengan benda lain boleh ke ye?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...