Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, August 18, 2014

Buang Hempedu: Lakukan Ultrasound!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 22 Syawal,

Saya mendapat satu komen yang ditinggalkan oleh 'Man' di entri Buang Hempedu: Sebab Saya Jalani Pembedahan. Tertarik dengan soalan yang ditinggalkan Man. 


Katanya dia mengalami tanda-tanda seperti yang saya tuliskan di entri tersebut. Namun setiap kali mendapatkan rawatan, jawapan yang diterima adalah semuanya kerana gastrik!

Ya benar! Jika pesakit batu hempedu mendapatkan rawatan di klinik biasa, doktor memang akan mengaitkan sakit yang dialami pesakit batu hempedu dengan gastrik. Satu kerana berdasarkan apa yang diterangkan kepada daktor, seperti sakit di bahagian atas perut, terasa mual, terasa sebu/angin dalam perut dan lain-lain. Ini kerana simptomnya memang sama!

Lalu doktor akan membekalkan pesakit batu hempedu dengan ubat-ubat gastrik, namun sakit tidak pernah kurang malah makin sakit seakan menyucuk-yucuk, biarpun telah memakan ubat yang dibekalkan. 

Saya juga telah mengalami situasi yang sama ketika mendapatkan rawatan dulu. Saya juga menjalani rawatan endoskopik, kononnya bagi melihat tahap seriusnya "gastrik" saya. Namun ia juga tidak pernah meredakan sakit yang saya alami.

Apa yang saya boleh cadangkan kepada Man, pergilah ke poliklinik yang menyediakan kemudahan ultrasound. Ultrasound boleh dilakukan bagi mengesan kehadiran batu dalam hempedu. Jangan risau ia tidak menyakitkan! (prosedurnya sama seperti melihat bayi dalam kandungan ibu) Dan sudah tentu anda boleh terus ketahui sama ada terdapat batu di dalam hempedu anda. 

Jika benar ada batu yang dikesan melalui ultrasound tersebut, maka teruslah dapatkan rawatan yang sepatutnya. Rujuklah pada mana-mana hospital kerajaan/swasta. (atau minta doktor tersebut, tuliskan surat rujukan kepada mana-mana hospital yang boleh disarankan). 

Jika tiada batu yang dikesan melalui ultrasound tersebut, mungkin ada sebab-sebab lain. Jika mampu, lakukanlah full medical check up. Orang kata full medical check up elok dilakukan setahun sekali, bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Tapi biasanya kita buat medical check up hanya ketika nak masuk menara gading atau memulakan pekerjaan... Betul tak?! (tapi saya pun tak buat medical check up setahun sekali... bila fikirkan kosnya... hm... memang tunggu sakitlah baru ke hospital...

Moga apa yang saya tuliskan di sini dapat membantu Man. Moga segala urusan mendapatkan rawatan dipermudahkan Allah. Saya doakan juga agar semua pembaca blog saya ni, berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah. Amin...

Lagi entri berkaitan batu hempedu:


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


9 comments:

  1. Entry yg penuh informasi...
    Betul lah NK... tunggu nak masuk belajar/masuk keje jer buat medical check up... lain dari tu, mmg bercinta sikit... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nur... tpi betul la, mmg kita xkan buat full medical check up jika bukan kerana sambung belajar atau kerja...

      Delete
  2. saya tak penah tahu pula kewujudan penyakit tu
    apa penyebab ye kak sakit camni
    bahaya ke?

    ReplyDelete
  3. betul juga kan, kena pilih klinik yg betul... kot idak, sakit lain pulak d ingatnyer...

    ReplyDelete
  4. sekarng teknologi ada boleh guna kan.

    ReplyDelete
  5. kak nak minta alamat
    nak bagi hadiah penghargaan dari blog saya

    ReplyDelete
  6. Dari soalan Man tadi juga dari keterangan terperinci pengalaman NK sendiri...dapat memberi info yang manfaat untuk semua...

    Terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...