Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Thursday, August 21, 2014

Meraikan Rakan-rakan Arwah Ayah dan Mak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 25 Syawal,

Jiran-jiran saya di Gombak adalah rakan-rakan arwah ayah dan mak saya... yang rata-ratanya dah tak berapa sihat... Teringat dulu masa arwah ayah menghembuskan nafas terakhir lewat malam, pakcik Zali, pakcik Rahim, pakcik Halim, pakcik Sujono, pakcik Omar, arwah pakcik Mat datang menguruskan jenazah arwah ayah... 

Merekalah yang telefonkan ambulan, carikan doktor, bila disahkan ayah meninggal, merekalah yang memberitahu apa yang patut kami adik-beradik buat... Dari report kematian di balai, dapatkan permit untuk kebumikan jenazah... menguruskan jenazah... Semuanya, sehinggalah ke pagi dan kemudian menguruskan tahlil malam pertama pemergian arwah ayah. Besarnya jasa mereka, rakan-rakan arwah ayah yang juga jiran-jiran saya sekarang. 

Kami adik-beradik tak dapat nak balas semua jasa mereka... namun, apa yang kami mampu kami akan buat... Jika ada jemputan kenduri dari rakan-rakan arwah ayah dan mak, InsyaAllah kami akan penuhi... Kalau saya ada masak lebih, saya akan panjangkan rezeki hari tu kepada mereka... Jika ada antara mereka yang sakit, maka kami akan ziarah...

Saya diberitahu oleh kakak saya yang jiran depan rumah saya, pakcik Sujono tak sihat... beberapa hari sebelum raya saya dapat berbual panjang dengan isterinya, makcik Mah. Seronok juga sekali sekala bertanyakan khabar.

Cerita Pagi Raya

Pagi raya hari tu, abang saya ajak encik hubby ziarah pakcik Sujono... Saya cakap pada abang saya, tunggu sekejap saya nak bungkuskan apa yang kami masak... Mula-mula abang saya dengan encik hubby cakap tak payah la... tapi saya kata tak pe la... bagi sikit... terus saya bungkuskan.

Tengah hari tu saya, kakak dan adik serta AF pula pergi ziarah pakcik Sujono... Sebab pakcik Sujono pesan pada abang dan encik hubby saya supaya kami datang ziarah.

Kami pun borak la dengan pakcik Sujono... Rasa lega bila tengok pakcik Sujono nampak kuat dan semakin sihat... Antara apa yang menyentuh hati saya, bila pakcik Sujono kata dia berhajat sangat nak makan kuah kacang. Katanya, bila isteri dan anaknya masak, kuah kacang tu tak menjadi... Lepas tu anaknya cakap, "tak pe la ayah... mungkin nanti adalah orang hantar kuah kacang. InsyaAllah ada rezeki ayah."

"Tup... Tup... Sampai kuah kacang tu... Apa lagi terus la pakcik makan! Tu la pakcik makan dulu tadi..." kata pakcik Sujono... Saya yang duduk berdepan dengannya rasa nak menitik air mata... Terus saya bangun dan buat-buat panggil anak-anak saya... (Ai lately memang hati tisu... huhu)

Allah gerakkan hati saya untuk bungkuskan kuah kacang yang Mak Lang saya buat... Walaupun abang dan encik hubby saya tak nak bawa apa-apa ke rumah pakcik Sujono pagi tu... Saya tetap bungkuskan dan paksa mereka tunggu. Alhamdulillah ada rezeki pakcik Sujono nak makan kuah kacang... Agaknya betullah... Apa yang kita tergerak nak buat... semuanya bersebab dan dengan izin Allah...

Saya doakan agar pakcik Sujono segera sembuh... Katanya, rindu nak ke surau... dah lebih 4 bulan tak ke surau sejak jatuh sakit... Pakcik Sujono juga adalah salah seorang saksi masa saya diakad nikahkan 8 tahun lalu...

Nota kaki: Salah satu amalan yang boleh kita lakukan jika ayah dan mak telah meninggal dunia, adalah ziarah dan menggembirakan hati rakan-rakan mereka... 

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


6 comments:

  1. Alhamdulillah.. pasti raka arwah ni seronok bila diziarahi oleh anak2 sahabatnya. Betul jugakan.. kita jangan terputus hubungan bila ada kematian.. mmg patut diadakan ziarah menziarahi selalu untuk sahabat handai dan saudara.

    ReplyDelete
  2. memanjangkan silatulrahim dengan rakan2 arwah ibu/ayah juga adalah sebahagian dari ibadah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, rezeki kuah kacang buat pak cik Sujono... Moga pakcik sujono cepat2 sihat...
    Orang tua ni mmg suka bila kita ziarah mereka... Masa arwah ayah meninggal dulu, ramai saudara yg pesan supaya rajin2 ziarah mereka (saudara sebelah ayah) walau ayah sudah tiada... Boleh nampak betapa bahagia dan gembiranya mereka bila kami ziarah mereka dan mereka terus ulang benda yg sama - ziarahlah mereka selalu.
    Masa tulis komen ni pun dah rasa tak sabar nak balik M'sia dan ziarah mereka lagi...

    ReplyDelete
  4. Alhmdlh... dpt pakcik Sujono rasa kuah kacang...

    berbakti & gembirakan kepada kawan2 mak-ayah & org tua juga besar makna kepada mereka...

    ReplyDelete
  5. sedih pula baca cerita ni
    hopefully pakcik sujono terus sihat

    ReplyDelete
  6. semoga pakcik sujono sihat. nasib baik Allah gerakkan hati bungkuskan kuah kacang. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...