Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Sunday, July 28, 2013

Tupperware: Weekly Training #1


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 19 Ramadhan,

Mr Lim Bok Chu
Alhamdulillah semalam saya join weekly training yang dianjurkan oleh Empire Network (stokis Tupperware @ Ayer Keroh). Sebelum ni saya tak dapat nak join sebab ada pelbagai urusan lain. Tapi semalam saya luangkan juga masa agar boleh dapatkan lebih tips macam mana untuk lebih serius dalam bisnes ni.

Seramai 10 orang (baru dan lama) yang menghadiri training semalam dan saya merupakan satu-satunya peserta Melayu. Selebihnya adalah Chinese... Rasa pelik bila ada dalam kalangan mereka. Tapi mereka sangat-sangat supportive... Disebabkan kami dalam team yang sama, maka bangsa bukanlah penghalang untuk sama-sama berkongsi ilmu dan tips dalam bisnes. Mereka sangat baik dan tidak kedekut ilmu... Syukur alhamdulillah...  

Lebih beruntungnya saya semalam, bila training itu dikendalikan oleh Mr Lim Bok Chu... Tentunya tips yang saya dapat semalam yang paling berharga! Mana taknya Mr Lim Bok Chu adalah orang kuat Tupperware Brands dan pengalamannya dalam bisnes Tupperware ini telahpun menjangkau 19 tahun! Macam-macam yang dikongsikan olehnya. ^_^ 

Oh yang paling mengujakan apabila ada impromptu speech! (lama betul rasanya saya tak berdiri di depan audience... dulu depan students lain... kita dah siap prepare notes semua... plus memang subjek yang kita dah mengajar setiap semester) Dulu saya selalu juga kejutkan students dengan impromptu speech ni dalam kelas Public Speaking... sekarang saya pula yang kena... Adeh padan muka!

Sharing speech ni memang sangat berguna bagi setiap konsultan yang nak naik pangkat... Sebab ada konsultan yang pandai dalam recruiting, ada konsultan yang pandai dalam sales... ada konsultan yang pandai solve problem... So training macam ni memang sangat perlu untuk asah soft skills... 

Cath:
Stokis owner, Ayer Keroh
Edmond (abang Cath);
Stokis owner, Batu Pahat


Nota kaki: Tolong doakan saya dapat complete DIQ challenge... lagi 3 hari!!! Arrgghh....

* * * 

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli/konsultan
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.


Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

8 comments:

  1. InsyaAllah..moga berjaya..aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya kak.. Semua barang dari Tupperware memang cantik. Kat umah saya ni husband yang suka beli dengan budak office dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Effa... kan?! mmg cantik design tupperware ni... :D

      Delete
  3. gudluck!salam ramadhan.. ^^,

    ReplyDelete
  4. kira sesekali kena rechargelah ni yeh NK hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...