Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, January 16, 2012

Aiskrim Nescafe! :p


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
 
Hi bloggers!! Rumah anda tentu pernah mendapat kunjungan daripada ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan & sahabat handaikan?! Atau kita panggil sebagai tetamu... tak kisahlah siapa pun mereka...

Biasanya kalau dah ada tetamu, kita akan buat sedikit hidangan... Biasanya air berperisa (tak kisah la Nescafe ke, Milo ke, Sirap ke, mahupun Kopi 'bujang') bersama biskut kering mungkin ataupun kuih muih dan lain-lain...

Pernah tak se'jug' air yang dibuat tak habis diminum?! Mesti pernahkan?! So, apa yang anda buat dengan lebihan itu?! Hah, BUANG?!?! La... Kenapa buang?! Sayangnya... Anda nak tahu apa yang saya buat dengan lebihan air tersebut? Saya jadikan ia AISKRIM!

(a) masukkan lebihan air yang dibancuh untuk tetamu tadi ke dalam bekas kecil (kalau ada bekas dadih ok juga... Kebetulan bekas dadih ni dulu saya buat simpan stok susu... Memandangkan sekarang tak mengepam susu, so ada banyak yg lebih, daripada buang baik saya gunakan untuk benda2 lain... @ kalau ada plastik aiskrim Malaysia tu lagi bagus... :D )


(b) setelah dituang, apa lagi simpan la di dalam freezer!

(c) biarkan sehingga ia beku & boleh dimakan pada bila2 masa... (lebih2 lagi di Melaka ni... Cuacanya memang panas... So, sedap la makan aiskrim! Ish, sedap pula tengok aiskrim Nescafe ni...)

Mudahkan?! Oh jangan risau... Ia boleh tahan lama...! Apa lagi jom kita berjimat...! :D




10 comments:

  1. wow...mcm sedap je...nk try lah hehe

    ReplyDelete
  2. Teringat semasa anak masih kecil 2dulu dapur ku sangat...meriah ..tp setelah anak 2 membesar dan mula bekerja sunyi je ...rumah dah...kadgkala buat apa pun dah tak berapa seronok krn tak ada org nak makan dah...begitulah roda kehidupan ini...

    ReplyDelete
  3. @Paris Lipton: try... jgn tak try...

    @ayahbonda: betul la... ni sebab anak2 kecik lagi la ni seronok nak buat macam2... kalau depa dah besar nanti tak merasa dah la... :-(

    ReplyDelete
  4. @Sis Eiyan Azian: buat la nanti kalau ada air yg lebih...

    ReplyDelete
  5. perghh manpak sedap...yum2...nk try jugak lah..hehe

    ReplyDelete
  6. @nora rashid: try... try... jgn tak try.. hehe

    ReplyDelete
  7. dulu maser kecik2...selalu la buat cam ni...hik..hik... :)

    ReplyDelete
  8. @Cekbolat-bolat: hehe makan aiskrim boleh kenyang ke?? :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...