Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, May 28, 2011

Maisarah.. Kuatkan Semangat... :-(

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Hati saya sekarang sangat sedih & gelisah... Semalam rakan sekerja saya, Maisarah terlibat dalam kemalangan... Seawal jam 9 pagi saya mendapat mesej tersebut... Mulalah tak tentu arah saya menelefon rakan-rakan lain... (saya bercuti selama seminggu sehingga 29/5/11... dan kini berada di KL)... Rakan-rakan office yang lain berkumpul dan bergerak ke Hospital Temerloh untuk menziarah... Saya di KL berdoa dan membaca Yasin...

Maklumat yang saya terima dari rakan-rakan di office semalam, hatinya pecah, ususnya berlubang dan mengalami pendarahan di kepala... Saya sangat sedih... Lebih-lebih lagi Mai duduk di belakang kerusi saya.. Memang banyak perkara yang kami share bersama... (maklum la.. pusing je kerusi, terus berborak... & berbisik)... Doktor buat immediate operation... Lewat petang, baru semuanya selesai dan Mai ditempatkan di ICU...

Saya, masih lagi di KL dan terus mendoakan Mai... Baru sekejap tadi saya dapat mesej yang mengatakan Mai sedang tenat... Saya bertambah sedih dan belum dapat pergi menziarahinya... (moga saya berkesempatan bertemunya... :-( )






Saturday, May 21, 2011

Nur Kasih The Movie...

Assalamualaikum & salam 1Malaysia,

Wah, saya sangat excited dengan filem Nur Kasih ni... tak tahu la kenapa... Mungkin kerana saya memang mengikut drama sirinya dulu....Jika dulu, (ketika drama siri Nur Kasih ditayangkan), hampir setiap hari kami (rakan-rakan office) akan bercerita tentang watak-watak dan jalan cerita siri tersebut... Watak yang sering membuatkan kami bercerita adalah watak "Sara" adik kepada Nur Amina... Watak itu cukup menjadi dan terkesan dihati... Mana taknya, sikap iri hati, dengki dan dendam Sara, membuatkan kami bercerita hampir setiap masa. Malah, demam drama Nur Kasih ini terbawa-bawa sehingga ke kelas... setiap kali nak bagi example akan keluarlah perkataan "Nur Kasih".

Hm... itu dulu... ketika demam drama bersiri Nur Kasih... sekarang ni sedang hangat ditayangkan Nur Kasih The Movie yang menyebabkan saya mencari ruang untuk menonton filem tersebut... Ya, saya dah tonton! Tapi saya rasa impaknya tidaklah se'gah' jalan cerita drama bersirinya... Personally saya rasa saya agak kecewa...!

Wednesday, May 11, 2011

Alisya Dah Setahun...! :-)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Happy Birthday Alisya!!
Alhamdulillah… pejam celik, pejam celik… Alisya dah pun setahun hari ni… (11 Mei).. Seronok sangat tengok dia membesar… :D Sangat excited tengok dia dah boleh buat macam-macam. Dari menghisap ibujari tangan, tersenyum, kemudian meniarap, merangkak, duduk, gelak terkekek-kekek (bila abangnya buat lawak… abang tak buat lawak pun dia gelak sakan… lawak sangat kot abangnya… hahahha), lepas tu pandai gigit orang, pandai bergaduh (selalunya dia menang la.. abang selalu meraung.. kesian abang.. hahaha), dan macam-macam lagi la yang dia dah pandai buat…

Oh ya… Alisya dah ada 6 batang gigi.. Sekarang nak makan apa yang abang dia makan… tak nak dah bubur, nestum semua… Pandai! Sekarang dah pandai angguk dan geleng kepala kalau ditanya apa-apa.. Cakap? Belum boleh cakap.. yang dia boleh sebut adalah “abah”.. “ba.. ba..” Mama pun “ba.. ba..” Abang pun “ba.. ba..” :-p Jalan? Dia dah berdiri tanpa pegang… melangkah setapak.. Tapi belum boleh berjalan..  



Sunday, May 08, 2011

Selamat Hari Ibu...

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,


Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua rakan blogger yang bergelar ibu, mama, mak, mummy dan umi... Dengan iringan doa, semoga anda dikurniakan kesihatan, dipanjangkan umur dan terus-terusan dimurahkan rezeki... Amin...

Kepada semua rakan blogger yang masih mempunyai ibu, jagalah ibu anda dengan baik seperti mana mereka menjaga anda sejak kecil. Sayangi dan kasihanilah mereka, agar mereka sentiasa rasa bertuah & bersyukur melahirkan anda...

Kepada rakan blogger yang telah kehilangan ibu, sedekahkanlah Al-Fatihah dan sentiasalah berdoa untuk ibu anda.. semoga roh mereka dicucuri rahmat... dan akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...

Monday, May 02, 2011

Kesian...Kena Strawberry Tongue!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sejak hari Jumaat hari tu, saya rasa lidah saya sangat sakit... bila makan, saya rasa semua makanan berasa sangat PEDAS! Ouch... sakitnya :-( Patut la masa makan sata yang kak Niza belanja tu... saya rasa sangat sakit... ingatkan memang sata tu yang pedas...

Semalam encik hubby bawa saya ke klinik... tapi jauh sikit kliniknya... saya ke Poliklinik Ibnusina di Kemaman kot... sebab on da way hantar Mirul balik asrama... Klinik kat Kuantan tutup sebab hari pekerja semalam... kebetulan nampak poliklinik ni bukak encik hubby pun ajak singgah..Klinik tu cantik... simple but nice... dengan warna tema coklat... Nice... Nice... Nice... terus terbayang rumah kat KL nu... nak buat warna coklat jugaklah... hahaha

Imej dari Google.
Bila masuk bilik doktor untuk dapatkan rawatan, saya pun ceritakan masalah yang dihadapi... lepas tu doktor suruh jelir lidah...

"Hm... ni kena strawberry tongue ni..."  kata doktor.

"Strawberry tongue?" soal saya semula.

"Ha cuba tengok tu... kan macam buah strawberi... Ni macam radang lidah... lidah nikan ada banyak deria rasa... tapi bila urat-uratnya sakit... hanya rasa sakit je yang awak rasa... memang rasa tak sedap mulut..."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...