Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, July 02, 2015

Ketuk-ketuk Ramadan: Ayam Dalca

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Resepi ni pun nampak sedap! Resepi dikongsikan oleh Siti Elizad (eh tetiba teringat pula drama Dia... Isteri Luar Biasa yang Elizad berlakon jadi isteri yang kuat membebel... :p )

Gambar dicapture dari skrin tv... :p

Bahan-bahannya:

Ayam
Kacang dhal - direbus
Cili kering - dikisar
Bawang besar - dikisar
Bawang putih - dikisar
Serbuk kari ayam
Bunga cengkih 
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Kicap lemak manis
Cili padi 
Santan
Air
Garam - secukup rasa
Minyak - untuk menumis

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak sehingga agak garing.

3. Masukkan ayam, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis. Gaul sebati sehingga ayam empuk.

4. Perasakan dengan garam dan masukkan sedikit kicap lemak manis.

5. Masukkan santan, kacang dhal dan cili padi. Kacau sehingga semuanya mesra. Siap!

Nampak sedap! Jom try... (^_^)

8 comments:

  1. nak berbuka dgn lauk ni juga ke kak? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la anis... kiv dulu... resepi ltk dlm blog dulu... nanti ada bahan baru buat... hehehe

      Delete
  2. minat kat dia.. manis.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak berapa kenal pun siti elizad ni... tapi dia memang nampak sweet je dalam Ketuk-ketuk Ramadan... tak la macam watak yg dia bawa tu...

      Delete
  3. sedap gak ayam dalca ni, selain dari daging kan Nora :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal... nmpk sedap.. saya pun jarang mkn daging...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...