Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, March 26, 2014

Wordless Wednesday #49

http://artmelayu.blogspot.com/2011/04/tanah-perkuburan-islam-muslim-burial_25.html


Ucapkanlah "Assalamualaikum" apabila melalui mana-mana Tanah Perkuburan Islam... Selain memberi peringatan pada diri sendiri bahawa kita juga akan merasai MATI... Ia juga sebagai 'rehat sementara/pause' bagi jasad yang tidak dapat menjawab soalan-soalan kubur... 

Rancangan: Bismillah (TV3)
Tajuk: Alam Transit
Panel: Ustaz Datuk Abu Hasan Din 

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, March 24, 2014

Allah... Allah... Allah... :((

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Terjawab sudah segala spekulasi tentang pesawat MH370... Ia telah terhempas di Lautan Hindi... Innalillahi wa innailaihirojiun... :((

Moga ahli keluarga tabah, sabar dan redha dengan berita ini... Sesungguhnya satu Malaysia dilanda kesedihan dan merasai kehilangan tersebut. 

Al-fatihah buat semua mangsa yang berada dalam pesawat tersebut... Moga roh semuanya dicucuri rahmat... Amin... 

Allahuakbar, berita ini sangat-sangat sedih... Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu... 

Jawapan Menenangkan Dari Seorang Anak...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama menyepi... Mengenangkan pesawat yang hilang... Duhai #mh370... Walau tiada siapa yang saya kenal di dalam pesawat tersebut... Namun, saya tetap merasai kehilangannya...

Sejak kehilangan pesawat #mh370, saya hanya menonton Astro Awani bagi mendapatkan info terkini... Info di Whatsapp dan Facebook cukup memeningkan kepala, ramai betul yang tidak sensitif dan tidak berperasaan di luar sana... Pelik! (mungkin kerana yang terlibat bukan ahli keluarga anda, tapi cubalah letakkan diri anda sebagai salah seorang keluarga mangsa...)

Semasa saya menonton perkembangan terkini dari Astro Awani, tak sedar air mata mengalir ketika menonton video kehilangan pesawat itu... Tiba-tiba Alisya hampiri saya, bila nampak saya mengesat air mata...

Alisya: Mama kenapa?

Saya: Sedih, kapal terbang hilang...

Alisya: Jangan sedih mama... Allah SIMPAN kapal terbang... DOA dulu banyak-banyak... Lepas tu SOLAT... Nanti Allah bagi balik kapal terbang tu...

Allahuakbar... Jawapan kamu sungguh menenangkan Alisya... Anak sekecil Alisya pun tahu bahawa kebergantungan pada Allah itu perlu... 

Moga ada perkhabaran baik buat semua penumpang yang ada di dalam #mh370. Teruskan berdoa... agar Allah berikan petunjuk kepada kumpulan SAR (search and rescue) dan melindungi semuanya.


Saturday, March 15, 2014

Alhamdulillah... Happy Reading! ^_^

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang saya poskan kepada Nik Khazami dan Sal Ya telahpun selamat sampai... Buku itu adalah hadiah bagi Mini Giveaway #6 yang saya anjurkan bulan lepas.

2. Sal Ya

Moga buku itu bermanfaat buat kedua-dua pembaca bertuah blog saya... Happy reading ya! (^_^)

InsyaAllah saya akan anjurkan satu lagi Mini Giveaway bulan ni... Buku apa yang saya nak hadiahkan...?! Tunggu.... :p

Nota kaki: Terus #doakanmh370... :( Masih tak de mood untuk menulis entri selain menghabiskan masa menonton berita terkini Astro Awani tentang #mh370, dari mula kehilangannya... 


* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, March 10, 2014

#prayformh370

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Walau banyak cerita yang nak diceritakan dalam blog ni... tapi... :( 

Tak dapat nak membayangkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew dalam pesawat MH370... Teruskan berdoa duhai sahabat... Moga mereka semua berada dalam keadaan baik... Moga Allah lindungi mereka semua... 

Saya tak nak cerita apa-apa dalam blog ini tentang kehilangan pesawat MH370... Sebab saya masih menaruh harapan agar pesawat itu segera dijumpai... 


* * *



Wednesday, March 05, 2014

Contest: KONGSI (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni saya nak join contest yang dianjurkan oleh MiZi ContengCorner. Saya rasa contest ni menarik la... Lain dari yang lain (^_^)... Kalau nak tahu apa yang lainnya, anda bolehlah klik banner ni yea...

 http://contengcorner.blogspot.com/2014/02/pemberian-awal-tahun.html

So, saya nak pertaruhkan gambar KONGSI yang ini:




Moga ada la rezeki dari gambar ni... (^_^). Gambar ni saya ambil ketika Faris konvo Tadika Ilmu Murni akhir tahun lepas... 

Oh ya... tarikh tutup contest ini adalah pada 23 Mac 2014. Jom join ramai-ramai.. baru seronok!!

* * *
 
Hanya dengan kami di Tupperware Kiyter. (^_^)





Tuesday, March 04, 2014

Tips Jika Anak Alami Batuk

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kelmarin Faris tak boleh tidur malam, hampir sepanjang malam dia batuk berterusan. Masa saya jenguk dia di bilik, dia sedang batuk dan air matanya mengalir... Kesian, kuat sangat batuknya tu...

Disebabkan keadaannya itu, Encik hubby ajak bawa Faris jumpa doktor. Maka semalam Faris MC. Kata doktor, nafas Faris berbunyi sikit... Itu menyebabkan dia agak sukar untuk bernafas dan akan cepat berasa letih dan penat. Betul la tu, saya tengok Faris semalam dan hari ni, bila naik turun tangga, dia seakan mencungap... Kesian anak bujang mama ni...

Doktor kata, disebabkan bunyi nafas tu sikit, maka tak perlu bagi nebulizer.  Memadai dengan antibiotik, ubat batuk, ubat cairkan kahak dan ubat selsema. (Seingat saya, Faris pernah sekali je pakai nebulizer ni, masa umurnya 6 bulan gitu...) 

Sebenarnya pagi tadi encik hubby siapkan air mandi Faris. Saya pula sibuk masak nasi lemak untuk bekalkan pada Faris. Sekali encik hubby tengok semula MC yang Faris dapat semalam. Rupanya doktor bagi Faris MC 2 hari. Saya dan encik hubby ingat sehari je... 

Tapi encik hubby siapkan juga air untuk mandikan Faris... Katanya nanti Faris tertinggal banyak pula di sekolah, sebab cuti dua hari... Tapi saya pula rasa tak sedap hati... Kalau tak teruk sangat batuk Faris, mungkin doktor bagi MC sehari je kan?! Dah diberi MC 2 hari, saya percaya doktor nak Faris rehat betul-betul.   

So, saya kata tak payah la hantar Faris ke sekolah... Kalau jadi apa-apa di sekolah mesti sekolah tak bertanggungjawabkan?! Sebab doktor dah bagi MC 2 hari... Lagipun cuaca yang sedikit berjerebu ni memang tak sesuai la untuk Faris. Nanti susah pula nak baik.

Tapi jangan ingat dapat MC boleh tengok kartun tau!! Sebelah pagi tadi sebelum Faris makan ubat, saya suruh dia buat ejaan dua suku kata... Bila dia tak tahu nak eja, "kain", "perut" dan beberapa perkataan lain, dia cakap, "Mama ni... Fariskan tak sihat... Nanti Faris lagi kuat batuk kalau eja-eja ni..." 

Ceh! Sabar je la...

Dia yang nak sangat eja pakai laptop... hai, macam-macam...
Katanya pakai pensel boring!

Sedikit tip bagi mereka yang ada anak-anak kecil (yang dah mula batuk)... Dalam keadaan cuaca yang sangat panas ni... 
1. Tukarkan minuman manis (seperti milo, nescafe, teh, air kotak dll) kepada air suam. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan dehydrated.
2. Kurangkan juga meminum ais, kerana ia boleh menyebabkan tekak anak anda kemerahan (sakit tekak).  
3. Elakkan berada di luar kawasan rumah terlalu lama. 
4. Jika badan anak mulai panas, kerapkan mereka untuk mandi.
5. Jika demam yang tinggi, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Nota kaki: Apapun, pantau tahap kesihatan anak-anak agar tiada perkara yang tidak baik berlaku... Moga Adam Faris saya pun segera sembuh dari batuknya... Insya Allah... Amin... 
 

Monday, March 03, 2014

"Nak Baby Muhammad"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Khamis lepas masa tunggu Faris keluar sekolah, macam biasa saya dan Alisya berbual kosong... Bercerita tentang Adibah, Iman, Afina dan baby Umail... Alisya biasanya akan cerita apa yang dia buat dan belajar di sekolah. 

Selalunya waktu tunggu abang keluar sekolah tu la, Alisya ulangkaji buku Iqra, Bacalah Anakku dan Read Easy.

Tiba-tiba Alisya beritahu saya yang Atif dan Ainul dapat baby baru. Oh ya, saya memang dah tahu sebab ayah Atif tu rakan sekerja Encik hubby.  

Encik hubby pun ada bagitau saya yang dia kena kerja sepanjang minggu lepas sebab tak de orang di office. Ada tiga empat orang lagi kena hadiri kursus.

Alisya: Atif dengan Ainul tak sekolah... Atif dapat baby baru... Ainul pun sama... (Atif dan Ainul adik beradik :p )

Saya: Ha ah, Atif dengan Ainul cuti lagi kot... sebab mama dia ada baby baru...

Alisya: Mama yang Atif dengan Ainul ada baby baru eh?

Saya: Ha ah, iye... 

Alisya: Kenapa mama tak de baby?

Saya: Mama? Sebab belum ada rezeki... Allah belum bagi... Alisya suka baby ke?

Alisya: Suka... Suka sangat! Mmm... Alisya nak baby la rasanya...

Saya: Alisya doa banyak-banyak yea... Minta dengan Allah... Cakap Alisya nak baby...

Alisya: (sambil tadah tangan...) Ya Allah... Alisya nak baby la rasanya... Nak baby Muhammad... Amin... 

Saya pun turut aminkan juga... Alisya ni memang suka baby... mana-mana dia nampak baby dia akan datang dekat baby tu... Bila tanya kenapa baby Muhammad? Alisya kata, nanti boleh kawan dengan baby Umail... Hehehe comelnya kamu, Alisya!  (´ ▽`).。o♡


Nota kaki: Alisya saya baru nak masuk 4 tahun...  (^_^)

* * *

Sunday, March 02, 2014

Orang Lidi...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Nak mengimbas kembali lukisan-lukisan orang lidi Faris... Kalau tengok balik sure saya tersengih-sengih sendiri... Sebab setiap kali Faris lukis tu saya akan tanya siapa yang dilukis dan kenapa... Jom tengok... (。♥‿♥。) 


Faris ♡ Mama (14.5.2013): Yang kiri tu katanya saya... dan kanan tu Adam Faris... yang garisan luar tu katanya LOVE... "Faris lukis ni sebab, Faris sayang sangat kat mama..." Alololo, sweetnya...


Happy Family (14.5.2013): Tarikh yang sama Faris lukis gambar kami satu family... Dari kiri: Adam Faris, Abah, Mama dan Alisya Farha. Bila saya tanya kenapa lukis gambar ni?! Katanya, "Faris sayang semua... abah, mama dengan Alisya... Kalau tak sayang tak boleh pegang tangan macam ni..."  :p


Riadah time (14.6.2013): Saya pernah tulis entri tentang lukisan ni di sini... Luahan Melalui Lukisan...


Selamat Hari Raya (4.8.2013): Lukisan ni Faris buat dekat Tadika... ni sebenarnya kad ucapan hari raya... Fokus pada orang lidi tu... still 4 orang, dari kiri Abah, Faris, Mama dan Alisya... "Masa hari raya, kita semua pegang tangan... lepas tu pergi raya rumah Mak Ngah (rumah warna hijau)." Bila saya tanya rumah biru tu rumah siapa? Faris jawab, "rumah kita la..." Saya kata, "aik dekatnya rumah kita dengan rumah Mak Ngah?" Faris jawab, "dalam gambar memang la dekat... kalau nak pergi jauh... dekat KL..." (。⌒∇⌒)(Tokono den!!)  


Cinta 3 segi? (9.1.2014): Sejak masuk darjah 1, Faris jarang lukis kami...  sebab dia dah mula nampak kawan-kawan... (So, terasa sedih di situ...) gambar atas yang kiri tu boy, yang kanan tu girl tengah happy. Yang bawah tu boy lain tengah nangis... Ni explanation dia "Boy dengan girl ni kawan sama-sama... Boy ni (yang menangis tu) nak kawan dengan girl tu... Tapi girl tu tak nak... sebab tu dia nangis..." Saya cakap... "Kesian dia... Faris kawan la dengan boy yang nangis tu..." Faris jawab, "tak payah... Faris ada kawan lain..." OK sekarang, Faris pun dah tak de dalam lukisan... hahahah sebab saya tanya mana satu Faris... Selamber dia jawab, "Faris tak de dalam ni..."


Faris lapar (19.2.2014): Faris cakap dia lapar... Tapi saya buat tak tau je (sebab kitaorang baru balik dari jalan-jalan dan dah pun makan), lepas tu dia merajuk... Saya tanya, dia tak nak jawab. Tak lama tu dia bagi saya lukisan atas ni... Saya tanya, "apa ni?" Faris senyap. Saya tanya lagi, "apa ni?". Faris jawab, "Mama tak nampak ke ni Faris lapar... Tengok ni..." (sambil tunjuk-tunjuk lukisan dia) "La... lapar ke? mama ingat Faris kentut... sebab Faris gelak ni..." "Apa pulak kentut...?Ni perut Faris bunyi ni...." Lepas tu dia tergelak besar... (⌒∇⌒)   

Lately ni, orang lidi Faris dah gemuk-gemuk... hehe sebab dia dah nak mula lukis orang dengan betul... Maklum la budak darjah 1 kan ada subjek Dunia Seni Visual.... Bagus juga untuk Faris... Sekarang makin kerap dia melukis...  


Nota kaki: Teringat satu slot rancangan Fattabiouni, katanya melukis adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW... Sebab Rasulullah SAW, gunakan lukisan sebagai salah satu medium dalam menyebarkan dakwah. Ada juga dimaklumkan dalam episod tersebut, barangsiapa yang kerjayanya adalah pelukis, mereka telah melaksanakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah... (^_^)


* * *

Hanya dengan kami di Tupperware Kiyter. (^_^)





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...